Teks Ucapan RMK 10 di Parlimen, 21 Jun 2010

Skandal Sime Darby … Encik Hasbie, Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan Ke-2 … Subsidi yang hendak ditarik … Pertaruhan Sukan perlu dibawa ke arus perdana dengan pengawalan sistematik

Datuk Yang DiPertua

Skandal Sime Darby

Izinkan saya menyentuh tentang Sime Darby Berhad dan kerugiannya yang kini mencecah 2 billion ringgit.

Kerugian syarikat ini dalam dua projek di Qatar telah bermula pada tahun 2007, tetapi dalam kenyataan-kenyataan akhbar yang di buat oleh pihak syarikat sehingga ke tahun 2009, ianya di nafikan.

Ini bermakna Sime Darby bukan saja membohongi pemegang-pemegang sahamnya, malah ianya telah menipu Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Di sini saya ingin bertanya YB Menteri Kewangan apakah tindakan  telah diambil oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti untuk menyiasat skandal Sime Darby.

Saya juga hairan bagaimana Pengerusi Sime Darby Tun Musa Hitam boleh membuat kenyataan bahawa Lembaga Pengarah nya tidak tahu menahu tentang kerugian yang dialami. Ini amat memalukan kerana Sime Darby adalah syarikat perladangan yang terbesar di dunia. Sepatutnya Sime Darby menjadi contoh kepada syarikat lain dalam tadbir urus atau Corporate Governance (dengan izin).

Ini bermakna Sime Darby Berhad mempunyai Lembaga Pengarah yang MATI PUCUK atau IMPOTENT (dengan izin). Ataupun Lembaga Pengarahnya masih tidur bersama dengan pentadbiran Tingkat 4. Continue reading “Teks Ucapan RMK 10 di Parlimen, 21 Jun 2010”