Versi BM dibawah
Medan Idaman Sdn Bhd is the developer of Idaman Sutera Condo, Medan Idaman. The Joint Management Body (JMB) of Medan Sutera Condo has been requesting for the rectification works to done by the developer to the sewage piping, which was not in accordance to specifications, how one unit of condo owned by the developer has 153 car parks and various other matters. The JMB has also been requesting the developer to handover the balance of the sinking fund but so far no respond.
The developer saw it fit to fix an AGM to form the Management Corporation on 24-10-2010 despite strong objections from the JMB. The AGM was convened by representatives of a property agent, which was appointed by the developer. But no representative of the developer was present to answer questions from the residents. Under the Strata Title Act, the developer must be present to convene the AGM. The residents and I objected to the AGM. There was no enough quorum for the AGM.
Th representative of the property agent had no alternative but accept that today meeting cannot constitute as the first AGM because of non compliance with the Strata Title Act i.e. non attendance of the developer.
Several squatters who were living on the land before the construction of Idaman Sutera were also present to demand that the developer to fulfill its promise to give them low cost houses after the construction of the said condo. It is hoped that the developer will fulfill its promise to the squatters before the next AGM failing which the squatters may proceed to the developer’s office for further actions.
– Diterjemah oleh Rosamundwo – Terima kasih
Versi Bahasa Malaysia:-
153 tempat letak kereta bersambungan condo dimiliki pemaju.
Medan Idaman Sdn Bhd adalah pemaju untuk Idaman Sutera Kondo, Medan Idaman. Badan Pengurusan Bersama (JMB) kepada Medan Sutera Kondo telah membuat permintaan untuk pembetulan kerja-kerja yang dilakukan oleh pemaju untuk sistem pembetungan najis yang tidak memenuhi spesifikasi, bagaimana satu unit kondo kepunyaan pemaju mempunyai sebanyak 153 tempak letak kereta dan masalah yang lain.
Pihak pemaju rasa ia adalah munasabah untuk menetapkan 24-10-2010 satu Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama meskipun terdapat bantahan kuat dari Badan Pengurusan Bersama (JMB). Mesyuarat ini dikumpul oleh wakil agensi hartanah, yang di lantik oleh pemaju. Tetapi tiada wakil daripada pihak pemaju yang hadir untuk menjawab soalan dari penghuni-penghuni. Dibawah Akta Hakmilik Strata, pemaju mesti hadir untuk mengadakan AgM ini. Penghuni-penghuni dan saya membangkang mesyuarat tersebut. Selain itu, korum adalah tidak mencukupi untuk mengadakan AGM.
Perwakilan dari agensi hartanah tidak mempunyai sebarang alternatif selain dari menerima hakikat bahawa mesyuarat pada hari ini tidak dapat diadakan kerana mesyuarat Agung Tahunan yang pertama ini tidak memenuhi syarat dibawah Akta Hakmilik Strata iaitu ketidakhadiran pemaju.
Beberapa penghuni liar yang pernah mendiami di atas tanah sebelum pembangunan Idaman Sutera juga hadir untuk menuntut balik perjanjian yang telah dibuat sebelum ini iaitu menyediakan perumahan kos rendah kepada mereka setelah siap pembangunan kondo tersebut. Mereka berharap pemaju akan mengotakan perjanjian sebelum Mesyuarat AGM,jika tiada jawapan dari pihak pemaju, tindakan seterusnya akan diambil ke pejabat pemaju