Majlis Kesyukuran Di Kampung Puah Seberang

Sahabat-sahabat dari tujuh Kg Tradisi
Bersama sahabat-sahabat

Saya telah di jemput ke majlis kesyukuran yang di adakan di Kampung Puah Seberang anjuran Majlis Perkampungan Tradisi Melayu wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MUAFAKAT) pada 1 hb Februari, 2010 jam 9:00 malam.

Majlis tersebut diadakan untuk menyatakan rasa terima kasih penduduk–penduduk di atas semua usaha-usaha yang telah di jalankan untuk mempertahankan tuhjuh  kampung tradisi (iaitu Kampung Puah Seberang, Kampung puah, Kampung Chubadak, Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali dan Kampung Sungai Mulia) daripada tindakan di bawah dasar Sifar Setinggan DBKL seperti  yang  terkandung dalam Draf Plan Kuala Lumpur 2020. Untuk makluman bahawa dengan nasihat yang diberikan pada oleh Sdr Pak Daud saya telah mengunkitkan kebimbangan penduk-penduk tujuh kampung tersebut di Parlimen pada 7hb Disember 2009.  Selain daripada itu majlis tersebut adalah untuk merapatkan lagi hubungan penduduk-penduduk di kampung-kampung tersebut dan khasnya untuk bertukar-tukar pandangan dan memahami masalah-masalah mereka.  Continue reading “Majlis Kesyukuran Di Kampung Puah Seberang”