Usul tersebut berbunyi:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
“BAHAWA mengikut Peraturan Mesyuarat 80A, Peraturan-peraturan Malis Mesyuaarat Dewan Rakyat, Majlis mengambil ketetapan seperti berikut:
(a) Menubuhkan Jawantankuasa untuk menyiasat aduan dari Yang Berhormat Wangsa Maju yang telah mengadu berlaku perbuatan menghina Majlis pada hari Isnin 7 Disember 2009 2009 dan mengambil tindakan bersesuaian mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa ) tahun 1952,
(b) Jawatankuasa ini hendaklah terdiri daripada anggota-anggota seperti berikut:
(i) YB Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, Tuan Yang di-Pertua (Pengurusi)
(ii) YB Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Yang di-Pertua (Timbalan Pengurusi / Ahli bagi Kawasan Beluran)
(iii) YB Datuk Seri Tiong King Sing (Ahli bagi Kawasan Bintulu)
(iv) YB Dato’ Seri Dr Fong Chan Onn (Ahli bagi Kawasan Alor Gajah)
(v) YB Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri (Ahli bagi Kawasan Batang Sadong)
(vi) YB Tuan R Sivarasa (Ahli bagi Kawasan Subang)
(vii) YB Tuan Lim Kit Siang (Ahli bagi Kawasan Ipoh timur)
(viii) YB Dato’ Haji Kamarudin bin Jaffar (Ahli bagi Kawasan Tumpat)
Nota:
Usul ini akan diputuskan pada 15 Disember 2009, pukul 11:30 pagi.