Pada beberapa hari yang lalu, saya telah membuat lawatan ke kawasan Jalan Gombak, Taman Suria Setapak, Danau Kota dan juga kedai kopi serta kawasan perniagaan yang berdekatan. Oleh itu, saya berpeluang untuk beramah mesra dan berhubung dengan para pengundi Wangsa Maju untuk mendengar luahan hati mereka mengenai masalah dan keadaan di Wangsa Maju.
Saya dimaklumkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pengundi Wangsa Maju adalah masalah kesesakan trafik, pembangunan yang terlalu pesat sehingga terlalu banyak kondominium dibina dan tempat letak kereta tidak mencukupi. Saya telah ambil maklum mengenai masalah-masalah ini dan akan memberi keutamaan kepada isu-isu tersebut dan berusaha mencari jalan penyelesaian.
Maklum balas daripada pengundi Wangsa Maju sangat menggalakkan dan kata-kata semangat daripada semua adalah motivasi saya untuk terus berusaha untuk berjumpa dengan semua pengundi Wangsa Maju dan turun padang untuk mengetahui situasi terkini di Wangsa Maju. Saya berharap saya dapat berjumpa dengan semua nanti!
________________________________________________________________________________________________________________
For the past few days, I had the opportunity to visit Jalan Gombak, Taman Suria Setapak, Danau Kota and surrounding coffee shops and commercial areas. I am also honoured to be able to meet and greet the voters of Wangsa Maju and to listen to their problems and opinions.
I was informed by many voters that the main issues in Wangsa Maju are traffic congestion and rapid development which had led to oversupply of condominiums and a serious lack of parking spaces. I will take note of these issues and prioritise finding a solution to these problems.
I am thankful that local feedbacks were encouraging and positive. Your kind words of encouragement are my motivation to ensure that I continue to meet all voters of Wangsa Maju tirelessly in order to be fully appraised of the latest and actual situation. I look forward to meeting all of you in the future!
________________________________________________________________________________________________________________
我在过去这几天有幸到访Jalan Gombak, Taman Suria Setapak, Danau Kota及周围的商区和咖啡店与选民沟通交流。诸位选民已向我表示严重的交通堵塞及过度发展导致公寓过剩和停车位稀缺,而这让他们苦不堪言,饱受折磨。我在此保证我会重视这些问题,并努力寻找适合的解决方案。
另外,我也非常感激诸位选民们的热烈支持。我会发奋图强,继续与诸位选民互相切磋及获得旺沙玛珠的最新消息。非常期待与大家碰面!
________________________________________________________________________________________________________________
Sila menonton/Please watch/请观看: