Selamat Hari Kemerdekaan ke 56

Selamat Hari Merdeka

Selamat Hari Kemerdekaan ke 56 kepada MALAYSIA

Izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kali ke 56 kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada pemimpin-pemimpin negara yang menjadikan Rakyat Sentiasa Didahulukan.

Dan juga jangan kita lupa juga kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu walau sebesar mana sekali pun sumbangan mereka, tanpa mereka sudah tentu kita tidak akan menikmati erti kemerdekaan yang sebenarnya.

Saya juga mengajak seluruh rakyat Malaysia, marilah kita semua mengekalkan kemerdekaan ini agar ia sentiasa didalam genggaman tangan kita buat selama-lamanya.

Jangan kita terlena dan terpersona dengan segala slogan sesetengah pihak yang kononnya memperjuangkan “DEMOKRASI dan KEBEBASAN”, sedangkan kita sendiri boleh lihat di kebanyakan negara yang melaung-laungkan demokrasi itu sendiri telah menyebabkan rakyat di sesetengah negara terpaksa bermusuhan sesama sendiri malah ada yang terpaksa membayarnya dengan harga yang tidak ternilai, ketika itu nyawa rakyat sudah tiada nilainya lagi.

JANGAN SESEKALI KITA BENARKAN INI TERJADI DI BUMI YANG KITA CINTAI INI!!

Dalam sorak sorai kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-56 marilah kita mengiltizamkan diri kita kembali kepada idealisme perpaduan nasional tulen yang bersifat lampau kaum, kepercayaan dan bahasa.

Marilah kita berusaha untuk mengukuhkan  perpaduan yang dibina di atas teras perlembagaan persekutuan dan ideologi kebangsaan seperti yang tertera melalui lima prinsip rukun negara. Kejayaan Malaysia ialah hasil usaha semua kaum tanpa kecuali, oleh yang demikian maka nikmat pembangunan serta kemajuan yang terhasil  perlu mampu digarap semua kaum.

Cabaran kita sebagai sebuah negara masih banyak, kerja yang perlu untuk melahirkan negara maju berpendapatan tinggi masih berbaki, oleh itu marilah kita semua berusaha untuk membina sebuah Malaysia yang akan menjadi syurga kepada mereka yang sanggup bekerja keras, mereka yang tidak takut mengambil risiko dan mereka yang mempunyai daya tahan serta semangat keusahawanan yang tinggi.

Sesungguhnya di sinilah kita dilahirkan, disini terbentuk serta tumpahnya sebuah kesetiaan, di sini kita membesarkan keluarga dan juga di bumi ini kita menuai kemakmuran bersama. Dengan izin pencipta kita di bumilah tempat kita akan bersemadi abadi apabila tiba ketentuannya. Malaysiaku Berdaulat; Tanah Tumpahnya darahku.

Akhir sekali selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke 56, semoga Rakyat akan sentiasa Didahulukan…MERDEKA!!

Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s