Parliament Questions Time, 11 March 2009

Home Minister replies to question regarding Phoh Choong Kin, DVD syndicate chief ...

Soalan
(PR-1221-L17763)

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapakah Balai Polis Dang Wangi membenarkan jualan cakera video digital (DVD) cetak rompak secara terbuka di Jalan Petaling dan tidak mengambil tindakan terhadap ketuasindiket, Encik PHOH CHOONG KIN (I/C: 810618-14-5629) yang telah disenaraikan oleh pihak polis sebagai orang yang dikehendaki.

Jawapan

Tuan Yang DiPertua,

Saya nmengucapkan terima kasih kepada Ahli Tang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan soalan.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yagn Mulia ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah sama sekali membenarkan penjualan DVD cetak rompak di mana-mana tempat termasuk di Jalan Petaling, Kuala Lumpur kerana ia merupakan sate kesalahan di bawah seksyen 18 Akta PEnapisan Filem 2002.  Penjualan DVD lucah pula merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 atau seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Tuan Yang DiPertua,

Berdsasarkan rekod polis, Encik Phoh Choong Kin tidak disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki dan bukan merupakan ketua sindiket cetak rompak di Jalan Petaling.  Pihka polis mendapati penama ini mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah seksyen 4 (1) Ordinan Daurat (Kementerian Awam dan Mencegah Jenayah)  5 / 1969 di bawah pertuduhan sebagain Ketua Geng Loh Foo Thong yang bertempur dengan 18 immortal untuk merebut tapak penjualan VCD di Petaling Jaya menggunakan pedang samurai.  Beliau telah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam pada 6 Ogos 2004 hingga 24 November 2004 dan kini menjalani hukuman buang daerah di Mukim Umbai, Jasin, Melaka di bawah seksyen 4B Ordinan Daurat (Kementerian Awam dan Mencegah Jenayah) 5 / 1969.

Tuan Yang DiPertua,

Ingin saya maklumkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa pihak polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur sentiasa memantau dan membenteras kegiatan penjualan DVD cetak rompat di Jalan Petaling Kuala Lumpur.  Pihak polis tidak sekali-sekali membenarkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dilakukan dimana tempat di Negara inin.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 763

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top