GOTONGROYONG PERDANA ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK PPR WANGSA SARI

Bersama dengan pegawai DBKL dan Sdr Ayub bin Ismail, Pengurusi Persatuan Penduduk Wangsa Sari (dua dari kanan)

Pukul 9 pagi ini (Ahad) saya telah di jemput untuk hadir ke majlis gotongroyong bersama-sama dengan penduduk-penduduk di perumahan PPR Wangsa Sari Wangsa Maju. Turut hadir sama ialah En Mohd Salman b Mohd Pengurus Perumahan DBKL zon 4 serta lain-lain  kakitanggan DBKL Kawasan.Wangsa Maju. Tidak ketingalan pemimpin-pemimpin masyarakat serta wakil-wakil dari jabatan kerajaan.

Penduduk-penduduk telah bersama-sama membersihkan kawasan perumahan PPR Wangsa Sari dan pihak DBKL telah membekalkan tar terpakai untuk meratakan kawasan lapang yang berhampiran untuk dijadikan kawasan meletak kereta bagi penduduk-penduduk Wangsa Sari.Dalam ucapan pengerusinya Sdr Ayub b Ismail telah menyatakan penduduk-penduduk di situ amat memerlukan taman permainan kanak-kanak dan padang bolasepak untuk kegiatan  sukan dan beriadah. Selain daripada itu penduduk-penduduk juga memerlukan kawasan tambahan bagi meletakan kenderaan-kenderaan penduduk. Dan saya telah bersetuju untuk membantu setakat yang termampu bagi membawa masalah-masalah tersebut untuk diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Saya bagi pihak penduduk-penduduk PPR Wangsa Sari mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak DBKL yang telah banyak membantu menjayakan program Gotongroyong pada hari ini.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 690

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top