Questions Time: 29 Mac 2011 Tender process in Ministry of Tourism

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

(WANGSA MAJU)

TARIKH :  29 MAC 2011

SOALAN : Meminta MENTERI PELANCONGAN

menyatakan :

Apakah peraturan tender semasa untuk pemberian projek atau kontrak-kontrak yang diamalkan oleh Kementerian supaya amalan kronism dapat dielakan dan apakah peraturan tender yang digunakan oleh Kementerian untuk projek-projek atau kontrak-kontrak kepada Naga DDB Sdn Bhd, Smascom & Design Sdn Bhd, Sen Media Sdn Bhd, M & C Saatchi Sdn Bhd dan Impact Creation (M) Sdn Bhd.JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Perlantikan agensi pengiklanan yang diamalkan oleh Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia adalah melalui proses tender terbuka berdasarkan “Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara Tender” yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007. Tatacara ini juga digunakan semasa pemilihan syarikat-syarikat pengiklanan bagi kontrak pengiklanan Tourism Malaysia 2011-2013.

Berdasarkan Surat Pekeliling tersebut, proses tender bagi kontrak pengiklanan Tourism Malaysia 2011-2013 dibuat melalui empat (4) Jawatankuasa berikut iaitu:

i) Jawatankuasa Pembuka Tender Tourism Malaysia;

ii) Jawatankuasa Penilaian Kewangan Tourism Malaysia;

iii) Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tourism Malaysia; dan

iv) Lembaga Perolehan “A” Tourism Malaysia.

Tourism Malaysia juga mengguna pakai Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2009 (Had Nilai, Kuasa dan Tanggungjawab Lembaga Perolehan Agensi), iaitu kuasa untuk menimbang dan menyetuju terima tender yang bernilai melebihi Ringgit Malaysia Dua Puluh Juta (RM20 juta) hingga Ringgit Malaysia Seratus Juta (RM100 juta) telah diberikan kepada Lembaga Perolehan ‘A”.

Tiada ahli yang sama di dalam keempat-empat jawatankuasa. Malahan, seperti yang disyarakan, Jawatankuasa Pembuka Tender telah memberi nombor kod bagi setiap dokumen teknikal dan dokumen kewangan daripada agensi-agensi pengiklanan tersebut. Kod ini digunakan sepanjang proses penilaian tersebut dan bukannya menggunakan nama syarikat. Ini dibuat untuk menentukan sebarang unsur kronisme tidak berbangkit dan penilaian dapat dilakukan secara telus.

Laporan hasil pemilihan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju supaya keputusan Lembaga Perolehan ‘A’ itu dilaksanakan.

Penganugerahan tawaran kontrak tahun 2011-2013 telah dilaksanakan mengikut tatacara perolehan kerajaan yang ditadbir urus baik secara telus, terbuka, adil dan saksama menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pembuka Tender, Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Kewangan, Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Mesyuarat Lembaga Perolehan “A”.

Nota:  Lihatlah standard jawapan Kementerian Pelancongan. Soalan spesifik tidak dijawab mengenai syarikat-syarikat tersebut.

 

 

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 744

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top