Terima Kasih kepada Warga Wangsa Maju & teman-teman

Warga Wangsa Maju yang berbilang kaum turut hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri 2012

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga Wangsa Maju dan teman-teman yang bersama-sama meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri pada malam Sabtu yang lepas.

Mantan Datuk Bandar KL, Yg Bhg Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail. Selepas beliau bersara nampaknya beliau amat relak dan segak. Terima Kasih Tan Sri kerana sudi hadir Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri.

Khasnya kepada mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yg Bhg Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail. Walaupun beliau amat sibuk di musim Hari Raya tetapi beliau masih hadir seperti ditiap tahun ke majlis-majlis perayaan yang diadakan. Saya mengakui walaupun semasa beliau masih bergelar Datuk Bandar, kadang kala kami bertegas dalam isu-isu tertentu tetapi kami fahami bahawa itu semua adalah demi kebaikan Negara semata-mata dan untuk menjayakan KL sebagai “World Class City”.

Rumah Terbuka ini memberi satu gambaran yang terbaik kerana ia membuktikan negara kita telah ke arah 1Malayisa. Walaupun Rumah Terbuka ini untuk meraikan Hari Raya tetapi orang India, Tiong Hua dan lain turut hadir bersama-sama dengan sdr-sdri Melayu kita. Ini adalah satu trend yang amat baik dan kita semua perlu mengalakkan. Trend ini juga telah memberi makna kepada kemerdekaan negara kita. Saya berharap sdr-sdri Melayu kita juga hadir ke Majlis Rumah Terbuka untuk orang Tiong Hua dan India nanti.

Walaupun ada orang yang mempertikaikan saya mengajurkan Rumah Terbuka Aidil Fitri ini, saya maafkan beliau kerana beliau salah tafsir dan/atau mempunyai pandangan sempit.

Sebagai Ahli Parlimen saya amat berharap semua rakyat bersepadu dan marilah kita menanamkan biji “Nation Building” untuk generasi akan datang dan Negara.

Akhirnya izinkan saya untuk memetik perenggan akhir dalam Perutusan Kemedekaaan saya.

Rakyat Malaysia yang majmuk sama ada dari segi etnik, kepercayaan dan status sosio-ekonomi perlu bersama-sama di bawah payung 1Malaysia untuk membina sebuah negara yang bersatu dan “exceptional” yang boleh dibanggakan oleh semua pihak. Sebuah Malaysia  untuk anak-anak dan cucu kita generasi baru. Janganlah kita teperangkap dengan kitaran ganas kebencian dan taufan anarki. Sekali Merdeka tetap Merdeka selamanya. Hidup Rakyat, Berjaya Negara, DI SINI.

Sekian, Terima kasih

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua.

Bersalam dengan kaum India
Mendengar rintihan warga oku yang turut hadir.
Bersalam dengan kaum Tiong Hua
Bersalam dengan Warga Wangsa Maju

Bersalam dengan teman-teman

DJ hebat Fazli & En Azrul Pengurusi Majlis Tetap yang membuat tidak kering gusi tetamu yang hadir. Terima kasih kepada Sdr Fazli dan Sdr Azrul.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 826

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top