Deputy Min of MOF replies in Parliament

YB Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein & Tan Sri Tony Fernandes CEO of AirAsia

The verbatim version of Hansard Report of 28-3-2012 when YB Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein, Deputy Minister of Finance, was replying to all the questions raised during the Debate on the Royal Address in Parliament regarding the MAS-AirAsia share swap and CCF.

Below were the replies from YB Senator Dr Awang Adek to the questions regarding the said share swap and CCF raised by your truly in HERE and HERE.

At 20:40 on 28.3.2012 (Hansard belum disemak)

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: …

Oh! AirAsia, AirAsia, AirAsia. Saya kena sebut AirAsia ini. Sekejap ya. MAS dan AirAsia. Ini penting. Saya kira saya kena jawablah ini. Beberapa Ahli Yang Berhormat, Wangsa Maju, Kinabatangan, Batang Sadong, Kuala Langat telah menimbulkan isu MAS dan AirAsia. Kalau izin saya ambil masa sedikit saya bagi gambaran umum dahulu bahawa…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat tunggu sekejap ya. Saya minta Yang Berhormat dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan ini penting Yang Berhormat ya. Dengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang kurang tepat, yang belum jelas kepada Yang Berhormat, selepas itu baru menyoal. Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Ini penting. Ini soal penting jadi kita berilah masa sedikit. Minta maaf ya Yang Berhormat. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Rangka Kerja Kolaborasi Komprehensif (CCF) yang melibatkan Malaysian Airlines, AirAsia dan AirAsia X adalah bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang dan menyelaraskan kepentingan ekonomi, aligning economic interest syarikat-syarikat dan juga pemegang saham syarikat. Maknanya dia ada dua iaitu economy interest dan cross- shareholding. Bermakna pemilik AirAsia umpamanya ada kepentingan untuk melihat MAS juga berjaya kerana dia ada kepentingan. Pemilik MAS iaitu Khazanah juga perlu melihat atau mahu

DR 28.3.2012 168

melihat AirAsia juga berjaya kerana ia ada share dalam AirAsia. Ini yang dimaksudkan dengan aligning economic interest.

Bagi memastikan kedua-dua pihak lebih komited pertukaran saham antara Khazanah dan Tune Air Sdn. Bhd., pemegang saham utama AirAsia adalah untuk memastikan kedua-dua pihak lebih komited. Kerjasama MAS dan AirAsia dijangka dapat memperbaiki kedudukan kewangan MAS di samping memastikan operasi kedua-dua syarikat terutamanya MAS dilaksanakan secara cost efficient. Okey, jadi apa cara hendak mengurangkan kos? Umpamanya dari segi join procurement kah, latihan bersama kah, penyelarasan semula laluan umpamanya AirAsia sudah tidak mahu lagi sudah pergi London dan yang untungnya diharapkan MAS. Jadi MAS sahaja yang pergi ke London. Jadi ini adalah di antara langkah- langkah yang boleh. Jadi kalau procurement dengan jumlah yang lebih banyak diharapkan lebih murah.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Begitu juga dengan… Tunggu sekejap Yang Berhormat. Tunggu sekejap ya. Bagi saya satu round selepas itu Yang Berhormat tanya. Begitu juga dengan catering dan sebagainya makanan. Jadi niatnya begitu tetapi memang ada masalah. Memang terdapat masalah dari segi pekerja, union tidak puas hati, dari segi persepsi adakah ini adil ataupun berat sebelah. Memang ada dan saya sendiri sudah berjumpa dengan union, saya sendiri sudah berjumpa dengan pengurusan kanan dan setengah-setengah Ahli Yang Berhormat juga telah berjumpa dan mendapat taklimat daripada MAS, Khazanah. Kita tahu bahawa mereka menyatakan kesediaan untuk memastikan matlamat ini dicapai. Tidak ada soal satu parti mendapat faedah yang lebih daripada yang lain. Kepentingan pekerja akan dijaga.

Umpamanya, MAS sudah pun menandatangani Collective Agreement (CA) dengan union dan menaikkan 5% walaupun dalam keadaan ia rugi. Naik! Kalau dahulu ada cadangan untuk membawa pekerja MAS, steward, stewardess hendak beri kepada airline yang lain, ada yang tidak puas hati. Maka sekarang ini diberi melalui skim sukarela, siapa yang hendak pergi. Umpamanya, ada yang masih lagi bujang. Dia don’t mind pergi ke Emirates kah. Sukarela. Jadi ini yang dibuat hari ini. Jadi union pun rasa okey, dia rasa dia boleh terima. CA pun sudah sain. Cuma yang pentingnya kita mahu pastikan supaya matlamat yang CCF ini dan persepsi – ada juga persepsi bahawa kakitangan senior management dari AirAsia sudah masuk MAS.

Sebenarnya, saya berbincang dengan pengurusan MAS. Dia kata tidak betul, memang ada bekas atau ex tetapi dahulu dia ex-MAS. Dia rasa dia tidak puas hati di MAS. Dia dapat tawaran yang lebih baik di AirAsia, dia pergi. Kemudian hari ini, dia dipujuk balik oleh MAS kerana dia ini bagus, yang menjaga engineering. Memang CEO MAS pun kata dia ini bagus. Maka kita pun panggil balik. Dia pun kata dia ini berjiwa MAS. Sudah lama dengan MAS tetapi

DR 28.3.2012 169

oleh kerana dia tidak puas hati, mungkin management dahulu tidak berapa layan dia, dia keluar. Sekarang ini dia hendak balik semula dia kata.

Jadi setengah-setengah apabila kita lihat bahawa dia dahulu dari AirAsia adakah ini satu usaha baru untuk membudaya ataupun menguasai. Jadi ini yang secara umumnya saya hendak cakap kalau dahulu ada masalah union, pekerja, saya rasa masalah ini sudah pun di contain kan dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat. Sila.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya amat tertariklah dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri juga merujuk kepada sesi taklimat antara MAS dengan Ahli-ahli Parlimen baru-baru ini pada 26 Mac dan juga mengenai dengan Collective Agreement (CA) Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan oleh pengurusan MAS.

2050

Wah, ini satu yang bagus telah ditandatangani oleh union dengan 5% increment dari segi salary dan juga AirAsia X telah batalkan flight untuk MAS Catering hendak join procurement dan ex MAS pekerja telah diambil kembali di MAS. Satu demi satu kita cakap hari ini.

Yang Berhormat tahu atau tidak ataupun sedar atau tidak bahawa yang pertama CA itu telah ditandatangani oleh seorang, dua orang pemimpin MAS di MASEUS khasnya Encik Malik dan pekerja MAS sekarang telah menyoal perkara ini. Bukan satu CA yang telah diputuskan oleh AGM ataupun oleh Exco MAS iaitu MASEUS. Dan juga untuk memanjangkan lanjutan masa dua tahun lagi untuk pekerja MAS sebab Malik itu sudah hendak habis 58. So, dapat pula dua tahun lagi. Semua yang saya dengar semua kena telan ‘sleeping pill’. Sleeping pill ini adalah rasuah oleh MAS diberi kontrak oleh MAS seperti cleaning contract dalam MAS kepada mereka. Sebab itulah mereka kena tunduk kepala dengan menurut MAS. Apa pun bersama MAS. So, CA forget about it.

Yang kedua, di sesi taklimat hari itu dan juga pagi ini MAS juga ada satu town hall meeting di MAS. Yang datang adalah siapa? Tan Sri Md. Nor, Ahmad Jauhari Yahya (MD) dan kroni UMNO iaitu Azman Mokhtar dari Khazanah. Di sana beliau menyatakan Tan Sri Md. Nor, “oh no problem the blessing of the MP. They’re all very happy with the business plan of MAS. Yang 26 ini di Parlimen dan kita semua ada di sana dan beliau menyatakan apa Tan Sri Md. Nor ini menyatakan bahawa Ahli Yang Berhormat Kinabatangan menyatakan I salute you AJ. Saya ada di sana, Yang Berhormat yang lain pun ada di sana. Kita tidak dengar pun Yang Berhormat Kinabatangan menyatakan demikian. Padahalnya Yang Berhormat Kinabatangan mengatakan semua ini perompak dan perlu dimasukkan dalam penjara dan panggil initial swap ini berat sebelah sahaja. Untuk semata-mata menyelamatkan AirAsia bukan MAS. Itu satu lie.

DR 28.3.2012 170

Yang kedua, soal katering. MAS Catering kita tanya mereka tidak berani hendak jawab. Kontrak yang berat sebelah 25 tahun yang ditandatangani oleh Tan Sri Md. Nor himself pada tahun 2002 dan pada masa itu siapa yang menjadi konsultan? BinaFikir Sdn. Bhd. Ini satu konsultan yang bina tidak fikir. Siapa partner dia? Rashdan dan Azman Mokhtar. Itu kontrak yang berat sebelah. Buat siasatan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kedua, Rashdan menyatakan pagi ini juga depan pekerja semua, bukan pekerja, heads of department di town hall meeting bahawa dia tidak upgrade. Sebab saya ada tulis dalam blog bahawa beliau telah upgrade maidnya daripada ekonomi dengan bayinya ke first class kabin pada 1 Januari 2012 sedangkan polisi dan regulasi MAS tidak boleh ada baby atau bayi dalam first class cabin. Beliau menyatakan apa yang ditulis dalam Malaysia family, dalam blog saya weechookeong dan jebat must die semua ini fitnah, defer mystery.

Nanti saya hendak memetik report daripada MAS sendiri untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri membuat siasatan sama ada ini benar atau tidak? Report ini mengenai dengan 1st January MH122 Sydney–Kuala Lumpur. IFS Joyce Tan. Mungkin Chief Stewardess upgrade E bahawa Captain Mohd Yunus Ibrahim dan saya petik, Group CEO, Encik Mohammed Rashdan Mohd Yusof also known as Danny, was with his family in first class sit 4A, 4K, 3ADG. Mr. Hii seorang penumpang pembayar sit 2K was asking CSS Suzana and CIC on ground whether we could upgrade his two daughters from EY to first class? Ini Mr. Hii yang minta.

We told him sorry, he was unhappy. He knew there were two vacant seats i.e. 4D and G, but saw it was occupied. Both seats were occupied by Captain Zulkifli Ahmad and his wife and eight years old son from seats 60 FG. Both Captain agreed to the upgrade and told IFS if possible to put them in first class or GCC together as son cannot be separated. Hence, they were seated at 4DG until landing. Mr. Hii didn’t mention anything more. Ini yang penting.

Our Group CEO, Danny upgraded his nanny from economy class to first class without informing us as his little son had to be carried all the time and Danny’s wife had to ensure that her son is fed. Lots of stress and commotion whereby Danny son from economy class was screaming in first class. This woke up Mr. Hii when he was napping. He then asked CIC (Chief Steward In charge) whether infants are allowed in first class? The Chief Steward just smiled and said yes. Then informed Danny about Mr. Hii reaction and he noted. His wife sit 3A was also noted but they continued to sit in first class until landing.

So, siapa yang bohong. Danny ataupun report ini? Kalau hendak saya tunjuk naskhah saya boleh kasi dan saya telah post dalam blog lima minit tadi. So, ini adalah pengurusan yang tidak berwibawa. Pengurusan pembohong, pengkhianat, perompak hendak menjejaskan lambang negara di MAS itu. MAS ini bukan satu syarikat yang biasa. Syarikat yang boleh dikatakan our country icon dengan izin.

DR 28.3.2012 171

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Okey, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Nanti, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Fakta sudah bagi Yang Berhormat. Ini emotional argument tidak perlulah Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: No, sedikit lagi saya hendak tanya. Yang Berhormat sedar atau tidak sebab yang tadi itu satu point ini Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan semua pekerja yang diambil balik kerja di MAS adalah ex-MAS. Saya rasa satu orang sahaja ex-MAS. Kebanyakan semua AirAsia.

Pertama, sebelum itu pada Oktober 2011 bahawa Rashdan melantik satu konsultan yang bernama PlaneConsult. Ini adalah satu syarikat mat saleh yang MDnya Conor McCarthy dan dia ini adalah seorang director dan co founder of AirAsia. Sekarang masih director melantik untuk buat review.


2100

Pada 4 Januari 2012, mereka telah dilantik dengan rasmi syarikat ini menjadi consultant. Saya ada dokumen di sini kalau hendak cabar kata tidak benar. Ini surat perjanjian di sini dan di sini yang penting adalah under methods of working saya hendak petik di sini, ‘An number of local individuals have been identified and recommended as suitable to assume permanent role within the restructured MAS’. Ini saya percaya bahawa orang-orang, pegawai- pegawai yang telah dilantik baru-baru ini daripada AirAsia adalah di bawah rekomendasi PlaneConsult ini.

Pertama, Rozman Omar, dia bukan dari MAS jadi CFO daripada AirAsia masuk ke dalam MAS jadi CFO. Kedua, Azhari Dhallan. Okey dulu daripada MAS itu saya percaya, saya terima tetapi di MAS Engineering itu semua key post dan acting commercial director, siapa? Shane Nollan daripada mana PlaneConsult. Saya tidak pernah dengar lagi di mana pegawai daripada consultant dilantik diberi kuasa eksekutif dalam satu syarikat ‘Perlembagaan Negara’. Tidak adakah orang yang lain dalam MAS yang lebih baik, yang ada penuh dengan pengalaman untuk menjalankan tugas commercial director?

Dan juga Yang Berhormat pun ada menyatakan tadi mengenai dengan cancellation of flight untuk MAS pergi ke London. Itu semua tidak benar. Yang Berhormat sila buat siasatan. Jangan buta tuli dan janganlah hendak dengar sahaja dari sebelah. Buat satu siasatan yang mendalam mengenai dengan cancellation of flight ke London di bawah AirAsia X kerana mereka sudah teruk, mereka sudah hendak tumbang sudah. Bukan soal fuel increase. Semua airline pun kena fuel increase. Adakah airline yang pergi ke London atau gunakan low cost fuel, tidak ada. Fuel sama juga. Akan tetapi yang pentingnya yang baru-baru ini bukan 30 passenger.

DR 28.3.2012 172

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Ini macam tempat yang baru.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dua minit…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat saya faham Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya hendak beri Yang Berhormat Menteri, sedikit lagi, sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Dia kata tadi 30,000 orang penumpang yang MAS perlu uplift itu tidak benar. 35,000 dan sekarang yang telah dibayar kepada MAS baru sahaja yang dibayar kepada MAS baru RM20 juta tetapi yang kita tahu bahawa mereka perlu bayar sekurang-kurangnya RM50 juta. Ini based on the rate that may charge on the fare that incharge. Rate has been incharged for London for example dengan izin, dari London ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke London kata one way dia caj RM1,200. Two way RM2,400. MAS punya fare RM3,000 lebih itu sudah ada discount. Buat satu siasatan dan biasa MAS punya polisi dan regulasinya adalah dalam keadaan yang demikian untuk uplift mereka penumpang yang ada airline. Airline itu mesti memberi satu bank guarantee untuk menjamin…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab satu demi satu ini yang telah saya bangkit itu dalam perbahasan dahulu. Terima kasih banyak-banyak.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Terima kasih Yang Berhormat. Saya cuba jawablah. Pertamanya MAS ini yang terakhirnya kerugiannya ialah RM2.5 bilion.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: [Bangun]


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Nanti dahulu.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itu creative accounting Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Susahlah Yang Berhormat kalau…

DR 28.3.2012 175

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Daripada RM2.5 bilion…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, bagi peluang Yang Berhormat menteri menjawab dahulu Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, Yang Berhormat Menteri menjawab.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Susahlah Yang Berhormat kalau setiap saya cakap..

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itu creative accountinglah.


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Yang Berhormat hendak deny, susahlah saya. Jadi saya tidak payah jawablah. Saya terima sahajalah apa yang Yang Berhormat cakap. Kita berterima kasihlah kerana bagi pandangan. Jadi kita terima. Cuma yang saya hendak cakap yang Yang Berhormat Kinabatangan kata itu, saya ada dengar. Yang Berhormat Kinabatangan mula-mula itu memang marahlah dalam taklimat oleh sebab Yang Berhormat sebut. Memang marah, saya tahu. Yang Berhormat pun marah, semua marah.

Akan tetapi di akhir-akhir itu bila dijelaskan tanggapan, persepsi bahawa MAS akan membawa penumpang-penumpang yang penerbangannya dibatalkan oleh AirAsia kerana penerbangannya diberhentikan secara zero fare. Ini Yang Berhormat katakah atau siapa yang katalah, zero fare. Tidak kena bayar apa-apa. Jadi apabila MAS Dato’ Ahmad Jauhari jelaskan sebenarnya tidak. Sebenarnya dibayar. Semua yang dibayar oleh penumpang akan dapat kepada MAS. Semua yang dibayar awal MAS minta. Sebab itu dia sudah dapat RM20 juta.

Jadi bila disebut macam itu, Yang Berhormat Kinabatangan kata, sama ada I salute you AJ ataupun I thank you. Saya dengar. Yang Berhormat tidak payahlah hendak cakap. On that point, on that point Yang Berhormat. Jadi saya ada dekat situ. Jadi tidak eloklah Yang Berhormat kata dia tidak kata. That’s it. Saya hendak ini cuma hari ini kita hendak bercakap secara keluarga, tidak payah kita hendak umpamanya…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Esok kita confirm.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Umpamanya saya tidak hendaklah bawa isu maid dinaik taraf sebagai satu faktor menentu kejayaan CCF atau tidaklah, bukan semestinya betul. Apa yang dibuatnya mungkin tidak betul. Kalau disiasat tidak betul, tidak betullah. Kalau sepatutnya tidak dibuat, tidak dibuatlah. Akan tetapi saya kira dari segi kesan ke atas CCF berjaya, gagal CCF itu tidaklah banyak bergantung pada soal itu.

Yang ketiganya dari segi catering. Saya tahu masalah Yang Berhormat Permatang Pauh sebut. Masalah ini kontrak lama diberikan di masa yang lepas. Apa yang MAS cuba buat sekarang kerana perjanjian sudah dibuat. Kalau dapat dirunding semula dengan adanya joint procurement dengan AirAsia ini, volumenya semakin besar. Jadi yang katerer ini mungkin sanggup rundingkan harga yang lebih murah. Ini akan win-win kepada MAS dan Air sia. Betullah kalau…

DR 28.3.2012 176

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dijual kepada siapa syarikat MAS Catering ini?

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Tidak apalah. Maknanya yang dibayar oleh MAS…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Bukankah dijual kepada adik kepada bekas Perdana Menteri? Gubahan Saujana Sdn. Bhd. oleh kepada adiknya, Dato’ Haji Ibrahim.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Yang Berhormat. Saya ini tengok dari segi MAS. MAS sekarang bayar mahal. Kalau Yang Berhormat kata…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Berani Yang Berhormat menafikan itu fakta.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Tidak payahlah saya hendak menafikan.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Okey, terima kasihlah.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Saya tidak kata. Saya tidak hendak persoal pasal maid kah apa. Saya tidak persoal Yang Berhormat. Yang Berhormat hendak kata, katalah. Akan tetapi saya cuba mencari perkara-perkara yang akan ada bearing terhadap CCF ini. CCF, MAS ada kerugian RM2.5 bilion. Kerugian ini berlaku sebelum CCF. Jadi hendak blame CCF pun takut kita bersikap tidak adil. Jadi masalahnya what do we do? Adakah kita hendak abandon MAS? Kita hendak cari penyelesaian. Mengikut Khazanah dijangkakan dengan ada cross holdings 20% sahaja, bukan dia majoriti. MOF ada golden share. Takkanlah Khazanah pun teruk, MOF pun teruk, everybody teruk sehingga tidak dapat menggunakan kewajaran dalam pengurusan MAS.

Lembaga Pengarahnya ada KSP, ada SUB. Takkan hendak dengar wakil daripada AirAsia sahaja. Takkan mereka ini mudah sekali dikelentong. Ini masa hadapan. Saya tidak ada maklumat sangat. Minta maaf Yang Berhormat Permatang Pauh, saya tidak ada maklumat yang berlaku dahulu. Masa Tajuddin Ramli, saya minta maaf ya. Semasa itu Yang Berhormat Permatang Pauh hantar saya pergi Labuan. Saya duduk di Labuan masa itu. [Ketawa] Kasihan dekat saya ya. Akan tetapi tidak apalah sebab Yang Berhormat Permatang Pauh ada kuasa masa itu. Dia hantar saya ke Labuan.

Jadi tidak apa. Jadi saya tidak ada maklumat sangat mengenai Tajuddin Ramli. Jadi saya tidak hendaklah bercakap. Saya ini orang yang telus Yang Berhormat. Kalau saya tidak ada maklumat, saya tidak ada maklumat. Kalau ada Yang Berhormat kata, apa Timbalan Menteri tidak ada? Sudah itu hendak buat macam mana? Saya memang Timbalan Menteri. [Ketawa]

Datuk Ismail Kasim [Arau]: Yang Berhormat, sikit. [Dewan riuh][Ketawa]


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Barangkali Timbalan Menteri…

Datuk Ismail Kasim [Arau]: Yang Berhormat, saya ada sedikit ya.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Maklumat yang ada dengan Timbalan Menteri

mengikut kewajaran Timbalan Menteri. [Ketawa] Saya tidak suka berlakon Yang Berhormat Permatang Pauh, dia tahu saya. Saya tidak suka..

DR 28.3.2012 177

Datuk Ismail Kasim [Arau]: Yang Berhormat, sikit sahaja. Saya hendak tanya Yang Berhormat tentang tanggungan liabiliti yang lama. Misalnya yang milik walaupun dalam bentuk percentage yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Kita tidak meramalkan kejadian di masa hadapan. Akan tetapi hutang lama yang sebelum rangka kerjasama komprehensif ini maksudnya hutang AirAsia dan hutang MAS yang Yang Berhormat katakan RM2.5 bilion itu. Bermakna kata kalau sekiranya apa-apa yang terjadi, adakah hutang-hutang ini akan menjadi hutang bersama ataupun liabiliti bersama di antara dua pihak? Sebab ini amat penting Yang Berhormat. Dahulu saya sudah seperti Yang Berhormat Permatang Pauh bangkitkan tadi, pembelian lukisan RM10 juta dalam pejabat chairman, berlaku mismanagement di peringkat atasan, nasib ditanggung oleh pekerja-pekerja bawahan.


2120

Jadi kita tidak mahu ia diulang kembali. Semua orang tahu. Hutang ini sebenarnya yang menjadi keraguan selain daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tadi kalau pekerja berpuas hati, kita iaitu Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya serta rakan-rakan hampir setiap minggu menggunakan pesawat MAS. Mereka yang bawah lima tahun Yang Berhormat Timbalan Menteri, masih merayu. Mereka kata mereka akan jadi macam orang tidak betul kalau mereka terpaksa service sampai tujuh route sehari tanpa night stop. Yang ini yang menjadi kebimbangan mereka. Akan tetapi yang lebih daripada lima tahun, mereka tidak ada kebimbangan kerana mereka dapat privilege seperti Yang Berhormat bangkitkan tadi. Jadi benda-benda yang macam ini yang sebenarnya yang mereka minta kita sampaikan sebagai wakil mereka di Dewan yang mulia ini. Nasib mereka yang juga ramai. Saya ingat melibatkan 2,000 orang hingga 3,000 orang yang di bawah lima tahun yang berkhidmat dengan MAS. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin]: [Bangun]

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya kira kita mendengar banyak isu yang di bawa oleh rakan-rakan yang lain tetapi perkara pokok yang ingin ditanya oleh ramai pihak ialah dengan adanya CCF ini, apakah perlu ada share swap? Bolehkah dilakukan kerjasama di antara AirAsia dengan MAS ini tanpa ada pertukaran ataupun swapping of shares? Ini yang saya rasa perkara pokok yang ingin ditanya oleh rakyat. Rationalization route, pengurangan kakitangan itu semua saya kira boleh dibuat tanpa perlu kita mengadakan pertukaran share. Jadi ini yang mungkin yang perlu dijawab dengan jelas oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, saya soalan sikit sahaja, Yang Berhormat. Kita sudah dua jam lima minit, Yang Berhormat. Berapa lama lagi kita ini? Saya faham perkara ini penting Yang Berhormat, tetapi ulang, ulang dan ulang cerita lama.

DR 28.3.2012 178

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang Berhormat, saya hendak minta sedikit sahaja.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Cukuplah, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Satu minit, mengenai dengan akaun yang kata kerugian RM2.5 bilion ini. Dalam RM2.5 bilion ini termasuk redelivery of aircraft. RM620 million sebagai losses redelivery of aircraft. Yang kedua, fuel cost dan ketiga stock obsolescence sebanyak RM179 million dan impairment of freighters sebanyak RM314 million. Ini sebagai losses. Tolonglah. Semua total sebanyak RM1.2 bilion iaitu separuh. Bukankah ini creative accounting? Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Yang Berhormat, saya tidak setuju dengan Yang Berhormat. Creative accounting – kerana accounting ini kita kena menunjukkan keadaan semasa to reflect the reality.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ini bukan audited account, Yang Berhormat. Ini unaudited account.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Saya kerja di Bank Negara lama, Yang Berhormat. Selama 17 tahun. It must reflect the true position. Jadi kalaulah you sudah ada plane yang sudah tidak boleh naik lagi, hendak jual pun orang tidak beli, fuel consumption tinggi, you have to rid of, you rid oflah. You tidak rid of now, you have to rid of next year, you know. So, you rid of, you make provision. You make provision dengan izin. Impairment. Jangan you kata tidak payah buat semua ini. You ambil yang RM1.2 bilion sahaja.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: How about the redelivery of aircraft?


Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Yes, the same thing. Same thing.


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ini creative accountinglah. Sebab itulah kena datang ke sini.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: You semua orang tidak betul bagi you. You sahajalah yang betul. Susahlah Yang Berhormat macam itu.


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Jawablah semua yang kita tanya tadi itu. Jangan kata saya tidak tahu. Buat siasatan terhadap apa yang disebutkan di sini.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Tidak mengapalah. Saya buat tugas saya, Yang Berhormat buat tugas Yang Berhormat. Saya tahu apa tugas saya. Tidak apa, cukuplah itu.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Okey, kita akan masukkan usullah esok.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Tidak apalah. Soal Yang Berhormat Arau kata – ini sama dengan Yang Berhormat Kota Belud. Dia tidak perlu ada share swap. Cooperative framework boleh dibuat dalam bentuk yang pelbagai tetapi mengapa ada share swap? Share swap ini yang hendak align the economic interest supaya ada kepentingan. Kalau MAS rugi – biasanya 20% dia ada equity accounting, Yang Berhormat. Maknanya kerugian MAS akan

DR 28.3.2012 179

dikira 20%nya kerugian AirAsia. Equity accounting. Masa depanlah barangkali sebab yang ini sudah dikira selepas daripada dia punya ini.

Kalau tidak ada share swap, tidak ada apalah. Enjoy sahajalah. Cakap sahajalah. Masing-masing buat hal. Tidak ada masalah. Ini yang dimaksudkan kena ada economic interest. Bila economic interest ini, it hits your pocket dengan izin, then you must think twice. You kena serius sikitlah. Ini, Yang Berhormat. Jadi banyak benda-benda ini kalau kita hendak kira dari segi persepsi, banyak. Soalnya what do we do, apa yang harus kita buat ini? Airline kita. Kerajaan hendak kena bailout lagi, berapa kali? Kita hendak blame orang, okeylah blame tetapi kita mesti ada airline. So ini dikira kalau kita boleh buat dalam satu rangkaian, satu framework yang boleh mengurangkan rugi, yang boleh membuatkan, umpamanya satunya dipanggil interlining. Interlining ini, AirAsia dia banyak pergi ke tempat-tempat yang MAS tidak pergi. Bila sudah ada economic interest, MAS akan bawa passenger-passenger Balik Papankah, ke manakah, hendak pergi Europe datang ke Kuala Lumpur. Jadi Kuala Lumpur akan mendapat faedah.

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin]: [Bangun]

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Jadi AirAsia pun suka buat macam itu sebab kalau MAS untung, dia pun untung sebanyak 20%. Interlining. Dia banyak pertimbangan. Betullah, saya ini suka beri benefit of the doubt sikitlah. Janganlah ingat…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya ingat Yang Berhormat Jasin cukuplah, Yang Berhormat. Sudah cukup, Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussein: Sudah cukuplah itu. …

Notes:

The above answers given by YB Senator Awang Adek were not answers but his narrow points of view that no one with the right mind can accept. Yours truly specifically asked what was the total consultancy fees paid to BinaFikir Sdn Bhd in 2002 /2003 but he chose to avoid altogether. Yours truly believes that the figure must be big.Yours truly will pursue for the answers to the unanswered questions next week when Parliament will be debating the Supplementary Budget.

In the mean time time, MAS staffs and the MAS Unions excluding MASEUS will have to play their roles as stakeholders in MAS. Yours truly is aware that MESA, MAPA and others have not signed the Collective Agreement (CA). Syabas to those MAS Unions that didn’t sign the CA. What is the point of signing CA when the future of MAS is uncertain. Now is the time for MAS staffs and MAS Unions to pursue the abused of powers by Amok’s crony, Rashdan.

Please read about YB Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein in “Awang Adek the winnable candidate for Bacok”.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top