Questions Time: 20 April 2010

hPERTANYAAN :       BUKAN LISAN

DARIPADA                  :        YB TUAN WEE CHOO KEONG  [WANGSA MAJU]

TARIKH                         :       20 HB  APRIL, 2010

Tuan Wee Choo Keong [Wanqsa Maju] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan sama ada DBKL bercadang untuk mendapatkan pandangan ahli-ahli Parlimen sebelum menetapkan bajet tahunan, jika tidak mengapa.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, penyediaan Bajet Tahunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah berdasarkan kepada Seksyen 55, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Dalam hat ini, tiada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Ibu Kota 1960 yang mengkehendaki pihak berkuasa tempatan untuk memanggil AhIi-ahli Yang Berhormat bagi mendengar atau membahaskan belanjawan yang telah dbuat.

Untuk makluman Ahil Yang Berhormat, semua pengurusan kewangan DBKL dilaksanakan melalul 2 (dua) buah jawatan

kuasa jaitu:

(I) Jawatan Kuasa Belanjawan dan Kewangan; dan

(ii) Jawatan Pengurusan Kewangan dan Akaun.

Jawatan Kuasa Belanjawan dan Kewangan bertanggungjawab menyediakan Bajet Tahunan DBKL.

Manakala Jawatan Pengurusan Kewangan dan Akaun berperanan memantau prestasi perbelanjaan DBKL pada setiap suku tahun.

Semua akaun DBKL akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat DBKL dan seterusnya diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Akaun DBKL yang telah diaudit kemudian akan dibentangkan di Parlimen.

Walau baqaimanapun, pandangan yang disalurkan semasa pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama AhIi-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan turut diambil kira di dalam melaksanakan program Bajet DBKL 2010 dan penyediaan program serta perancangan Bajet DBKL tahun 2011.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 743

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top