28-11-2012 Questions Time: “Kerajaan sentiasa prihatin sumbangan Polis, Imigresen & Penjara”

Jabatan Imigresen Malaysia

Polis DiRaja Malaysia

Jabatan Penjara Malaysia

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk menabah baik skim perkhidmatan Polis, Jabatn Imigresen dan Jabatan Penjara.

Jawapan:  YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang Di Pertua,

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap sumbangan perkhidmatan Polis yang menjaga keamanan negara, perkhidmatan Imigresen yang mengawal pintu masuk dari dicerobohi anasir yang tidak diingini serta Perkhidmatan Penjara yang berkhidmat dalam masyarakat. Sehubungan den gan itu, Kerajaan sentiasa mengkaji skim-skim perkhidmatan berkenaan secara berterusan supaya ianya relevan dengan keperluan semasa.

Bagi tempoh 2004 hingga 2009, perkhidmatan Polis telah ditambah baik dengan peningkatan kelayakan masuk pangkat Inspektor dari kelayakan Diploma kepada kelayakan Ijazah, Sarjana dan PhD. Pengurusan lapisan pangkat skim perkhidmatan Pegawai Kanan Polis dari 8 lapisan kepada 6 lapisan pangkat dengan pemansuhan pangkat Ketua Inspektor dan Penolong Kanan Pesuruhjaya 2 jjuga telah dilaksanakan. Perkhidmatan Polis juga diperuntukkan lantikan terus ke pangkat Sarjan dengan kelayakan STPM/Diploma.

Skim perkhidmatan Imigresen puula telah dijadikan skim perkhidmatan bersepadu bagi skim perkhidmatan Penolong Penguasa Imigresen/Penguasa Imigresen berkuat kuasa 1 Januari 2007, bagi memberi ruang kenaikan pangkat Penolong Penguasa Imigresen berkelayakan STPM/Diploma untuk menigkat ke Kumpulan Pengurusan dan Professional berdasarkan kelayakan.

Bagi perkhidmatan Penjara pula, penabahbaikan skim perkhidmatan telah dilaksanakan pada tahun 2005, dengan mengubah gred dan jadual gaji skim perkhidmatan Penguasa Penjara dan Penolong Penguasa Penjara mengikuit gred Perkhidmatan Awam Am dalam Sistem Saraan Malaysia. Kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Pegawai Penjara juga ditingkatkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia. Seterusnya pada tahun 2007, skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara Gred KX27, KX32 juga telah deperuntukkan lapisan gred baru iaitu Gred KX38, iaitu sesuai dengan tanggungjawab, kompleksiti dan skop tugas di peringkat berkenaan.

Advertisements

2 thoughts on “28-11-2012 Questions Time: “Kerajaan sentiasa prihatin sumbangan Polis, Imigresen & Penjara”

    1. weechookeong Post author

      Anonymous 12:40 am

      Saya mohon maaf dengan kesalahan ejaan perkataan “sumbangan”.

      Izinkan saya megambil perluang ini mengucapkan terima kasih atas prihatin anda.

      Selamat malam.

      Regards

      wee choo keong

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s