Parliament Questions Time: Written Answer for No. 440

Sunshine Empire Sdn Bhd disabitkan dua kesalahan di bawah seksyen 25(1) ABIK, kerana manganjurkan skim pelaburan haram yang melibatkan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Bertulis Dewan Rakyat

Soalan No. 440

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Kewangan menyatakan selain daripada tindakan pembekuan aset Sunshine Empire Sdn Bhd, Empire Property Venture International Sdn Bhd oleh Bank Negara kerana aktiviti pengambilan deposit haram, apakah tindakan-tindakan lain yang telah diambil oleh Bank Negara dan/atau oleh Suruhanjaya Sekuriti kerana kesalahan melanggar BAFIA dan lain-lain undang-undang oleh Dato’ Alex Teh Chee Tiong dan pengarah-pengarahnya yang lain demi menjamin kepentingan awam dilindungi.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia telah menyiasat dan mendakwa syarikat Sunshine Empire Sdn Bhd di bawah peruntukan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) kerana terlibat di dalam penganjuran skim pelaburan haram yang melibatkan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen yang sah dari Bank Negara Malaysia.

2. Syarikat Sunshine Empire Sdn Bhd telah disabitkan dua kesalahan di bawah seksyen 25(1) ABIK, kerana manganjurkan skim pelaburan haram yang melibatkan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen yang sah dari Bank Negara Malaysia pada 3 Jun 2010. Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1 juta bagi setiap satu sabitan.

3. Tindakan pelucuthakkan aset-aset syarikat Sunshine Empire Sdn Bhd turut dikenakan menurut peruntukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Aset yang telah dilucuthakkan dengan perintah Mahkamah adalah berjumlah RM9.5 juta.

4. Laporan lanjut mengenai status dan keputusan kes tersebut secara terperinci boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia iaitu www.bnm.gov.my dan www.fraudalert.bnm.gov.my

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 610

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top