Why was EPF so keen in investing in Air Asia shares?
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG (WANGSA MAJU)
PERTANYAAN : BERTULIS
TARIKH : 16 Februari 2009 – 19 March 2009
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah saham Air Asia yang telah dibeli oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menyenaraikan butir-butir terperinci mengenai tarikh setiap urus niaga dan jumlah saham terlibat pada semua tarikh tersebut.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, pegangan saham Air Asia oleh KWSP setakat 27 Februari 2009 ialah sebanyak 216,861,900 unit atau 9.13 % dari jumlah keseluruhan saham Air Asia. Butir-butir adalah seperti berikut:
Tarikh |
Belian ( Unit ) |
Jualan ( Unit ) |
2005 |
47,718,600 |
1,917,800 |
2006 |
79,825,400 |
33,767,700 |
2007 |
101,122,200 |
79,200,500 |
2008 |
126,468,100 |
25,502,500 |
2009 |
2,116,100 |
– |
Note:
The Ministry of Finance was supposed to provide the above answer during the Parliamentary Session in March 2009 but it was only given to me only on 15 April 2009.
It was strange that EPF was buying more Air Asia shares than selling them. It was equally strange that EPF chose to invest in Air Asia in a big way when Air Asia has no long standing track records or good track records for that matter.
It would be interesting for us to know at what prices EPF bought the said Air Asia shares.
It would appear that EPF is the single largest shareholder in Air Asia. I am sure that we all would like to know whether EPF is getting returns from the Air Asia shares.
I will table questions in the next sitting of Parliament on what basis EPF has invested such a big sum in Air Asia, what were the prices that EPF bought the Air Asia shares and what were the returns EPF has received from Air Asia. It must be noted that the former Deputy Minister of Finance, Tan Sri Mohd Nor Yakop, is a good friend of Datuk Tony Fernandes, who is the Chief Executive Officer of Air Asia.
– Terjemahan oleh Lee Wee Tak – Ucapan ribuan terima kasih dari Wee Choo Keong –
Nota:
Kementerian Kewangan seharusnya memberi jawapan dalam sesi parlimen di March 2009 tetapi hanya boleh memberi kepada saya pada 15 April 2009.
Nampaknya aneh bahawa KWSP lebih banyak membeli saham Air Asia daripada menjualnya. Aneh juga KWSP menambahkan pelaburannya dalam Air Asia sedangkan syarikat ini tiada catatan sejarah yang lama.
Menarik juga jika kita boleh ketahui apakah harga sesaham semasa KWSP membeli saham tersebut.
Nampaknya KWSP mungkin pemegang saham terbesar dalam Air Asia. Saya pasti kita semua ingin tahu bagaimanakah pulangan daripada saham Air Asia kepada KWSP.
Saya akan mengemukakan soalan dalam sesi parlimen yang akan datang mengenai apakah sebab KWSP melabur begitu besar dalam Air Asia, apakah harga belian saham serta pulangan daripada pelaburan. Patut diambil tahu juga bahawa bekas Naib Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Nor Yakop, adalah kawan akrib Datuk Tony Fernandes, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia.