13-12-2010 Questions Time: On National Service

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG (WANGSA MAJU)

SOALAN:

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan punca kematian pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semenjak bulan Disember 2003 dan apa tindakan yang diambil untuk mencapai kemalangan sifar bagi peserta dan apakan bagi tujuan untuk menggalakkan persahabatan dan kesefahaman antara pelbagai bangsa berjaya yang dicapai.

JAWAPAN:

Antara punca kematian pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah disebabkan jangkitan kuman, leukemia, sawan dan sakit jantung, di mana pelatih-pelatih serta ahli keluarga kadang-kadang tidak menyedari masalah kesihatan yang dialami pelatih sebelum memasuki PLKN.

 

Bagi memastikan pencapaian kemalangan sifar, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah melaksanakan beberapa tindakan susulan. Diantaranya, semua pelatih dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan dan mengistiharkan tahap kesihatan mereka masing-masing. Pelatih yang mempunyai masalah kesihatan yang disahkan oleh doctor akan diberi pengecualian dan penangguhan dari menghadiri PLKN.

 

Jurulatih yang menguruskan latihan fizikal seperti latihan air dipilih dari kalangan yang menpunyai kepakaran dan memiliki sijil dalam bidang penyelamat di air. Di samping itu, kolam latihan air sentiasa diperiksa bagi memastikan tahap keselamatan dan kebersihan dari bakteria serta perkara-perkara lain terjamin. Kolam tempat latihan air akan ditutup serta merta jika kebersihan airnya tidak mencapai tahap yang ditetapkan.

 

Disamping itu, kemudahan prasarana di semua kem PLKN sentiasa diperiksa bagi menentukan tahap keselamatan dan kemudahan prasarana adalah selamat untuk diduduki dan digunakan. Pengusaha kem akan diarahkan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan dengan segera terhadap bangunan yang rosak atau menambah baik kemudahan yang didapati kurang memuaskan. Selain itu, JLKN telah mewujudkan Jadual Pematuhan pada tahun 2004 dan Garis Panduan Minimum pada tahun 2007 untuk dipatuhi oleh semua kem-kem PLKN di seluruh Malaysia.

 

Bagi meningkatkan tahap keselamatan pelatih, JLKN dengan kerjasama NIOSH telah menganjurkan pemeriksaan berkala di semua kem-kem PLKN agar tahap keselamatan sentiasa dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Pelaksanaan Pemeriksaan Kendiri oleh Kementerian Kesihatan terhadap kemudahan-kemudahan persekitaran dan sajian makanan juga membantu bagi pencapaian kemalangan sifar.

 

Pengukuran keberkesanan PLKN turut merangkumi aspek perpaduan dan integrasi di antara pelatih. Sehingga kini, Kajian Persepsi yang melibatkan pengukuran sebelum dan selepas latihan PLKN mencatatkan peningkatan sehingga 85% berdasarkan data yang diperoleh bagi setiap tahun. Tahun 2009 mencatatkan pencapaian 86.73% manakala tahun 2010 mencatatkan pencapaian 90% bagi peningkatan semangat setiakawan dan integrasi kaum. Hasil pemerhatian dan kajian bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga mendapati PLKN telah berupaya mengukuhkan elemen positif di dalam diri pelatih bagi maksud semangat perpaduan, setiakawan, patriotisme dan jati diri.

 

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 693

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top