Ganguan bekalan air di sekitar Desa Setapak disebabkan paip pecah di Batu Cave

Pusat Syabas ini akan beroperasi 24 jam untuk mengambil dan memberi maklumat mengenai masalah ganguan air

Pusat Syabas ini ditempatkan di Pusat Rukun Tetangga Desa Setapak. Pusat ini  akan beroperasi 24 jam untuk mengambil dan memberi maklumat mengenai masalah ganguan air

Updates jam 6:30 pagi 12-4-2013:  Syabas! Kepada pegawai Syabas yang berkerja dari jam 8 pagi sehingga jam 4:00 pagi untuk menghantar bekalan air ke banyak kawasan perumahan di Keramat dan Desa Setapak. Pada jam 4 pagi tadi, saya bersama pegawai-pegawai Syabas menghanatar bekalan air kepada penduduk-penduduk di kawasan  Jalan 8, 9, 10, 2o, 35 dan kawasan surau di Desa Setapak.  inilah satu gambaran yang terbaik dimana Syabas mendokong dasar “Rakyat Didahulukan” dan “Pencapaian Diutamakan”.

Penduduk-penduduk menunggu mengambil air

Penduduk-penduduk menunggu mengambil air

 

Membantu penduduk-penduduk mengambil bekalan air

Membantu penduduk-penduduk mengambil bekalan air

Membantu mengambil bekalan air bagi penduduk di kawasan Surau di Desa Setapak.

Mengambil bekalan air bagi penduduk di kawasan Surau di Desa Setapak.

Kemungkinan besar hari ini masih tiada bekalan air bagi kawasan Desa Setapak, Keramat dan lain. Walau bagaimanapun, bagi pihak penduduk-penduduk di kawasan Desa Setapak, saya  terima kasih kepada pegawai-pegawai Syabas dan Syabas juga.

Updates jam 9:50 malam 11-4-2013:  Lokasi yang Syabas telah hantar tangi air adalah AU 1, AU2 dan AU3 Keramat, Taman Sri Keramat. Masalah sekarang adalah banayak lori tangki air tersangkut atas jalan kerana kesesakan jalan. Terima kasih

Updates @ jam 9:30 malam 11-4-2013: Dua tangki air telah pergi ke kawasan Dato’ Keramat tetapi lokasinya masih tidak dapat confirm kerana banyak kawasan terlibat di Wilayah. Terima kasih

Updates @ jam 8:00 malam 11-4-2013: Tangki air telah berada di Jalan 20/27B, Seksyen 2,   Wangsa Maju. Pihak lori menghadapi kesukaran utuk masuk disebabkan kereta yang diletakan di kiri/kanan jalan. Terima kasih

Updates @ jam 6:45 petang 11-4-2013:  Syabas telah mengadakan satu Info Desk di Pusat Rukun Tertangga, Jalan 1/27B, Desa Setapak, Section 2, Wangsa Maju untuk mengambil dari dan memberi maklumat kepada penduduk-penduduk.  Syabas meminta saya untuk meminta maaf bagi pihaknya kepada penduduk-penduduk di Section 2 dan lain kerana ganguan air ini yang tidak dapat dielakkan atas sebab piap pecah di Batu Cave. Kerja-kerja membaiki tidak dapat dilaksanakan sekarang kerana hujan lebat. Mereka akan meneruskan kerja-kerja dengan secepat mungkin.

Saya juga dimaklumkan bahawa lori tangki Syabas telah keluar sekarang. Updates akan dinaikkan disini dengan secapat mungkin selepas saya mendapat maklumat-maklumat terbaru. Terima kasih  

——————————————————————————————————–

Pihak kami mendapat aduan daripada penduduk-penduduk yang menyatakan berlaku gangguan bekalan air bermula pagi tadi di Sek. 2, Desa Setapak, Wangsa Maju.

Pihak kami telah menghubungi pihak Syabas Wilayah Gombak dan di maklumkan bahawa masalah tersebut berpunca daripada paip utama (2000 mm) pecah di Batu Cave, Selayang, yang turut melibat lain-lain kawasan di Kuala Lumpur, seperti Gombak, Keramat dan Chears.

Pihak Syabas menyatakan bahawa kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan dan dijangkakan akan siap lewat malam ini, walaubagaimana pun pihak kami dimaklumkan bahawa bekalan air akan pulih secara beransur-ansur dan hanya akan pulih sepenuhnya dalam masa dua atau tiga hari ini.

Bagi mengatasi masalah tersebut pihak Syabas akan menghantar lori-lori tanker ke kawasan yang terjejas bermula lewat petang ini, lebih kurang jam 7.00-8.00 malam, kelewatan ini disebabkan kawasan yang terlibat adalah luas jadinya pihak Syabas sedang mendapatkan bantuan lori-lori tanker dari wilayah lain iaitu dari Sabak Bernam. Namun begitu pihak kami telah meminta supaya penghantaran lori tanker tersebut boleh  disegerakan supaya penduduk-penduduk boleh mendapat bekalan air bagi kegunaan mereka.

Selain daripada itu pihak Syabas juga dimaklumkan akan membuka “pusat maklumat” di kawasan perumahan di Sek 2, Wangsa Maju iaitu berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Desa Setapak bagi mendapatkan maklumat daripada penduduk-penduduk supaya memudahkan penghantaran bekalan air ke kawasan yang terjejas dengan lebih cepat dan berkesan.

Pihak kami memohon maaf kepada semua penduduk-penduduk yang terlibat diatas segala kesulitan. Kami akan melapurkan perkembangan terbaru apabila mendapat maklumat lanjut daripada pihak Syabas. Sekiranya ada sebarang masalah penduduk-penduduk boleh menghubungi kami di no 03 41433322 atau 012 2186929.

Advertisements

15 thoughts on “Ganguan bekalan air di sekitar Desa Setapak disebabkan paip pecah di Batu Cave

  1. Anonymous

    syabas kena tweet dan guna facebook untuk update tentang kerja pembaikan ni supaya pengguna dapat prepare seadanya untuk sebarang kemunkinan. Tadi saya check tapi tak ada latest news pon. kena buat kerap sikit. aisehman, kompany besar dengan ramai pengguna pon masih tak perihatin ka.

    Reply
    1. weechookeong Post author

      Saya amat bersetuju dengan pandangan sdr. Syabas perlu meningkatkan perkhidmatna infomasi supaya rakyat/pengguna boleh mendapatkan infomasi terkini.Saya akan cuba membawa pandangan sdr bagi syabas. Saya berharap piap yang dipecah dapat dibaiki dengan secepat mungkin.

      Makasih

      Selamat Malam

      wee choo keong

      Reply
  2. Anonymous

    YB, boleh x minta tanker dihantar ke flat kami! Dah 2 ari to satu tanker pun x dtg.dah call banyak kali kat syabas tapi still x dtg. Kami di Flat taman keramat permai, jalan au1b/1.

    Reply
    1. weechookeong Post author

      Saya cuba call hp pegawai Syabas tetapi mereka tidak jawab. Kemungkinan mereka sibuk dengan masalah bekalan air. Kalau saya dapat matlumat saya akan jawab di sini.

      Terima kasih

      wee choo keong

      Reply
    2. weechookeong Post author

      Anonymous

      Saya telah panjangkan aduan sdr/sdri kepada Syabas dan pegawainya memaklum bahawa mereka akan menghantar tanker dengan secepat mungkin.

      Terima kasih

      wee choo keong

      Reply
  3. Ben Alsagoff

    Good day YB,

    I’m staying in Tiara Ampang,Ampang,Selangor.Our place also is affected with no water supply since this morning.I check with my Management/Maintenance Office,they inform Syabas only answer their call once out of 30 times they tried calling today.No clear answer was given when asked and no water supply lorry is or will be deployed to our residence.It is unfortunate i’m staying in an area where we don’t have a capable & caring representative like you sir. Tiara Ampang Management/Maintenance office still cannot given any answer to the residence on when will this be resolve,whether there will be a water supply lorry being sent by Syabas…Not so Syabas.

    Reply
    1. weechookeong Post author

      Ben Alsagoff

      I am sorry to learn about no water tanker has been to your area. As soon as I got news from officer of Syabas I shall give you a reply in here and your email.

      I hope that water supply will be resumed soon.

      Thank you

      Regards

      wee choo keong

      Reply
    2. weechookeong Post author

      Ben Alsagoff

      I have already brought your complaint to the attention of Syabas. I believe that Syabas will make the necessary arrangements to provide water tanker to your area as soon as it is practicable.

      Than you

      Regards

      wee choo keong

      Reply
  4. yokesim

    Caretaker YB now the Danau kota flats located at jln genting klang is having the similar fate,water supply stopped running on friday, 12/4, any solutions? Did syabas say anyting on this matter? when will the water supply returns?

    Reply
    1. weechookeong Post author

      Yokesim

      Thank you for alerting me. I am now checking with Syabas about your complaint. As soon as I received the respond from Syabas I shall inform you in here.

      Thank you

      Wee choo keong

      Reply
    2. weechookeong Post author

      yokesim

      I have been informed by Syabas that the situation in Danua Kota Flat is alright now. I have also checked with a few friends in Danau Kota Flats and the Syabas officer has informed me that they is no problem with the water supply at Danau Kota Flats. However, I have requested Syabas to send a water tanker there just in case and it has graciously agreed to do so. Syabas is unable to give me the exact timing. Thank you Syabas for your kind understanding.

      Thank you

      Regards
      wee choo keong

      Reply
  5. Ben Alsagoff

    Good day Sir,

    I’m pleased to inform you that water supply is available since 6am this morning @ Tiara Ampang. Thank you for all your effort + performance = outcome on this matter. I truly hope you will be re-elected to represent the rakyat.. Thank you once again sir and have a good day.

    Reply
    1. weechookeong Post author

      Ben Alsagoff

      Thank you so much for your kind words, sdr. Please don’t mention it. It is my duty, in whatever capacity, to help my fellow Malaysians especially in such a situation where water supply is a necessity. Thank God that due to the good relationship with the officers in Syabas that I was able to get co-operation when Parliament has been dissolved.

      May I wish you and family have a pleasant weekend. Please exercise your vote wisely on 5th May.

      With kindest regards

      wee choo keong

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s