Hutang ALWAFEER AIR lebih dari RM60 juta!

Alwafeer Air

3-11-2011

Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan: –

(a)  apakah usaha due diligence yang diambil oleh Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) /MAS, sebelum memasuki rundingan untuk pajakan tiga buah jet bagi Alwafeer Air (Alwafeer) dan adakah kesemua tiga perjanjian pajakan telah dilaksanakan dengan serta-merta dan sekiranya ya, bilakah tarikh bagi perjanjian pajakan tersebut; dan

(b)  sila senaraikan tarikh yang tepat bagi setiap pesawat Jumbo yang diserahkan kepada Alwafeer dan tarikh akhir sewaan yang akan dibayar oleh Alwaafeer bagi setiap pesawat dan berapakah jumlah bayaran sewaan yang tertunggak oleh Alwafeer Air kepada PMB/MAS.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

  1. Untuk makluman Yang Berhormat, Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) dan Malaysian Airline System (MAS) telah melaksanakan kajian terperinci (due diligence) yang merangkumi aspek perundangan dan pelan perniagaan sebelum tiga buah pesawat miliknya dipajak kepada Alwafeer Air (Alwafeer). Kajian tersebut telah dilaksanakan di peringkat dalaman syarikat.

  2. Perjanjian tersebut memberi peluang kepada MAS dan PMB untuk meraih pendapatan melalui pajakan tiga buah pesawat yang merupakan lebihan daripada keperluan sebenar MAS. Selain daripada itu, MAS turut mendapat perolehan sampingan dalam bentuk perkhidmatan kejuruteraan yang ditawarkan serta dapat memaksimumkan penggunaan alat ganti dan kakitangannya. MAS dan PMB telah menerima sejumlah RM79.35 juta dalam bentuk tunai daripada Alwafeer bagi perjanjian pajakan tersebut.

  3. Perjanjian pajakan bagi tiga buah pesawat tersebut telah ditandatangani masing-masing pada 16 Ogos 2009, 20 Oktober 2009 dan 2 November 2009, dengan penyerahan pesawat kepada Alwafeer masing-masing dibuat pada 19 Ogos 2009, 21 Oktober 2009 dan 2 November 2009. Ketiga-tiga perjanjian tersebut akan tamat pada ulang tahun keenam perjanjian iaitu pada tahun 2015.

  4. Tarikh terakhir Alwafeer membuat pembayaran sewa bagi pesawat-pesawat tersebut adalah pada 11 November 2010, dan sehingga 31 Ogos 2011, tungukan bayaran sewa kepada PMB adalah sebanyak USD19.5 juta. PMB dan MAS telah pun menghantar notis tuntutan kepada Alwafeer dan kini dalam proses untuk menamatkan kontrak pajakan tersebut. Ketiga-tiga pesawat tersebut kini telah pun berada dalam simpanan PMB.

NOTA:

Jika MAS/PMB telah melakukan “due diligence” sebelum ia menandatangani perjanjian pajakan dengan Alwafeer Air, MAS/PMB tidak akan menghadapi masalah untuk mengutip sewa bulanan bagi ketiga-tiga pesawat tersebut.

Pembelian pesawat melebihi kerperluan menunjukkan pengurusan MAS dan Khazanah tidak tahu apa yang mereka lakukan atau mampu untuk mengurus MAS.

Daripada jawapan yang diberikan oleh YAB Menteri Kewangan, telah menunjukkan bahawa sewa pajakan yang tertunggak adalah untuk tempoh 10 bulan (dari 11-11-2010 hingga 31-8-2011) berjumlah US$19.5 juta (lebih kurang RM60 juta).  Soal pentingnya adalah, MENGAPA TIADA SEBARANG TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP PIHAK ALWAFEER AIR PADA BULAN NOVEMBER, DISEMBER 2010 ATAU JANUARI 2011?  SEBAGAI RAKYAT KAMI MENGHARAPKAN SEKURANG-KURANGNYA PIHAK MAS/PMB TELAH MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK MENDAPAT KEMBALI KETIGA-TIGA PESAWAT TERSEBUT SELEPAS ALWAFEER AIR TIDAK MEMBUAT BAYARAN UNTUK SEWA PAJAKAN BAGI DUA HINGGA TIGA BULAN. TETAPI MAS/PMB TELAH GAGAL UNTUK BERBUAT DEMIKIAN TETAPI SEBALIKNYA IA MEMBIARKAN KEADAAN INI BERTERUSAN SEHINGGA BULAN OGOS 2011.

Berani saya menyatakan disini bahawa maklumat tidak tepat kerana usaha-usaha untuk mengambil balik pesawat terakhir telah HANYA dimulakan pada bulan Oktober 2011 selepas saya membentangkan soalan ini di Parlimen. Pesawat terakhir baru diambil balik pada akhir bulan Oktober 2011. Saya percaya jika tiada soalan dibentangkan di Parlimen, pegawai MAS, PNM dan Khazanah dibawah kawalan Tan Sri Azman Mokhtar masih tidak sedar akan keadaan ini. Inilah masalah tunggal MAS yang mengalami kerugian yang begitu besar.

Inilah satu contoh KEBOCORAN (LEAKAGE) ternyata di dalam pengurusan tertinggi MAS. Kalaulah KEBOCORAN sedemikian dapat dihentikan maka MAS telah berjaya meraih keuntungan RM100 juta tanpa mengerakkan pesawtnya!  Dengan ini, saya berharap Kerajaan akan menumbuhkan satu Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat secara mendalam KEBOCORAN-KEBOCORAN di dalam pengurusan MAS dan sekaligus menghentikan KEBOCORAN tersebut.

Jika tidak, KEBOCORAN ini akan berterusan tidak kira berapa ramai “CLOWN/PUPPET/CON-SULTANTS dari Bina Tak Fikir atau Fikir” untuk kononnya menyelamatkan MAS sebaliknya mereka AKAN MENGHEMPASKAN MAS dalam masa yang terdekat.

Saya percaya bahawa jumlah tunggakkan sebanyak RM60 juta BUKAN jumlah tunggakkan sebenarnya kerana jawapan tersebut tidak merangkumi tunggakkan kos dalam “BENTUK PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DAN ALAT-ALAT GANTI SERTA GAJI UNTUK JURUTERA-JURUTERA MAS YANG DIHANTAR KE ARAB SAUDI UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN”.  JIKA DIAMBIL KIRA TUNGGAKKAN UNTUK KOS TUNGGAKAN INI, SAYA YAKIN BAHAWA JUMLAH  TUNGGAKKAN SEBENARNYA ADALAH MELEBIHI RM100 JUTA!

Saya percaya bahawa tunggakkan sewa berjumlah RM60 juta atau melebihi RM100 juta telah menjadi hagus atau “bad debt” yang telah diakibatkan oleh KEBOCORAN dalam pengurusan MAS.  Saya menyatakan sedemikian kerana Alwafeer Air sudah tiada pesawat lagi untuk dioperasikan.

Tambahan pula terdapat ramai juruterbang serta pramugari MAS yang di”seconded” atau memilih untuk berkerja dengan Alwafeer Air yang tidak dibayar gaji sejak akhir tahun 2010. Masih terdapat ramai pramugari warga Malaysia yang berkerja di situ menunggu untuk dibayar tunggakkan gaji hingga kini. Mereka menjadi mangsa kerana Perjanjian Pajakan ini. Saya dimaklumkan bahawa sesetengah daripada pramugari tersebut terpaksa berkerjaPART TIME waktu MALAM. Saya amat berharap Wisma Putera akan mengambil tindakan sewajarnya dengan serta-merta  untuk membantu pramugari-pramugari malang tersebut supaya mereka tidak perlu meneruskan kerja “PART TIME” yang tidak boleh diterima oleh masyarakat kita.

Saya berharap YB Menteri Pengangkutan bersedia pada Isnin akan datang (7-11-2011) untuk memberi penjelasan yang terperinci terhadap soalan-soalan di atas khasnya KEBAJIKAN PRAMUGARI MALANG TERSEBUT.

Related article read HERE.

Terima Kasih

Wee Choo Keong

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 765

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top