Jawapan Bertulis 24 April 2011: Pembinaan Luar Masa di Wilayah

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan bahawa sama ada Kementerian sedar walaupun wujud peraturan tetap DBKL yang membenarkan masa bekerja antara pukul 8 pagi hingga 6 petang dari hari Isnin hingga Sabtu kontraktor pembinaan tetapi DBKL masih membenarkan tempoh lanjutan untuk kerja pembinaan sehingga lewat malam seperti perkara biasa. Untuk mengelakkan gangguan awam (public nuisance), adakah Kementerian bercadang untuk mewajibkan semua pekerja pembinaan mematuhi peraturan tersebut.

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut polisi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), waktu bekerja bagi sesuatu tapak pembinaan telah ditetapkan dalam syarat kelulusan pelan pembangunan adalah seperti berikut :-

Isnin – Sabtu              8.00 pagi – 6.00 petang

 Ahad dan Cuti Am      tidak dibenarkan

Oleh yang demikian, kontraktor-kontraktor pembinaan perlu mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan.

Namun, berdasarkan kepada polisi DBKL juga, pihak pemaju boleh membuat permohonan untuk bekerja lebih dari waktu yang ditetapkan atas keperluan tertentu. Arkitek yang terlibat boleh mengemukakan permohonan menggunakan borang PKLM (Permohonan Kerja Lebih Masa) kepada Jabatan Reka Bentuk Bandar dan Bangunan, DBKL.

Permohonan ini akan dibawa untuk kelulusan Jawatankuasa Permit Jabatan Reka Bentuk Bandar dan Bangunan yang terdiri dari pelbagai Jabatan Teknikal Dalaman serta dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan dipanjangkan untuk kelulusan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Antara kriteria-kriteria kelulusan adalah seperti berikut :

  1. Mendapatkan sokongan dan tiada bantahan dari penduduk sekitar tapak pembinaan;
  2. Kepentingan meneruskan kerja melebihi waktu demi keselamatan dan keperluan teknikal pembinaan;
  3. Lokasi tapak sama ada memberi impak kepada perumahan berdekatan;
  4. Jenis kerja (work schedule) yang perlu dilaksanakan. Kawalan tahap kebisingan dan kebersihan disyaratkan jika kelulusan diberikan.

Bermula dari tahun 2009 hingga sekarang, terdapat sejumlah 60 daripada 208 buah tapak bina telah diberikan kelulusan kerja lebih masa.

Pada dasarnya, beberapa tindakan akan diambil jika didapati wujudnya kesalahan kerja lebih masa dengan cara :-

  1. Mengeluarkan suratamaran dan peringatan kepada arkitek/pemaju dan kontraktor untuk mematuhi waktu bekerja yang dibenarkan sahaja;
  2. Kompaun akan dikeluarkan jika waktu bekerja gagal dipatuhi;
  3. Jika kesalahan masih lagi berulang iaitu setelah tiga;
  4.  kali kompaun dikenakan, satu kertas cadangan bagi tujuan tindakan menyita tapak akan disediakan untuk diperakukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC); dan
  5. Tindakan seterusnya akan dibuat berdasarkan kepada keputusan mesyuarat tersebut.

Sebanyak 67 kompaun mengenai kesalahan bekerja melebihi masa yang dibenarkan telah dikeluarkan sepanjang tahun 2010. Arahan memberhentikan kerja setelah kesalahan dikesan juga telah dibuat di tapak  tersebut dan kebanyakannya telah dipatuhi. Terdapat juga tapak bina yang disita kerana berulangkali gagal mematuhi arahan dan kompaun yang dikeluarkan.

Pemantauan takpak bina sedang dan akan diteruskan setiap hari oleh dua pasukan petugas terdiri dari lapan (8) orang anggota secara sukarela. Pasukan ini akan bergerak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemantauan akan lebih tertumpu berdasarkan kepada aduan-aduan yang sedang dan telah diterima. Terdapat aduan tapak bina yang perlu dipantau secara berturut-turut bagi memastikan tindakan yang dibuat diambil perhatian oleh pemaju/arkitek/kontraktor berkenaan. Operasi Bersepadu Tapak Bina bersama Jabatan dalaman DBKL juga telah diadakan dan akan diteruskan bagi memastikan tahap kebersihan, keselamatan terjamin dan garis panduan bagi kerja melebihi masa di tapak bina tersebut turut dipatuhi dengan sewajarnya.

Note:

Many reports have been lodged by the residents in Diamond Square Wangsa Maju against the developer, KP Property Sdn Bhd but no action was taken until I brought up this issue in Parliament.  Datuk Bandar KL has, at long last, issued a Stop Work Order last week to the relief of the Diamond Square residents.

The problems with contractor working until late at night is due to the fact that the DBKL Flying Squad under jabatan Bangunan is not doing their work properly. Most, if not all, of the time the Flying Squad officers are in “sleeping mode” for obvious reason.

If residents are facing construction after 6 pm, please lodge an official complaint with DBKL Call Centre Toll Free line 1800883255 and ask for the report number. Thereafter, please call my personal assistance En Yacob at 012 – 2186929 and we will follow up with DBKL.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 745

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top