JAWAPAN BERTULIS
Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2011
PERINGKAT DASAR PADA 1 NOVEMBER 2010
————————————————————————————-
Tu an Yang di-Pertua,
Berhubung saranan Yang Berhormat Bandar Kuching supaya disiasat laporan mengenai pemilikan harta Y.A.B. Ketua Menteri Sarawak, Yang Berhormat Kalabakan supaya disiasat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau berhubung pemindahan pejabat jabatan berkenaan dan Yang Berhormat Wangsa Maju supaya disiasat berkaitan tender system Automated Enforcement System (AES) yang meragukan, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, SPRM maklum akan isu yang dibangkitkan dan ianya dalam tindakan Suruhanjaya.