“IT PREYS ON UNREST” untuk “REGIME CHANGE”!

Inilah agenda pihak-pihak tertentu 

22-11-2012 3.39 ptg. Ucapan semasa membahas Bajet 2013 peringkat Jawantankuasa dari Hansard yang belum disemak.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]:Tuan Pengerusi, saya bangun bahas Maksud Bekalan 62 Butiran 010000 – Pengurusan Dasar Keselamatan Dalam Negeri, Butiran 020600 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Butiran 020400 – Risikan Keselamatan. Butiran 010200 – Dasar dan Operasi dan Butiran 040200 – Kawalan Imigresen.

Tuan Pengerusi,

kerana kesuntukan masa saya ingin membahaskan kesemua butiran tersebut sekali gus dan saya tidak akan memberi jalan untuk mencelah. Maaf Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kesuntukan masa. Tuan Pengerusi, izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan isu serbuan polis di jalan-jalan raya, kelab-kelab malam, karaoke dan lain-lain untuk mengawal pelacuran di negara ini. Kepada sesiapa yang sering mengikuti laporan akhbar atau TV, cerita mengenai bar dan kelab-kelab karaoke yang terus menjalankan perniagaan walaupun telah beberapa kali diserbu dianggap sebagai bukan lagi bahan berita, dalam bahasa Inggeris adalah is no longer news dengan izin. Umum juga sering diberitahu oleh agensi-agensi penguatkuasaan bahawa warga asing yang menjadi pelayan tetamu atau GRO ataupun yang ditemui di bar-bar turut disyaki menjadi pelacur.  

Di Dewan ini pada 4 Oktober lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat
Datuk Wira Abu Seman memberi butiran mengenai jumlah gadis asing yang ditangkap dalam pelbagai operasi oleh polis. Menurut maklumat yang diberikan, jumlahnya ialah 12,631 pada tahun 2010 dan 11,832 tahun lepas. Mereka juga dikatakan terlibat dalam pelacuran. Angkaangka tersebut adalah amat dikhuatiri. Kalau berpandukan kepada kekerapan operasi dan jumlah gadis-gadis yang ditangkap, usaha-usaha dari pihak polis ini boleh kita sifatkan sebagai
memberangsangkan. Begitu juga dengan usaha-usaha oleh Imigresen tetapi satu maklumat yang bagi saya amat penting untuk memberi gambaran menyeluruh mengenai keadaan sebenar untuk kita melihat isu ini dalam perspektif yang betul tidak pernah diberikan kepada umum.  

Soalan penting ini juga tidak pernah ditanya oleh sesiapa termasuk Yang BerhormatYang Berhormat ataupun para wartawan yang mengikuti serbuan-serbuan atau pada sidangsidang akhbar. Jadi pada hari ini saya ingin mengemukakan soalan kepada Yang Berhormat  Timbalan Menteri KDN, dalam begitu ramai gadis asing sejumlah 11,832 orang yang ditangkap pada tahun 2011, berapa ramai pula yang dibawa ke mahkamah, didapati bersalah dan dihantar pulang atau kena depot. Terus terang saya tidak hairan jika bilangannya terlalu kecil berbanding jumlah yang ditangkap, itu pun jika ada yang dibawa ke mahkamah. Timbul pula persoalan kenapa begitu walhal kita diberitahu bahawa mereka disyaki terlibat dalam pelacuran tidak cukup bukti atau mustahil untuk membuktikan penglibatan ini di mahkamah. Kalau begitu, kenapa serbuan terus dijalankan. Bukankah ini merugikan masa dan titik peluh dan menjadikannya satu usaha sia-sia ataupun alasan-alasan tertentu sebab wanita asing tidak dibawa ke mahkamah atau di depot.

Saya tahu perkara ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu kenapa, ia kerana ada unsur-unsur tertentu. Pihak polis saya harap sedar diri dalam perkara ini.

Ini sebenarnya kesalahan imigresen tetapi jarang sekali polis membawa sama pegawai imigresen untuk mengesahkan butiran mengenai pasport atau visa walaupun kuasa dan kepakaran untuk mengesahkan hal-hal mengenai pasport dan visa adalah pada imigresen.  Apakah kita semua sudah lupa kejadian yang melibatkan operasi besar-besaran oleh IPD Brickfields beberapa tahun dulu yang melibatkan warga negara India yang kebanyakan disahkan kemudiannya oleh Imigresen sebagai mempunyai permit bekerja sah. Cara kita menjalankan operasi ini telah mencetuskan kontroversi hubungan diplomatik lagi serius
sehingga Kerajaan India mengancam untuk mengenakan pelbagai tindakan balas. Jika jangkaan saya bahawa jumlah gadis-gadis asing yang dibawa ke pengadilan dan
didapati bersalah amat kecil, maka tidakkah lebih manfaat jika agensi-agensi penguatkuasaan menumpu lebih perhatian kepada isu-isu jenayah berkaitan keselamatan umum dan
keselamatan negara. Agensi penguatkuasa seperti pihak polis, imigresen, kastam, Peguam Negara, Bank Negara dan lain-lain seharusnya menentukan apa isu yang perlu diutamakan,
meneliti kesan setiap operasi yang dijalankan supaya waktu dan sumber yang digunakan dengan lebih wajar.

Tuan Pengerusi,

bagi saya, keselamatan negara ini yang telah dijejaskan oleh
kemasukan dana asing ke negaraku ini adalah perkara yang penting sekali, without comparison
dengan izin, seperti saya hendak sambung daripada sahabat saya daripada Jasin. Akan tetapi
tidak dipedulikan oleh KDN, polis, Bank Negara, Peguam Negara dan lain-lain. Kerajaan telah gagal dalam menjaga keselamatan negara ini.
Tuan Pengerusi, izinkan saya merakamkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa pada
5 November 2011, saya telah membentangkan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1)
untuk menangguhkan Dewan membincangkan perkara tertentu, berkepentingan awam dan
perlu disegerakan iaitu dana asing telah masuk dalam negara ini tanpa diisytiharkan oleh
penderma atau penerima dan tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara,
risikan polis, risikan tentera, kastam dan Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Dalam
Negeri. Dukacita dimaklumkan Tuan Pengerusi, bahawa saya percaya usul ini di bawah
Peraturan Mesyuarat 18(1) yang penuh dengan kriteria, tiga muka surat tetapi ditolak by a DR 22.11.2012 72
stroke of pen, dengan izin oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan tanpa memberikan peluang kepada
saya untuk membacakan teks-teks usul saya seperti yang diamalkan di dalam Dewan yang
mulia ini sebelum ini. Sebelum ini kita ada peluang membaca teks usul walaupun ditolak, tetapi
sekarang sudah ada convention yang terbaru.

Tuan Pengerusi,

jikalau usul tersebut terlibat dana asing masuk ke dalam negara untuk
tujuan tertentu dan to cause unrest and ultimately region change dengan izin, adalah tidak
mematuhi ketiga-tiga syarat; perkara tertentu, berkepentingan awam dan perlu disegerakan.
Berani saya cakap terus terang bahawa Parlimen perlu memansuhkan Peraturan 18(1) kerana
tiada lagi ada perkara-perkara yang negaraku ini lebih penting daripada dana asing masuk ke
negaraku seperti saya mengusulkan pada 5 November 2011.
Usul saya yang berbunyi,

“Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat ini perlu ditangguhkan bagi membolehkan Dewan ini
membincangkan kemasukan wang dana yang tidak diisytiharkan dan tidak berkesan oleh pihak
berkuasa berjumlah jutaan ringgit yang telah berjalan secara sulit menjangkau tempoh
beberapa tahun…
■1550

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Wang asing.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Yang kemudiannya disalurkan kepada
antara lain ialah Syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd yang kemudiannya mengagihkan secara
rahsia kepada SUARAM, sebuah badan yang tidak berdaftar dan juga Malaysiakini, sebuah
portal berita yang mencanangkan bahawa ia bebas dan lain-lain entiti. Apa yang dilakukan ini
adalah sesuatu yang memudaratkan usaha-usaha murni membina sebuah negara berbangsa
secara tertib yang didukung oleh suara rakyat majoriti dapat menjejaskan fabrik sosial sebuah
negara majmuk yang muda di mana keharmonian kaum perlu sentiasa diutamakan.

Where is the direction of this Parliament? To no where, dengan izin

Tuan Pengerusi,

 Usul yang begin boleh ditolak dengan “by a stroke of a pen”. I am ashamed! Tuan Pengerusi, I am ashamed to be a Member of this House. [Dewan riuh]

Perlu dijelaskan bahawa saya mengalu-alukan apa jua bantuan kewangan daripada
mana-mana negara termasuk National Endowment for Democracy (NED) dari USA atau
dermawan asing termasuk George Soros atas nama Open Society Foundations atau sesiapa
yang berfikiran sama kepada mana-mana pertubuhan dan negaraku ini, selagi ia adalah
sebagai usaha-usaha membantu pembinaan negara, nation building secara teratur,
berpandukan undang-undang dan prihatin terhadap kemakmuran rakyat dan kestabilan
pentadbiran negaraku ini.

Tuan Pengerusi,

rakyat Malaysia yang setia dan cintakan keamanan harus menentang
sebarang penyaluran dana asing kepada mana-mana pertubuhan sama ada berdaftar atau
tidak, dimaktub atau tidak atau mana-mana parti politik berdaftar kecuali sumbangan dan asing itu diisytiharkan oleh penderma dan penerima yang juga menyatakan kepada umum tujuan bantuan sumbangannya. Ini adalah bersesuaian dengan prinsip pertanggungjawaban (accountability) dan ketulusan (transparency) yang telah diheboh-hebohkan kepada rakyat oleh pihak tertentu lebihlebih lagi sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 empat tahun lalu.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, masa habis Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ini isu yang penting. Minta lima minit lagi ya.
Pengisytiharan terbuka mengenai tujuan sumbangan juga adalah membantu rakyat membuat
penilaian dan kesimpulan sendiri bila si penerima mengambil pendirian yang berkait dengan
politik dan pentadbiran negaraku ini. Sebagai Ahli Dewan yang mulia ini saya tidak mahu
prinsip pertanggungjawaban dan ketulusan hanya disebut untuk menyedapkan pendengaran
rakyat walhal pertubuhan-pertubuhan yang dibantu oleh pihak asing tersebut menari kepada
rentak tabla pilihan mereka. Sebagai wakil rakyat kepada rakyat Malaysia yang setia serta
cintakan keamanan, saya bertanggungjawab bagi memastikan bahawa dana asing yang
disalurkan ke Malaysia hendaklah bermatlamat untuk satu tujuan sahaja iaitu untuk membina
pembinaan negaraku ini berpandukan prinsip demokrasi kehendak majoriti rakyat.
Apa yang penting Tuan Pengerusi, kita telah bersumpah di dalam Dewan ini semasa
kita jadi Ahli Parlimen. Kita menunaikan tanggungjawab kita sebaik mungkin dan kita mengaku
akan taat setia kepada negara Malaysia serta memelihara dan mempertahankan
perlembagaannya.

 

Sesuai dengan sumpah ini, saya tidak rela menyaksikan Malaysia menjadi
alat kepada taikun atau kuasa asing yang juga tidak mahu melihatkan negaraku ini mengalami
nasib yang sama seperti negara-negara Arab Spring yang hari ini didukung oleh beberapa
kuasa asing sebagai telah bergerak maju beberapa tapak walaupun sebenarnya sarat dengan
masalah.

Daripada fenomena Arab Spring, terdapat contoh Mesir, Tunisia, Libya dan Syria di
mana dana daripada National Endowment for Democracy terlibat.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Boleh mencelah Yang Berhormat?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Semuanya terlibat bermula dengan kempen
yang kononnya untuk demokrasi, kebebasan, kebertanggungjawaban dan ketulusan, Tuan
Pengerusi.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Sedikit. Hello. Yang Berhormat Kota Belud
sedikit boleh?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Adakah Malaysia perlu pengalaman ala Arab
Spring untuk berubah dan lebih terbuka? Jawapannya tidak! Ini kerana negaraku ini perlu
berubah dengan tertib dan berevolusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Masa habis Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit lagi Tuan Pengerusi sebab saya
hendak baca ini. Ini disebabkan saya ada surat daripada Zain & Co, ditulis oleh amil kepada
William Bourdon pada tarikh 10 Disember. Izinkan saya memetik di sini. Zain & Co. Ini, surat saya ada. Bukan surat daripada SUARAM tetapi daripada Zain & Co. “In Malaysia, SUARAM isregistered as Suara Inisiatif under Companies Act of Malaysia”. This is nonsense.

Ini telah mengelirukan. Ini cuma hendak bersekongkol dengan pihak-pihak asing, dengan pihak-pihak tertentu untuk memberi locus standi kepada sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar. A non entity cannot be registered through anybody, any company, any registered body. I am sorry, dengan izin.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Habiskan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit lagi, sedikit lagi. Izinkan saya
memetik beberapa perenggan daripada dalam satu dokumen rahsia bernama TC 18-01:
Special Forces Unconventional Warfare dari Headquarters, Department of the Army USA yang
bertarikh 30 November 2010. Ini dokumennya.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]:  Di sini, “Destruction Notice: Destroy by any
method. That will prevent disclosure of content or reconstruction of the document”. This is serious. Top of the Chapter 1, saya hendak memetik di sini, “word for word”. There is another overview: “there is another type of warfare – new in its intensity…”

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: “…ancient in its origin – war of guerrilas,
subversives, insurgents, assassins; war by ambush instead of by combat, by infiltration instead
of aggression…”

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak payahlah hendak…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Hendak jaga USA kah? “…seeking victory by
eroding and…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, sudah habis masa Yang
Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: “…Exhausting the enemy instead of
engaging them. It preys on unrest President John F. Kennedy, 1962”. This a key word. The
key words are “It preys on unrest. Maksudnya ia memanfaati daripada kekecohan. Inilah
kehendak-kehendak puak-puak derhaka ini! [Tepuk]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dokumen rahsia ini boleh didapati daripada
seorang penulis warganegara USA iaitu nilebowie.blogspot.com.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Yang derhaka, yang khianat, yang lompat.
Bertanding atas tiket PKR, sudah menang, lompat. Itu yang khianat. Itu yang derhaka. Awak
jangan cakaplah pasal derhaka.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ini semua penjaga kepentingan kepada
asing.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: You do not know the meaning of loyalty. You
do not know the meaning of people struggle. You do not know the meaning of truth. You do not
know the meaning of justice. Janganlah awak hendak berpura-pura.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Eh! ‘Anwarinas’, duduk. ‘Anwarinas’, duduk.
‘Anwarinas’, duduk!

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk Yang Berhormat.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: [Dewan riuh] Awak hendak cakap pasal
pengkhianatlah, derhakalah. Yang khianat itu awak. Awak yang pertama khianat, the first.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Wangsa Maju, habis
masa Yang Berhormat. I cannot give you any more time Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Jangan hendak lecture lah, hendak berpurapura. Cukuplah.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Pengerusi, saya akan habiskan.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Duduklah Yang Berhormat Wangsa Maju.
Duduklah ya.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Sampai hendak muntah dengar. Hendak
muntah!

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Pengerusi, saya gulung.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Duduklah Yang Berhormat. Habis masa
Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, sedikit lagi. Marilah Yang BerhormatYang Berhormat, kita mesti menyekat rejim Czech, marilah kita. [Dewan riuh]

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Inilah. Kita adalah bukan negara…

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Working hard, working hard.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dan penerima tertentu…

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak ada orang hendak beli kerusi.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dan Malaysia adalah…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Wangsa Maju duduk.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: MCA tidak ada kerusi, DAP tidak ada kerusi,
UMNO tidak ada kerusi.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tanah tumpah Negaraku, rakyat hidup…

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak payahlah hendak berpura-pura.
Cukuplah itu.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Bersatu dan maju. Rakyat bahagia, Tuhan
kurniakan…

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Raja kita selamat bertakhta.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Apa ini Yang Berhormat?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja
kita selamat bertakhta.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Ucapan pun baca. Bukan tahu apa.

Datuk Wira Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Kita mesti setia kepada Negaraku.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Eh! nyanyi lagu Negaraku orang patut
bangunlah.
 Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Batang Sadong.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Janganlah seperti begini. Kita semua perlu
berdiri untuk kepentingan negara kita.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: This is a…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Inilah derhaka negara.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: This is a…

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tidak sanggup mendengar
kebenaran. Yang Berhormat Shah Alam tidak sanggup mendengar kebenaran.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Nyanyi lagu Negaraku,…
[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ini semua derhaka negara.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Semua orang berdiri, beritahu … [Dewan
riuh]

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat duduk Yang Berhormat

Advertisements

6 thoughts on ““IT PREYS ON UNREST” untuk “REGIME CHANGE”!

  1. Joshua

    Why should we bow down to foreign power and the like of George Sorros? Now certain undesirable element was call for Australian Government to intervene in our general elections. Australian government should intervene in the PKR party elections.

    Reply
  2. Average Joe

    Kenapa wakil PR beriya-iya hendak menghalang apabila ada Ahli Parlimen ingin berkongsi ilmu mendedahkan agenda campurtangan kuasa asing?!

    Reply
  3. Rakan Lama

    Average Joe

    senang je nak tau..sebab yb dedahkan niat sebenar mereka.
    mereka takut kebenaran terbongkar..mereka takut rakyat tau niat sebenar mereka. Pada mereka yg penting hanya kuasa…bukan rakyat!!!

    Negara kita untuk kita bukan untuk Amarika atau lain2 kuasa asing..!

    Tahniah YB.

    Reply
  4. Mun

    It was an open secret that the police have been known to have raided karaoke and bars and arrested foreign girls but none have been charged and deported. The Minister must investigate this matter. It is also shocking to know that foreign fund has been coming into the country in supporting SUARAM. This is very serious. What is the Government is doing about this. How could Bank Negara not knowing this at all?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s