Tek ucapan di Parlimen 15 Mac 2011

Teks Ucapan untuk perbahasan Titah SPB Yang Di Pertuan Agung oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju pada 15hb Mach, 2011.

Tan Sri Yang Di Pertua

BENCANA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

Sebelum saya mengambil bahagian untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, izinkan saya mengambil kesepatan ini untuk menyampaikan takziah bagi pihak saya sendiri dan penduduk-penduduk Wangsa Maju kepada semua keluarga rakyat negara Jepun yang terlibat dengan kejadian bencana gempa bumi dan Tsunami beberapa hari yang lalu. Walaupun beribu batu jarak antara Malaysia dengan Jepun saya berharap suara saya ini dan Ahli-Ahli YB yang lain boleh sampai kepada semua keluarga yang terlibat. Continue reading “Tek ucapan di Parlimen 15 Mac 2011”

KEBAKARAN DI KG BANDAR DALAM, WANGSA MAJU

Dari kiri: Cikgu Ishak Surin, Tuan Hj Buyong Manap & En Abd Rahim bin Abdullah (mangsa)

Hari ini saya telah pergi melawat 3 buah keluarga yang terlibat dengan kebakaran di kg Bandar Dalam bermula lebih kurang jam 11 malam tadi dimana kebakaran tersebut dikatakan berpunca dari bilik salah sebuah rumah yang terlibat. Continue reading “KEBAKARAN DI KG BANDAR DALAM, WANGSA MAJU”

Wangsa Maju diistiharkan sebagai “Hub Kesenian & Kebudayaan” oleh YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim

YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Hari (19-02-2011) ini saya dijemput hadir oleh Menteri Kanan, YB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, ke “Majlis Merakyatkan Seni Budaya” di Kg Puah Lembah, Kawasan Parlimen Wangsa Maju, di mana kali ini majlis tersebut telah disempurnakan oleh beliau selaku penganjur kepada majlis tersebut.

Continue reading “Wangsa Maju diistiharkan sebagai “Hub Kesenian & Kebudayaan” oleh YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim”

SAMBUTAN KE 150 TAHUN 7 KAMPUNG TRADISI DAN PENGISTIHARAN SEBAGAI KAMPUNG WARISAN

 

Dokumen Pengisthiharan Kg Warisan

 

Pada 10 Oktober 2010 saya telah di jemput menghadiri majlis sambutan ke 150 Tahun Kg Bandar Dalam, Gombak dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Kg Bandar Dalam adalah sebahagian daripada 7 buah Kg Tradisi yang terletak di dalam Bandaraya  Kuala Lumpur yang mana masih kekal hingga ke hari ini. Baki kg tersebut adalah Kampung Padang Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Puah, Kampung Puah Seberang, Kampung Chubadak dan Kampung Sungai Mulia. Continue reading “SAMBUTAN KE 150 TAHUN 7 KAMPUNG TRADISI DAN PENGISTIHARAN SEBAGAI KAMPUNG WARISAN”