Perkhabaran P-116 yang ditunggu-tunggukan

PRU-13

PRU-13

Updates @ 11:45 pagi 22-4-2013: Selamat pagi kepada warga Wangsa Maju, penyokong-penyokong di tempat lain, izinkan saya mengucapkan amat berterima kasih dan menghargai di atas kesemua pandangan dan sentimen yang telah dinyatakan amat menggalakkan. Saya akan memeruskan tanggungjawab saya sebagai warganegara. Blog saya ini akan berterusan dan saya akan memberikan segala bantuan dimana yang boleh saya memainkan peranan untuk membina negra yang kita semua cintai. Sekian, terima kasih.  

Updates @ 1:45 petang 20-4-2013:  Selamat petang sdr/sdri.  Demi membina dan menjaminkan keamanan negara, saya akan turun ke arena PRU-13 dengan menyertai kempen. Terima kasih

__________________________________

Selepas bermesyuarat terakhir malam tadi dengan jentera-jentera/penyokong-penyokong dan mengambil kira kepentingan negara, suasana politik hari ini iaitu Politik Kebencian/”Politic of Hatred” dan urusan pejabat guaman saya yang perlu mendapat perhatian, jika saya masih berdegil untuk serta dalam PRU-13 maka ini bukanlah satu tindakan yang waras.

Maka saya perlu membuat satu keputusan dengan hati yang berat dan memahami rasa kecewa penyokong-penyokong bahawa saya mengistiharkan bahawa saya mengundur diri dalam PRU13 ini. Ini tidak bermakna bahawa keadaan di Wangsa Maju dibawah jagaan saya tidak menunjukkan prestasi kemajuan selama lima tahun ini tetapi adalah sebaliknya.

Saya percaya rekod saya sebagai Wakil Rakyat Wangsa Maju selama tempoh tersebut saya tidak mengabaikan kepentingan rakyat dan negara yang kita semua cintai ini.

Selama ini saya percaya juga bahawa rekod saya menunjukkan saya sentiasa mempertahankan kepentingan rakyat jelata samada di dalam ataupun di luar Parlimen.

Selepas PRU-13 saya akan menyenaraikan perkara-perkara yang saya masih belum dapat menyelesaikannya dimana perkara-perkara tersebut sememangnya dituntut penyelesaiannya oleh warga Wangsa Maju khasnya isu pemindahan aktiviti Pasar Larut Malam Danau Kota ke lokasi yang jauh dari rumah kediaman supaya perkara-perkara tertunggak dapat diselesaikan.

Walaupun selepas tarikh 5hb Mei 2013, ini tidak bermakna saya tidak boleh memainkan peranan sebagai mantan Ahli Yang Berkhidmat. Dimana saya tidak akan mengabaikan warga Wangsa Maju yang sentiasa saya hormati yang telah bersama-sama saya selama ini.  Saya akan sentiasa memantau keadaan dan sekiranya perlu saya akan memberi pandangan melalui blog saya ini. Sdr/sdri juga boleh menggunakan blog ini untuk menyuarakan sebarang pandangan terhadap isu-isu tempatan atau nasional demi membina “Negara-Ku”. Saya sentiasa mendokong prinsip “Rakyat Didahulukan”.

Walaubagaimanpun, pejabat pusat perkhidmatan saya akan terus beroperasi seperti biasa dilokasi yang sama untuk masa sekarang.

Izinkan saya mengunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai DBKL khususnya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yg Bhg Datuk Ahmad Phesal Talib, mantan Datuk Bandar DBKL, Yg Bhg Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Kementerian-Kementerian, Polis,TNB, Syabas, Alam Flora dan lain-lain diatas kerjasama yang diberikan oleh mereka demi kepentingan rakyat.

Akhir kata, Izinkan saya juga dengan sesungguhnya mengucapkan berbanyak-banyak TERIMA KASIH kepada semua warga Wangsa Maju termasuk penyokong-penyokong di atas sokongan sdr/sdri selama ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf secara silatur rahim kepada seluruh warga Wangsa Maju dan rakyat Malaysia amnya, sekiranya saya membuat apa-apa kesilapan yang tidak disegajakan/tanpa niat sepanjang tempoh saya sebagai Ahli Yang Berkhidmat.

Sekian, terima kasih.

Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.

Advertisements

57 thoughts on “Perkhabaran P-116 yang ditunggu-tunggukan

  1. Mustapha Ong

    Sebagai seorang warga Kota di WP dan juga penyokong kuat BN, saya merakamkan ucapan syabas atas keputusan Saudara untuk tidak bertanding di Medan PRU13 dengan hasrat dan hati yang terbuka. Namun demikian dalam masa yang sama, semangat Saudara untuk meneruskan perjuangan dalam karier politik akan diteruskan demi untuk menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat dan penduduk-penduduk setempat di kawasan Wangsa Maju. Selamat berkhidmat yang diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Salam.

    Reply
  2. Pingback: Wee Choo Keong tidak bertanding | Helen Ang

  3. LAYMAN

    Syabas, saudara Wee Choo Keong kerana telah berjaya membawa perbezaan dalam memberikan khidmat kepada masyarakat Wangsa Maju. Perbezaan yang saya maksudkan itu adalah:

    1. Usaha yang tidak tahu penat lelah dalam menyelesaikan masaalah masyarakat. Walaupun masih ada yang belum selesai, saya percaya peratusannya tidaklah banyak.

    2. Usaha yang murni yang tidak memerlukan di war-warkan dalam surat khabar untuk mendapat perhatian tetapi sebaliknya memadai dengan dapat menyelesaikan masalah warga Wangsa Maju.

    3. Usaha-usaha lain yang diluar bidang kuasa YB dan diluar kawasan Wangsa Maju.

    SYABAS, SYABAS DAN SYABAS. Kami akan terus menyokong saudara dalam apa bidang pun yang saudara ceburi.

    Terima Kasih.

    Reply
  4. Adi

    YB Terima Kasih atas segala jasa yang telah YB curahkan di Wangsa Maju dan juga dalam parlimen. Walaupun saya bukan pengundi p116 saya amat berterima kasih atas khidmat YB dalam kes MAS-AA dan juga cubaan YB untuk mambasa usul dana dan campur tangan asing dalam negara kita. Harap YB tidak akan menyepi dan berdiam diri dari arena politik. Kami raykat Malaysia memerlukan suara yang lantang dan tidak berkepentingan.

    Salam hormat dan saya harapkan suatu hari saya dapat berjumpa YB untuk berterima kasih secara persendirian.

    Selamat maju jaya.

    Reply
  5. mekyam

    saya baru mendengar berita ini daripada blog helen ang. terus terang saya katakan saya terkejut dan sugul sungguh mendengarnya. walaupun saya bukan penduduk wangsa maju, YB merupakan wakil yg misali bagi saya.

    tetapi saya menghormati keputusan YB dan saya yakin ia berlandaskan pertimbangan yg masak dan munasabah. terima kasih YB kerana menjadi satu2nya pelita harapan dlm politik yang sering digelapkan oleh kebencian sepanjang lima tahun lepas.

    selamat maju jaya dan selamat terus berkhidmat utk negara tercinta!

    Reply
  6. Ishak Zakaria

    I have been reading your writings. They are refreshing. I can feel your sincerity in your expressions, addressing issues of grave concerns. I feel sad that you will now take a back seat, choosing to trudge on without the authorisation of the people through the ballot box. Your quest will not give the same impact. Nonetheless, I will continue to hold you in great appreciation for the good deeds you have done, and I hope you will still continue to remain steadfast in your convictions.

    Reply
  7. xMAS

    Dear Sir,

    In my mind the title YB you carry deservedly for the services you have rendered.

    I thank you and wish you the very best.

    Reply
  8. Anonymous

    Terbaik mr wee…Demi perpaduan anda mengalah…sebelum ini bnyk desas desus mengatakan yg anda akn bertanding…semangat cintakan negara Ada pd anda..tahniah

    Reply
  9. Parameswaran

    Hope you will be the first non-Bumi Chairman of Malaysia Airlines, for all the efforts you did for the national carrier

    Reply
  10. Wan

    Sir, thank you for your service and efforts to make WM a better place. Truly Yang Berkhidmat.

    Taman Ibu Kota

    Reply
  11. Cucu Seman Kaloi

    Tn Wee,

    Tidak keterlaluan kalau saya katakan presepsi saya kepada politikus cina berubah apabila melihat kesungguhan tuan mempertengah dan mempertahankan isu-isu semasa tetapi dianggap remeh oleh kebanyakan ahli politik tanah air.

    Keputusan tuan sudah pasti akan membuatkan banyak pihak menarik nafas lega atau mungkin mengadakan majlis kesyukuran kerananya.

    T.kasih diatas khidmat bakti tn selama ini dan gembira kerana tn masih terus mahu berjuang walaupun tidak bergelar YB lagi.

    Reply
  12. Sharifah

    YB, so sad to hear this. I hope PM Najib will appoint you as a senator to Parliment. Hope to still see you in action YB.

    Reply
  13. Harvey Setapak

    I am so sad to read about YB chose to poet out from PRU 13. You have done so much for us the voters in Wnagsa Maju and the country. We know that you have done a lot of works in Wangsa Maju without much necessary publicities like other MPs and State Assemblymen for us. Unlike useless ex-MP like Yew Teong Look behaving like a hungry ghost. He has shown that he was dying for publicity. Whatever happened I hope that the government recognize all your efforts. . To us you are always our YB Wee Choo Keong.

    Thank you YB Wee for what you have done for us. You have set a standard in Wangsa Maju which is hard to match. Thank you, Thank you. Thank you

    Reply
  14. RD.

    Saya menyokong BN dan berasa amat kecewa sekali apabila nama YB tidak dicalonkan sebagai wakil BN bertanding di Wangsa Maju, sama seperti YB Zulkifli yang dicalonkan di Shah Alam. Saya bukan pengundi di Wangsa Maju, tetapi saya amat menyokong pendirian YB yang memperjuangkan kepentingan rakyat tanpa mengira warna kulit dan agama.

    Saya juga amat kecewa apabila ternampak seolah-olah PM lebih percayakan penasihat-penasihat politiknya lebih daripada orang yang telah terbukti berbakti kepada masyarakat setempat khususnya dan Malaysia amnya, selama hampir 5 tahun kebelakangan ini. Juga ternampak ciri-ciri kronism PM dalam penamaan calon. Walaubagaimana pun saya amat berharap YB akan terus menyokong calon yang saya tak berapa setuju ini, demi Negara-ku. Saya juga akan terus menyokong YB untuk memperjuangan keadilan untuk semua rakyat melalui Blog YB ini.

    Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita mesti menjauhi ‘Politik of hatred’ untuk memastikan negara terus maju dan berjaya. Harap YB boleh di lantik kedalam Dewan sebagai Senator untuk membangkitkan, sekali lagi, rang undang-undang (Foreign Agent Act) untuk mengawal selia penyaluran dana asing kepada NGO atau lain-lain persatuan kedalam Negara-ku ini.

    I support YB Wee Choo Keong as Senator.
    Jika satu hari nanti, seorang bukan Melayu boleh di terima menjadi Perdana Menteri atau Timbalannya, orang seperti YB atau Tan Sri Lee Lam Thye adalah paling layak.

    Reply
  15. DBA

    Bro. Wee, well done saudara.
    You are too good to be a politician.
    I agree with Sharifah, you make an excellent Senator.

    Tried to call many time. Will talk further.

    Reply
  16. Haqim Rashid

    Dear YB,

    For the record, i would like to thank you sincerely for the excellent job you have done as MP for Wangsa Maju. It’s sad to see that you’ll not be defending your seat as i was hoping that you will be our re-elected MP for the upcoming term. Regardless of political factions (preferably independant or BN), should you ever consider running for MP again – you have my vote!

    It’s a loss to us but i bid you all the best and good luck in your future endeavours.

    Warmest Regards.

    Belia Wangsa Maju

    Reply
  17. Han2

    YB,
    I wish there are many people like you. I don’t mind if you are our PM and I say this as a Malay Muslim. Please continue to serve. Now your jajahan is the whole nation.
    May God bless you.

    Reply
  18. Pak Mat Desa Setapak

    No other MPs stayed up till early morning at 3 am to provide updates on water tanker supply to the affected people. You are the only YB that did that you are always my YB of Wangsa Maju. I hope that the PM will appoint you to the Senate where you can still play your role. please keep your service center operating to help us. Don’t give up. You are still YB in every sense of the word.

    Reply
    1. Sayang PM tapi bukan calon Wangsa Maju

      salam YB..

      YB saya spt yg lain2 memang trkejut bila mana nama yb tidak trsenarai sebagai calon di w maju..satu trjadi bagi warga w maju.

      begitu pun cara yb menerima takdir amat bermaruah skali..tidak sprt pemimpin lain yg brtindak di luar amalan demokrasi dlm parti..saya yb juga amat mudah mwngerakkan org2 yb utk tindakn yg sama

      Reply
  19. Lim Setapak Indah

    Kita merasakan amat kecewa kerana YB tidak bertanding. Si Safei calon BN akan kalah dalam PRU ini. Calon yang sesuai adalah YB Wee. Kita tetap menyokong YB Wee selepas pilihanraya. kita percaya YB Wee mesti ada peranan yang lain in Wangsa Maju dan tempat lain.

    Reply
  20. Ahmad

    Dear YB,

    Saya berasa sedikit terkilan bila mengetahui YB tidak dinominate untuk PRU 13 nanti. Walaupun saya bukan pengundi P116 saya berasa bangga apabila ada kalangan rakyat negara ini telah tampil ke hadapan untuk menerajui masaalah masalah bersar berkaitan rakyat tanpa mengira warna mereka. Saya ingin mnegucapkan terima kasih kepada YB sepanjang khidmat YB di pearlimen P116 khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Saya mendoakan agar YB sihat selalu dan dilantik menjadi senator, semoga suara YB tidak terhenti dan boleh meneruskan khidmat bakti. Saya berpendapat YB telah dapat memikit hati hati seluruh rakyat tanpaa mengira warna mereka. Syabas YB !!!

    Reply
  21. salah calon

    salam YB..

    YB saya spt yg lain2 memang trkejut bila mana nama yb tidak trsenarai sebagai calon di w maju..
    ..satu trjadi bagi warga wangsa maju..

    Reply
  22. Mamu Wed

    Dear YB Wee, I look at you as someone who is sincere in serving the people. Your decision not contesting in Wangsa Maju could be a step towards serving Malaysia rather than Wangsa Maju alone.

    Wish your good luck in all your future undertakings.

    Tan Sri Lee Lam Thye is an example that we can see serving the country and the people in various capacity until today. He last hold office as an MP in 1990 when he left DAP.

    Reply
  23. Ben Alsagoff

    Dearest Yang Berkhidmat Wee Cho Keong,

    The news of you not contesting in the coming PRU-13 is sad to hear and accept.You are an example to the rest of YB newbies and wannabies. Politics really suck. Yourself and OTK is an absolute winnable candidate yet both of are not contesting for reasons only known by both of you.

    Its up to the people of Wangsa Maju to make themselves heard. Execrise your rights as a Malaysian. Vote as the real authority of this independence country.

    I wish to thank you personally for the assiatance given to help the residence of Tiara Ampang during recent water crisis. Even though you are not an elected rep in Ampang yet you extend your commitment and support to us.

    May God Bless You And Family Always.

    Thank you

    Best Regards
    Ben Alsagoff

    Reply
  24. Chiam Prima Setapak

    Even though you didn’t contest for whatever reason. You are still our YB who stood up against the gangsters in Prima Setapak on the issue of pasar sore. We know you will definitely be around in Wangsa Maju. We know you will not just fade away like others. Please know that what you have done for us in Prima Setapak and Wangsa Maju will always be remembered. My best wishes to you and your family.

    Reply
  25. shankarprasad

    Tuan WCK,

    Saya amat terkejut tuan tidak mengambil bahagian dalam PRU ini. Suatu tindakan yang saya lihat sungguh mulia walaupun kami tahu tuan akan menang jika bertanding. Jasa tuan dan dedikasi yang ditunjukkan sungguh bermakna khususnya isu MAS/AA. Saya doakan tuan maju jaya dan berdoa kerajaan akan melantik tuan sebagai pengerusi MAS

    Wassallam.

    Reply
  26. Thean Lai Setapak

    YB you have made a different for us in Wangsa Maju. You have made us proud in and out of Parliament. DBKL has been extremely concern about the going on in Wangsa Maju unlike during YTL’s time. We thought that you were going to fight as an independent and we were all prepared to support you. I am still shocked that you did not defend your seat. I know you must be tired as I can see from your Blog during the water disruptions on so many occasions where you stayed up until early in the morning to update us on the situation. Like the recent water crisis recently you also stay up until 3 somehting in the morning to keep us on very frequent update of when the water tanker will be sent to areas in Desa Setapak. Don’t worry a YB is always a YB. If you are not appointed as a Senator then it will be a lost to the nation.

    Reply
  27. Redzuan

    Dear Yang Berkhidmat Wee,
    I’d write a thousand “Thank You”s but for the word limit.
    All the best in your future undertakings, sir.

    Reply
  28. Kartina Oi

    Proud of you YB Wee. As fellow Kelantanese, I salute you. As fellow Malaysian, I thank you. Keep burning the fire of love for humanity. God bless.

    Reply
  29. om khalis

    dear YB Wee,
    words cannot describe how I felt when I found out that you are not participating in this PRU13. I was asking why,why, why, why …..why and then I realized that maybe God has a different agenda for you. You have responded to my email before and now the lake is clean i.e.BSP township. FYI, the MP here was sleeping even after Star reporter came to view the lake. But you did it in a subtle way. Thank you. We, the residents appreciate it. Anyway, all the best in your future endeavours.

    Reply
  30. Ngsk

    Saya amat gembira kerana mantan YB Wee membuat keputusan tidak menyertai PRU kali ini. Jika tidak “Besarlah kemaluannya” nanti. Bagai “Kacang lupakan kulit”, orang politik yang dah tak ada jalan lagi di PRU yang lepas tapi diberi peluang oleh PKR boleh pula jadi katak? eh eh, tak caya lu lagi lah ….

    Reply
  31. Franky Section 1

    I must say that Wangsa Maju needs you at least another term to finish off all your tasks. By then it would have been a nice place for us. Even now we could feel that DBKL has been seen to be working efficiently. We have less problems than before. We accept your decision YB. We are pleased to know from your message that you will not go away from Wangsa Maju. Thank you YB for all you have done for us. Wish you and family all the best. Hope you will play another role in Parliament. Regards

    Reply
  32. putra kg tradisi

    Tuan YB Wee

    Malang bagi kami di kg tradisi..hasrat ingin membalas budi tuan gagal kami trjemahhkan pd PRU 13 ini…bila mana nama tuan tidak diangkat oleh pemimpin2 UMNO sebagai bakal calon di Wangsa Maju..

    maka benarlah komen oleh anti calon, satu trajedi bagi kami di wangsa maju..maka akan ada pula pihak yg menarik nafas lega kerna perginya dan lenyapnya seorang manusia yg sering menjadi penghalang kpd niat puak2 yg bernafsu besar yg di sebut oleh sdr lim stapak indah, sdr Ben Alsagoff, Chiam Prima Stapak..

    tak cukup dgn itu bagaimana nasib mereka yg tinggal di up town danau koyak..apakah akan dilakukan oleh calon sekarang…jauh sekali mahu memindahkan up town danau koyak malah mungkin kembali kpd keadaan asal dgn brniaga 7 hari seminggu,

    mampukah calon brkeras atas nama prinsip sebagaimana yang sentiasa di lakukan oleh YB Wee?

    jawapan amat mudah..tidak mungkin!!!!

    sebab nya juga mudah..tapak- tapak yg ada di situ juga adalah milik kepada penjuang2 yg amat rapat dgn yg diangkat dgn bangga sebagai calonnn!!!

    DBKL juga amat berasa lega bila nama WCK ini, berjaya di padamkan. Akan mudahlah tugas pegawai2 mereka menjalankan tugas demi memenuhi selera pemimpin2 mereka.

    tidak trkecuali agaknya kpd pemaju2 di dalam kawasan wngsa maju…?????

    benarlah kata mereka ..ini lah trajedi di wangsa
    maju..

    kepada PM yg tersalah dengar nasihat ingin dimaklumkan…kami telah tahu keputusan utk P116

    tahniah PKR!!!!

    Reply
  33. Azmi Arzhuri

    Dear YB Wee,
    I am not a voter for your constituency. However, I feel much obliged to write to express my humble and sincere appreciation for what you have done while serving the people. I always read your writings and the diplomatic ways you express any issues really touched the heart of many readers including myself. You are truly people’s person and like many Malaysian citizens, I am disappointed that you made the decision not to contest this time around.

    Nevertheless, I am among the many people who had witnessed your truly responsible elected representative serving the people during your term and I wish you all the best for whatever future undertakings you may head. May God bless you and your family for all the great works you have done.

    Thank you Yang Berhormat.

    Reply
  34. Anonymous

    aku respek yb ni… aku perna naik lif sekali ngan yb di uoa dia leh tegur borak ngan aku memang yb ni tak sombong…

    Reply
  35. Keneth Section 2

    YB will definitely be part of our nation building. Thank you for all the good works done for us in Wangsa Maju. Best wishes from me and my family.

    Reply
  36. johnlabu

    lepas ni, kalau BN menang, patut YB dilantik sebagai senator. YB seperti Tan Sri Lee Lam Thye yang keluar dari DAP demi melihat keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran terus dinikmati oleh rakyat Malaysia.

    Reply
  37. Anonymous

    YB Wee. You are an asset to Wangsa Maju, and a fitting role model for all aspiring politicians. Can’t imagine what our PM was thinking when he finalized his list of nominations.

    We wish you the very best in your future undertakings. May God bless you and your family.

    Reply
  38. putra kg tradisi

    Salam buat sdr Ngsk..

    sdr trsilap buat tuduhan..apa beza calon sdr ..bukan ke katak juga?dulu dia dr parti mane? jawab la sendiri!!

    sdr tau atau tidak yg YB Wee lah yg mempertahankan kg tradisi kami di parlimen..tapi mana pemimpin sdr disaat kg kamii hampir tergadai..kalau nak harap pemimpin melayu Pas dgn Pkr yg hanya pandai bermain kata2 di markaz Pas di tmn melewar

    pada kami lebih baik kami bertuankan katak drpd brtuankan pemimpin yg bertuankan kuasa asing lagi rendah moralnya..!

    apa guna pemimpim yg nampak saja islamik tapi hanya bertopengkan agama utk memperbodohkan rakyat..!

    Reply
  39. Setapak Tan

    YB Wee we are with you. We know that you are standing up for the people in Wangsa Maju. We can feel that Wangsa Maju is now a better place and DBKL is much much more responsive and efficient than before 2008. You have made a difference. Please do not leave the political arena. We need politician like you YB. We wish you well. We will support who you are campaigning for this coming GE.

    Reply
  40. Riati M Y Lela

    Dear YB,

    I am really shocked and sad to know that you are not contesting for the coming election. However, though with much regret, I must respect your decision.

    Thank you so much for what you have done for us in Wangsa Maju, particularly for the residents in Idaman Sutera Condo. You have helped us to solve our problems with the Developer, our sewerage problems and many more, which no other MPs would even bother. Yes, I do agree with Anonymous that you are an asset and a role model for all aspiring politicians.

    All the best in your future undertakings, thank you again and may God bless you!

    Reply
  41. Khairul

    Thank you YB for your Thank you note updates. We are appreciative of your respond. We hope that you will still be around to help in the constituency as and when it is needed. Thank you YB. We all appreciated what you have done that have made Wangsa Maju a better place. Syabas YB Wee. wish you success in whatever you do in the future. Terima kasih sekali lagi Yb Wee

    Reply
  42. yaman

    YB Wee, saya mula mengenali nama anda melalui seorang rakan, mendiang Tan Sin Beng(mungkin YB kenal). Masa tu YB dalam DAP. Pada PRU 12, saya telah mengundi YB, walau pun saya adalah ahli UMNO. Ini berlaku kerana saya suka dengan sikap YB yang akan berjuang untuk hal2 yang benar, walau pun terpaksa melawan boss! dan ini ternyata lagi apabila YB telah keluar dari PKR atas sebab2 yang sama. Saya sentiasa percaya pada kebolehan calon untuk membela rakyat! bukan pada kemanisan manifesto parti, yang belum tentu dapat di laksanakan jika wakil rakyatnya tiada berkebolehan. Terima kasih atas sumbangan YB selama ini.

    Reply
  43. Pak Pandir

    YB, while we are saddened that you will not be contesting inPRU13, we respect your decision and are heartened to note that you will still continue to serve in whatever capacity you will be in. I echo many of the comments here, it is such a great loss to WM and the nation, to have lost a voice of conviction and principle. The PM clearly did not display “People First” when he did not offer the best person for WM as a candidate.
    For us in MAS, we can never thank you enough for standing up for us. We owe you a debt of gratitude we can now never repay, except to keep you in our thoughts and prayers always. You, above all, have shown by your deeds what it truly means to be first and foremost, a MALAYSIAN.

    Reply
  44. nims

    Mr Wee Choo Keong

    I read your blog because of the simple interpretation – Yang Berkhidmat.

    While it’s a shame that you chose to leave the current climate of “Politics of Hatred”, I am glad that you left us hope that you will do what you said below …

    “saya akan memberikan segala bantuan dimana yang boleh saya memainkan peranan untuk membina negara yang kita semua cintai.”

    Thankyou for your past service and thanks in advance for the future.

    Reply
  45. azman

    YB, saya penyokong BN dan pengundi Wangsa Maju, tapi sekiranya YB bertanding saya akan tetap undi YB, kerana YB telah buktikan khidmat YB pada rakyat.
    Saya percaya karier politik YB tidak akan berakhir disini. Saya percaya YB akan berada lebih jauh sebagai seorang pemimpin yang dihormati..
    Salam hormat dari saya sekeluarga.

    Reply
  46. Anonymous

    Sebagai bekas ahli parlimen yg berwibawa.. Saya harap BN menang dan melantik YB sebagai senator. YB ada kualaiti pemimpin yg diperlukan rakyat. Harap krjn baru bukak mata. Anyway YB.. Tq for your good service. MAS issue was your signature. I think mana in MAS thank you.

    wubra.blogspot.com

    Reply
  47. Anonymous

    Thank u YB coz make me know u n of coz with ur assistant Bro Yaacob.., I belive ur service for WM b4 is very3 super good…!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s