Pertanyaan: Lisan
Daripada : Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]
Tarikh : 08 Disember 2010
Soalan:
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Perdana Menteri menyatakan: –
(a) jumlah kes di mahkamah yang dibawa oleh SPRM sejak 2008 hingga September 2010 dan berikan butiran kes-kes yang berjaya dan gagal; dan
(b) apakah status sekarang dalam penyiasatan kes yang melibatkan En Hasbie Satar, bekas setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewang II, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop?Jawapan: YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(a) Antara tahun 2008 hingga September 2010, sejumlah 547 kes telah dibawa di mahkamah. Dalam tempoh yang sama juga peratusan kes perbicaraan awal yang menang adalah 69 % sementara kes kalah adalah 31 %. Manakala di peringkat rayuan pula, peratusan kes yang menang adalah 69 % kes yang kalah 31 %. Satistik keputusan kes perbicaraan awal dan peringkat rayuan seperti berikut:
Perbicaraan Awal Peringkat Rayuan
Tahun Menang Kalah Tahun Menang Kalah
2008 75 25 2008 43 20
2009 94 52 2009 102 44
2010 164 75 2010 85 44
(Sehingga (Sehingga
September) September)
Jumlah 333 152 240 108
(b) Untuk makluman Yang Berhormat Wangsa Maju, siasatan Suruhajaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke atas kes yang dibangkitkan itu telah pun selesai dijalankan. Kertas siasatan kini dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya.
Sekian, terima kasih
Nota:
Banyak bulan telah berlepas dan jawapan masih yang sama: “… dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya”. Soalan utama adalah kenapakah Pejabat Peguam Negara menggunakan masa yang amat panjang untuk mengaji kes-kes yang high profil. Saya akan membangkitkan soalan utama ini di Parlimen kerana keputusan untuk menuduh adalah di tangan Peguam Negara dan bukan SPRM. SPRM menyiasat sahaja.