Terima kasih Datuk Bandar KL & DBKL diatas keperihatinan

Simpang di Jlana Gombak dan Jalan Balau ke Taman Setapak

Simpang di Jalan Gombak dan Jalan Balau ke Taman Setapak

Pihak kami menerima banyak aduan daripada penduduk-penduduk yang menyatakan bahawa keadaan di persimpangan masuk ke Taman Setapak di Jalan Balau dan Jalan Gombak amat membahayakan kepada pengguna-pengguna jalan raya terutamanya kepada penduduk-penduduk di kawasan Jalan Balau / Taman Setapak.

Penduduk-penduduk menyatakan bahawa sering berlaku kemalangan jalan raya di persimpangan tersebut dan dimaklumkan telah ada kemalangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa.

Bagi pihak penduduk-penduduk pejabat perkhidmatan kami telah memohon daripada pihak DBKL supaya memasang lampu isyarat di persimpagan tersebut bagi memudahkan kenderaan yang ingin masuk ke dan keluar daripada Taman Setapak untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak DBKL telah membuat tinjauan di lokasi berkenaan dan telah bersetuju untuk memasang lampu isyarat di persimpagan tersebut sebagaimana yang diminta oleh penduduk-penduduk.

Pihak kami telah dimaklumkan oleh pihak DBKL kerja-kerja pemasangan lampu isyarat di simpang jalan tersebut akan dimulakan pada minggu ini.

Bagi pihak penduduk-penduduk di kawasan, pengguna-pengguna jalan raya dan kami, kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yg Bhg Datuk Phesal, dan pegawai-pegawai DBKL yang perihatin kepada kehendak-kehendak rakyat.

Ini menunjukkan DBKL menjunjung tinggi dasar-dasar YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak iaitu: “RAKYAT DIDAHULUKAN & PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”.  Terima kasih DBKL.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pembantu saya, En Yaacob, di no 03 41433322 atau 012 2186929.

Sekian, terima kasih

Advertisements

2 thoughts on “Terima kasih Datuk Bandar KL & DBKL diatas keperihatinan

  1. tan setapak garden

    It was true that many lives have been lost due to accidents at this junction. It is good that YB got DBKL install a traffic lights here. It will definitely help to save lives and inconveniences. Thank you YB.

    Reply
  2. Pengguna Jln Gombak

    Terima kasih YB

    Simpang ke Tmn Setapak yg amat menakutkan kepada kami yg sering melalui Jalan Gombak.

    Harap di cepatkan pasang lampu isyarat tersebut.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s