Parliament Questions Time, 12 July 2010

LHDNM menetapkan pemprosesan kes bayaran balik pembayaran cukai lebih akan mengambil masa 30 hari waktu bekerja sekiranya permohonan di buat secara dalam talian iaitu e-filing….

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat

Soalan No. 53

Tuan YB Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Kewangan menyatakan memaklumkan kenapa telah menjadi satu trend bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengambil masih lebih daripada satu bulan untuk memulangkan lebihan bayaran kepada pembayar cukai sedangkan mereka sepatutnya membayar dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan pulangan pembayaran dibuat.

Jawapan

Tuan Yang DiPertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Piagam Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menetapkan pemprosesan kes bayaran balik akan mengambil masa 30 hari waktu bekerja sekiranya permohonan di buat secara dalam talian iaitu e-filing dengan mengambil kira maklumat yang diberikan adalah lengkap dan betul. Bagi permohonan yang dikemukakan menerusi serahan tangan atau pos (manual) memprosesan mengambil masa 90 hari waktu bekerja dengan mengambil kira maklumat yang diberkan adalah lengkap dan betul.

2. Faktor yang menyebabkankelewatan di dalam proses bayaran balik adalah seperti berikut:

i. Maklumat tidak lengkap.  Maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tidak lengkap, contohnya senarai lengkap dividen yang diterima dalam tempoh asas tidak dilampirkan bersama.

ii. Tuntutan yang meragukan.  Sekiranya terdapat tututan bayaran balik yang meragukan, pihak LHDNM yang mengendalikan fail cukai perlu mengadakan audit semula terhadap pihak yang terbabit.

iii. Kesilapan taksiran cukai.  Jika berlakunya kesilapan taksiran cukai, pihak LHDNM perlu melakukan semakan semula fail secara terperinci bagi memastikan tiada kesilapan dalam taksiran cukai yang dikemukakan.

iv. Tuntutan lebih bayaran.  Terdapat segelintir pembayar cukai yang mengemukakan taksiran bayaran balik di dalam BNCP walaupun pada hakikatnya tiada sebarang lebihan bayaran di dalam lejar pembayar cukai. Oleh yang demikian, LHDNM perlu melakukan penyemakan semula bagi tujuan pengesahan.

v. Kelewatan mengemukakan BNCP.  BNCP yang dikemukakan lewat dari tarikh yang ditetapkan akan menyukarkan pihak LHDNM membuat semakan semula rekod taksiran tahun-tahun sebelumnya berserta penalty yang dikenakan.

vi. BNCP dikemukakan pada tarikh akhir.  Pengemukaan boring pada tarikh iaitu setiap 30 April atau 30 Jun adalah banyak, oleh yang demikian, berlaku sedikit kelewatan dalam memproses BNCP sekali gus ia akan menjejaskan tempoh penyelesaian kes sehingga melepasi 30 hari atau 90 hari.

3. Sehingga 31 Mei 2010, sebanyak 70.99% daripada kes bayaran balik yang dikemukakan menerusi kaedah e-filing dapat diselesaikan dalam tempoh 30 hari manakala 24.06% kes bayaran balik secara manual diselesaikan dalam tempoh 90 hari.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 745

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top