Tek ucapan perbahasan Titah Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung pada 29 Mac 2010

Teks ucapan YB Wee Choo Keong,  Ahli Parlimen Wangsa Maju,  pada 29-03-2010 – Perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang  Di Pertuan Agung

Datuk Yang Di Pertua,

Saya bangun untuk membahas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agung. Titah Ucapan Seri Paduka Baginda yang merupakan ucapan dasar kerajaan perlu disokong oleh rakyat jika ianya dilaksanakan dengan ikhlas dan adil oleh kerajaan. Saya menyokong sepunuhnya Titah Sri banginda iaitu “..negara kita terus maju dan rakyat hidup dalam harmoni serta menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada tanah air yang tercinta.”

Datuk Yang di-Pertua

AIRASIA

Saya telah dimaklumkan bahawa AirAsia telah menjelaskan semua airport  tax yang di hutang dan tangguh untuk beberapa tahun dahulu. Saya tidak boleh menerima bahawa AirAsia boleh hutang ariport tax selama 8 tahun dan mengapa MAB boleh memberi diskaun RM25 million.  Ini mustahil sekali. Sepatutnya MAHB kena caj faedah dan penalti terhadap hutang tersebut kerana wang tersebut digunakan oleh AirAsia.  Financial costs, dengan izin untuk hutang lebih kurang RM100 juta (hutang airport tax) mesti ditanggung oelh AirAsia.

AirAsia mengutip airport  tax sebagai agen mengutip bagi MAB dan ia sepatutnya membayar semua airport tax yang dikutip tetapi ia tidak membayar airport  tax untuk penumpang-penumpang yang tidak boleh terbang.  Apabila pelanggan meminta AirAsia membayar balik airport  tax AirAsia akan caj administrative fees lebih kurang berjumlah airport tax yang mereka telah bayar.

Saya percayai bahawa jumlah airport untuk penumpang –penumpang yang tidak terbang adalah berpuluh-puluh juta Ringgit.  MAB bertanggung jawab untuk mengambil tindakan untuk menuntut airport tax  tersebut dan selepas itu MAHB perlu membayar balik (refund) kepada setiap penumpang yang tidak terbang tanpa apa-apa potongan.

Datuk Yang di-Pertua,

Saya berharap Kementerian Pengangkutan atau Kementerian Kewangan memberi penjelasan berapakah jumlah airport  tax untuk  katigori ini yang masih di dalam simpanan AirAsia dan samada MAB akan mengambil tindakan undang undang terhadap AirAsia untuk menuntut hutang tersebut.

Datuk Yang di-Pertua,

“AIRASIA SELLING TICKET IN ADVANCE – NO BAILOUT”

AirAsia juga menjual tiket “in advance” dengan izin dan saya percaya bahawa jumlahnya adalah beratus-ratus juta Ringgit . Ahli-Ahli YB sedia maklum bahawa kebanyakan “low cost airlines” dinegara lain  telah gulung tikar.  Japan Airline pun telah gulung tikar. Saya kwatir dengan expansion oleh AirAsia tetapi airport tidak dibayar.

Saya ingin bertanya kepada YB Menteri  Pengakutan atau Menteri  Hal Ehwal Pengguna adakah mereka bercadang untuk mengeluarkan peraturan atau syarat kepada AirAsia supaya wang yang dibayar terdahulu oleh pelanggan-pelanggannya adalah sentiasa selamat jika AirAsia menggulung tikar.

Saya ingin menjelaskan disini bahawa soalan diatas tidak wujud jikalau Kerajaan boleh memberi jaminan di Parlimen bahawa Kerajaan tidak akan “bailout” AirAsia jika ia menggulung tikar kerana wang rakyat tidak boleh digunakan untuk membela sebuah syarikat swasta.

Datuk Yang Dipertua,

SETIAUSAHA POLITIK MENTERI TERLIBAT DENGAN RASUAH

Ahli-ahli YB sedia maklum, dua bulan berlepas seorang setiausaha politik kepada salah seorang Menteri telah ditahan oleh SPRM di Pulau Pinang kerana dia mempunyai wang tunai berpuluh juta Ringgit dan memiliki beberapa buah condominium mewah.  Selepas sehari dia ditahan oleh SPRM, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri mejaga EPU (YB Tasek Gelugor) mengisthirakan setiausaha politik tersebut telah letak jawatannya.

Orang ramai mempersoalkan kedudukan boss setiausaha politik tersebut.  Bagaimanakah YB Menteri tersebut tidak menyedar  kegiatan rasuah setiausaha politiknya atau pun beliau mengalakkan tingkah laku setiausaha politiknya.  Saya amat hairan kenapakah sehingga hari ini setiausaha politik tersebut masih tidak dituduh di Mahkamah.  Saya igin menanya YAB PM  bilakah setiausaha tersebut akan dituduh di Mahkamah dan samada sesiatan juga dijalan oleh SPRM terhadap YB Menteri, Ahli Tasek Gelugor tersebut.

Bilakah setiausaha politik YB Perdana Menteri, Shafee Abdullah, akan dissiat oleh SPRM ?
Datuk Yang Di Pertua,

WHISTLEBLOWING BILL

Ahli-Ahli YB telah dimaklumkan bahawa Kerajaan akan membentangkan Whistleblower Bill dalam sessi Parlimen ini.  Saya percaya semua rakyat mengalu-alukan Rang Undang-Undang ini.

Saya ingin menarik perhatian YAB Perdana Menteri kepada satu atikal bertajuk “Is Whistle-Blowing Really Serious?”  diterbitkan dalam majalah Malaysian Business dalam muka surat 44-45 pada 16 mac 2010. Penulis atikal ini adalah seorang bekas Ahli Palimen dan Presiden Dewan Negara, YB Tan Sri Adam Kadir. Saya juga difahamkan bahawa beliau adalah bekas Pengurusi POS Malaysia Bhd, sebuah GLC, dimana Kerajaan melalui Khazanah memengang 32.2% saham didalam POS Melaysia Bhd.

Izinkan saya memetik beberapa perenggan didalam artikel tersebut.

“I am endowed with the knowledge of a GLC which sustained a loss of half  a billion Ringgit caused by misplaced controls from outside the company over the sale of 40 million “X”.   shares. [saya difahamkan bahawa maksud “outside controls” disini adalah control dari Khazanah Bhd, yang diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan “X” shares adalah Transmile Bhd ]

Sources in the company chose the accepted method of whistle-blowing to the relevant authorities, but nothing has come out of it. The blow could easily lead to the conflict of governance, at best, or corruption, at worst. The latter had most likely evolved from an understanding between the relevant GLC control-lever (adalah Khazanah Bhd) and the controlling shareholder of the “X” company.


Tucked in the GLC’s board record were resolutions to sell at RM10, RM12 and RM14 sequentially over a period of time. Soon after the ‘stop-sell” order from the control-lever (Khazanah Bhd) at RM14 to a specific buyer, the share collapsed on reaching RM14.50 plummeting to as low as 50 Sen. It hovered below Rm1 for a sustaained for a period of time. On February 26, 2010, the closing was 35 Sen, the proceeds are merely RM14 million – a difference of RM546 million! ”

Apa yang didedahkan adalah amat mengejutkan dan serius – seperti PKFZ.  Jikalau tuduhan tersebut adalah benar, tindakan segara perlu diambil terhadap pegawai yang bertangung jawab  di Khazanah Bhd kerana wang rakyat berjumlah RM546 million telah hagus dengan beberapa panggilan talipon sahaja keapda pegawai POS Malaysia Bhd – saya percaya.  Ini adalah satu contoh yang jelas : Harap Pagar pagar makan padi!

Saya merayu kepada YB PM / Kewangan untuk menjalankan satu sesiatan dengan segera apa yang telah didedahkan.  Jikalau tuduhan tersebut adalah benar, saya percaya benar, YB Menteri yang bertangung jawab untuk Khazanah  Bhd pada masa itu Jika masih memengang jawatan Menteri  mesti meletak jawatannya dengan segera untuk memikul tanggungjawanya, dan tindakan keras mesti diambil terhadap Menteri tersebut dan pegawai Khazanah Bhd yang terlibat.

Datuk Yang di-Pertua

SKIM CEPAT KAYA

Sun Shine Empire Sdn Bhd, Empire Property Venture Sdn International Bhd, Empire Property Sdn Bhd, Sunshine Villa Project di Melaka yang telibat dalam kegiatan deposit taking / skim cepat kaya. Syarikat tersebut di ketuai oleh James Phang, warganegara Singapura dan Datuk Alex Teh Cheong Teong di Malaysia.

Saya difahamkan bahawa Bank Negara telah mengambil tindakan terhadap Empire Property Venture International Sdn Bhd.  Saya dapat aduan bahawa directors syarikat ini telah mengutip deposit beratus juta Ringgit dengan mengunakan pelbagai penipuan melalui skim-skim palsu seperti project perumahan, Sunshine Villa Projek di Melaka.

Walaupun tindakan telah diambil oleh Bank Negara tetapi tidak mencukupi kerana Datuk Alex Teh masih menerima deposit melalui skim-skim lain. Pada kini Datuk Alex Teh ini menggunakan syarikat bernama YUAN ZHONG SIU SDN BHD untuk menerima deposit melalui kad kredit.

Saya menyeru Menteri Kewangan mengarahkan Bank Negara mengambil tindakan dengan segera untuk mempertahankan kepentingan orang awam supaya rakyat tidak di tipu oleh James Phang dan Datuk Alex Teh Cheong Teong tersebut.

Datuk Yang di-Pertua,

FORGERIES –LITOGRAPHS IBRAHIM HUSSEIN

Saya di maklumkan bahawa litographs “Line Series” 8 keping Alayarhum Ibrahim Hussein, seorang artis Malaysia yang amat terkenal di dunia, telah di tiru dan jual di Malaysia seperti original copy dengan harga RM800,000. Saya dimaklumkan bahawa forgeries ini di jual melalui syarikat frame, WL Fine Art Sdn Bhd, No 3,5,9 & 11, Jalan Chantek  5 / 13, 46000 Petaling Jaya. Satu laporan polis bernombor 009155 / 2009 telah di buat di Balai Polis Pantai pada 04-09-2009.  Pada kini kegiatan forgeries masih berterusan.

Saya berharap Kementerian Dalam Negeri menyatakan kenapakah tiada tindakan positif diambil and apakah tindakan akan diambil terhadap laporan tersebut.

Datuk Yang di-Pertua,

MODEL EKONOMI BARU

Saya bersetuju dengan YAB PM untuk mengadakan satu Model Ekonomi  Baru yang boleh selaraskan dengan dasar Kerajaan iaitu “1Malaysia” dan “Rakyat Didahulukan”.

Jikalau Kerajaan berhasrat untuk satu dasar demi “nation building”  and mencapai dasar 1Malaysia dan Rakyat Didahulukan, Kerajaan perlu mennghapuskan semua subisidi based on race dengan izin. Contohnya AP yang diberikan eklusif kepada kroni-kroni pihak tertentu sahaja. Rakyat tidak bantah AP di jual oleh Kerjaan tetapi rakyat bantah AP diberikan kepada kroni-kroni.

Saya bersetuju bahawa subsidi di kekalkan kepada bumiputra dalam satu masa transition katalah dalam 5 tahun supaya sahabat-sahabat saya boleh menggunakan masa transition ini untuk mereka menyedia untuk bersaing dalam semua kegiatan dalam negara.

Kalau subsidi masih dikekalkan tanpa syarat dalam Model Ekonomi Baru yang akan dilancarkan oleh YAB PM tidak lama lagi, berani saya mengata dengan terus terang bahawa dasar 1Malaysia atau apa-apa dasar untuk menyatupadukan rakyat tidak akan berjaya kerana yang dapat manafaat adalah “a small percentage of the population only as can be seen from the existing New Economic Policy” dengan izin.

Akhir kata, saya yakin bahawa jika kita beri perluang dan galakan sewarjanya, orang Melayu dan bumiputra lain boleh bersaing di galangan global. YES, WE CAN. WE CAN DO IT EVEN BETTER UNDER A REAL 1MALAYSIA, dengan izin.

Datuk Yang di-Pertua,

FITNAH MENFITNAH

Saya menyokong dengan taat setia Titah Ucapan Seri Banginda mengenai dengan fitnah-menfitnah dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit”.

Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin.

Dalam pengalaman politik yang terhad selama  25 tahun, saya amat kesal dan sedih bahawa politik tanah air yang kita cintai telah mencapai tahap yang amat mebinbangkan. Kepetingan rakyat nampaknya “has taken a back seat” dengan izin.  Saya pasti rakyat mengikuti perkembangan ini dan lambat laun akan sedar dari dibuai slogan-slogan dan retorik politik semata mata.

Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) di USA untuk “foster a better diplomatic and trading relationship with USA “. Lawatan kerja ini pun tidak dikecualikan.

Saya percaya perhubungan baik dengan USA akan mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara dimana lebih banyak trading relationship dengan izin diantara dua negara. Ini bermakna lebih banyak kegiatan ekonomi dalam negara dan juga mewujudkan lebih banyak kerja untuk rakyat Malaysia.

Lewatan kerja ini pun di putar belit fakta di dalam internet untuk mencapai matlamat agenda politik kumpulan tertentu.

Fakta di forum CSIS adalah wartawan Malaysiakini datang dari San Francisco sahaja yang berada di forum CSIS pada hari tersebut tetapi laporan dengan putar belit fakta dengan serangan peribadi yang tidak berasas tidak diterbitkan di Malaysiakini tetapi di portal lain. Selepas sehari dua barulah diterbitkan di dalam Malaysiakini lebih kurang sama dengan apa yang di laporkan di dalam portal tersebut tetapi tanpa serangan pribadi.  Fakta ini adalah amat mustahil!

To be fair dengan izin, YB Padang Rengas tidak menfitnah sesiapapun dan semasa beliau menjawab soalan ditimbulkan oleh representative dengan izin dari Amesty International mengenai kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, YB Permatang Pauh.

YB Padang Rengas menyatakan bahawa YB Permatang Pauh adalah sahabat beliau dan conscience beliau tidak membenarkan beliau menfitnah sahabatnya dan kes tersebut adalah antara majikan dan seorang perkerja, dan laporan polis telah dibuat oleh perkerja. Jikalau tiada tindakan diambil, maka pihak perkerja akan menuduh kerajaan tidak adil.

Saya amat kesal dengan tindakan yang tidak bertangungjawab dan untuk menjejaskan kepentingan negara dengan lapoaran tertentu.  Kemungkinan matlamat pihak tertentu mahu menjahanamkan negara dari segi pandangan antarabangsa . Saya minta maaf bahawa saya tidak boleh memain peranan senyap lagi dalam keadaan yang amat jelas dimana fakta-fakta diputar blitkan oleh spin doktor dengan izin dan membenarkan mereka mencemarkan imej negara dengan agenda sempit yang didorong oleh motif memengtingkan diri semata-mata.

Tugas utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk mempertahankan kepentingan rakyat dan “act as a check and balance against the government of the day in the interest of the people”, dengan izin, dan bukan untuk memutar belit fakta untuk menjejaskan imej dan kepentingan negara.

Ahli-Ahli YB mesti bersetuju dengan saya bahawa kita mesti membezakan kepentingan politik  dengan kepentingan negara dan lebih teruk politik pribadi. Janganlah mengadakan benda-benda yang tidak wujud.

Datuk Yang di-Pertua

THE LITTLE NAPOLEONS

Tetapi saya amat dukacita apabila beberapa Little napoleons di sebelah sini (disebelah sana pun ada juga tetapi bukan hal saya). Little napoleons  menyoal kedudukan saya dalam mesyurat rasmi parti kenapakah saya dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai ahli untuk lawatan kerja di Washington baru-baru ini dan kenapa mereka tidak dipilih. Saya tahu “little napoleons” dan Ahli-Ahli YB dari PAS dan DAP pun pernah dipilih sebagai ahli lawatan kerja dengan Menteri-Menteri atau Sepaker ke Parlimen atau kerajaan negara lain.

Kalau pilihan saya menjadi satu persoalan, maka PR memerlukan satu dasar baru bahawa Ahli-Ahli Parlimen PR tidak boleh mengambil bahagian dalam semua lawatan ke luar negeri dengan Menteri,Speaker atau Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan.

Walaubagiman pun saya tidak pernah mempertikaikan perlantikan little napoleons kerana saya tidak ada perasan cemburu walaupun little napoleons tersebut sideline saya dan menklasificasikan saya senbagai seorang “junior MP”.

Walaupun saya tidak bersetuju dan saya tidak pernah mempertikaikan YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Macang apabila mereka telah dilantik untuk “to chase after BN MPs in Taiwan to cross-over” walaupun tiada hasil.
Ada juga little napoleons yang pintar sedikit, mereka yang memlemparkan batu sebunyikan tangan.

Segelintir little napoleon sanggup melakukan apa sahaja termasuk “manufacturing lies” dengan izin seperti dengan “superimposed” gambar dan  diterbit dalam internet untuk fitnah dan mengaibkan tokoh politik negara semata-mata.  Tindakan FITNAH ini telah diakui oleh little napoleon tertentu tetapi tiada tindakan diambil terhadap dia. Sebaliknya tidakan disiplin diambil terhadap peminpin lain atas perkara yang temeh remeh.

If these little napoleon could stoop so low to do such thing like superimpose picture to defame others for political reason, nothing on earth will stop them from destroying the country, degan izin.

Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons terhadap isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan peristiwa September 16 atau isu-isu yang lain di Parlimen atau di luar,  tidak dijawab langsung. Jawapan little napoleons adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”, dengan izin.  Little napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’, dengan izin.

Saya juga berharap bahawa the little napoleons tersebut  jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin  dan politik cakap tak serupa bikin atau politik bermusin.

Dengan ini saya berharap these little napoleons berhentikan kegiatan politik kotor dan fitnah menfinah mereka melalui internet atau lain untuk satu tujuan matlamat poltik sempit mereka yang mementingkan diri sahaja tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Jika kegiatan ini berterusan maka parti ktia akan hancur, perjaungan akan jadi sia-sia shaja dan dua parti sistem akan menjadi bayangan atau impian semata-mata.

Terima kasih

(masa untuk membahas 15 minit sahaja)

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 0

Recent Posts

Recent Comments

Can you imagine Elizabeth Ken is the co founder of BXC with the famous operator Emil Rinaldi Sjaiful! The BXC deal with MAHB also involved Tencent - so was Geeko…
The Geeko case was so clear and yet MACC didn’t take actions against Siew Ka Wei & Elizabeth!. We should know why!
MACC should have charged Elizabeth ken and Siew Ka Wei as the evidence published in YB's blog more than enough to show the corruption. Elizabeth Ken was the person signing…
Siew Ka Wei's wife must be proud of him because he has good employment policy when it comes to employing female staff. Heard from the grapevine that sweeties Elly Ken…
Hi jimmy Since the day I lodged the police report against sweeties Elizabeth Ken, there is no development. The police has not recorded a statement from me. I will be…
Archives

Categories

Scroll to Top