Teks ucapan perbahasan Bajet 2013

YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak dengan dasar-dasarnya

3.51 ptg. 3 Oktober 2012
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2013. Izinkan saya memetik satu perenggan dari ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 September lalu di Dewan yang mulia ini seperti di bawah:

“Kerajaan ini hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala. Kita tidak pernah melakar lukisan yang pada hari ini
tampak muluk-muluk dan indah tetapi sebenarnya berupa racun yang berbisa. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tetap menceritakan kebenaran
biar pun kelat. Kita tidak pernah mendodoi rakyat dengan dongengan lipur lara
tetapi sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala permasalahan rakyat.”

Tuan Yang di-Pertua, dukacita dimaklumkan bahawa ada pihak-pihak yang menyatakan ini adalah bajet pilihan raya dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dilemparkan dengan pelbagai tuduhan atau name calling. Memang betul bajet ini adalah yang

DR 3.10.2012 77

terakhir sebelum PRU ke-13. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri juga menyatakan bahawa ini adalah bajet terakhir sebelum PRU ke-13.

Kepada saya Tuan Yang di-Pertua, sama ada bajet ini adalah bajet pilihan raya atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting ialah semua lapisan rakyat, warga emas, warga kota, pemuda-pemudi, nelayan, pekerja swasta, penjawat kerajaan, petani, driver teksi dan lain-lain menikmati hasil Bajet 2013 ini. Pada sesi 2012 juga ejekan yang sama dilemparkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri walaupun hakikatnya beliau jauh dari membuat apa- apa keputusan mengenai PRU ke-13 sehingga kini dan kita masih berbahas di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingatkan oleh ramai warga Wangsa Maju supaya menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana apa yang dimuatkan dalam Bajet 2012 berserta Bajet 2013, saya sendiri terkejut dengan bajet 2013 setelah meninjau sendiri bahawa semua lapisan rakyat dapat menikmati bantuan, kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan. Sekali lagi terima kasih tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. [Tepuk]

Di waktu yang sama, saya amat berharap rakyat menolak politic of hatred yang tidak sihat yang dapat kita lihat dan kerap mendengar ungkapannya. Pada amnya, kita semua ingin membangunkan negara kita dengan baik supaya ia terus makmur dan aman. Untuk ini, kita semua perlu bersepadu mendukung apa jua usaha dan langkah dalam proses nation building ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada semua rakyat bahawa kita perlu berwaspada dengan apa yang dibuktikan di mana organisasi-organisasi asing khasnya dan, atau samaritan asing sebagai George Soros memberi bantuan kewangan yang besar kepada organisasi-organisasi tertentu yang sentiasa mempolitikkan segala isu dalam negara ini. Untuk tujuan apa? Untuk hendak destabilize kan negara kita. Organisasi-organisasi tertentu tidak akan berhentikan kegiatan yang tidak sihat mereka selagi agenda bos mereka tidak dicapai. Betul tidak? Organisasi ini kita pun tahu, representativenya pun ada di luar bersama dengan pemberita. Kita tahu. On news portal yang mana? Kita pun tahu. Ya. Ada di luar. Tidak payah hendak sebut namalah. Saya pun rasa malu nak sebut nama itu.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh membiarkan perkara ini berterusan kerana kepentingan dan kestabilan negara akan terjejas. Saya merayu kepada kerajaan supaya mengambil tindakan keras demi kepentingan dan kestabilan negara kita. Saya amat hairan kenapakah Bank Negara Malaysia selama ini tidak tahu dana asing telah disalurkan kepada organisasi-organisasi tertentu sedangkan semua dana yang masuk ke dalam negara kita perlu dimaklumkan kepada Bank Negara Malaysia seperti butir-butirnya dan tujuan-tujuannya.

Kita hantar duit RM20,000 pun kena maklumkan kepada Bank Negara. Wang masuk pun kena maklumkan kepada Bank Negara tetapi dalam perkara ini, Bank Negara masih tertidur. Undang-undang ataupun sengaja tertidur. Undang-undang yang sedia ada seperti

DR 3.10.2012 78

Exchange Control Act pun boleh mengawal perkara ini, tetapi Bank Negara kita mengambil tahu perkara ini sehingga dikesan melalui media. Ini menunjukkan kelemahan Bank Negara yang kerajaan perlu mengambil tindakan supaya keadaan sedemikian tidak berlaku lagi. Saya berharap Kementerian Kewangan dapat menjelaskan kenapa Bank Negara tidak tahu dana yang besar masuk ke negara tanpa dikesan ataupun tanpa dilaporkan dan apakah tindakan- tindakan yang telah ataupun akan diambil terhadap perkara ini terhadap organisasi-organisasi tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, setiap usaha dan tumpuan dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah ke arah melaksanakan dasar-dasar beliau seperti 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan lain-lain. Untuk apa? Ini kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu melihat kejayaan pelaksanaan dasar-dasar itu bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kesejahteraan rakyat keseluruhan. Saya berani menyatakan tanpa ragu- ragu di Dewan yang mulia ini bahawa beban yang ditanggung oleh beliau adalah amat berat sekali. Ini kerana apa? Ini kerana beliau adalah anak kepada Perdana Menteri kedua yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Negara. Ia seolah-olah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib telah ditakdirkan untuk bertanggungjawab menyambung segala usaha murni ayahandanya yang tidak tercapai.

Ketiga, itu kerana Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia dalam usia yang agak muda. Tuan Yang di-Pertua…

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat. Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya Kota Belud.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Yang Berhormat Pokok Sena jangan balik lagi. Kuala Krau hendak berucap ini.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar dengan teliti ucapan daripada Wangsa Maju tentang cara pembangkang untuk menggambarkan satu perkara yang cukup buruk tentang negara kita. Saya minta pandangan Yang Berhormat daripada Wangsa Maju.

Di tangan saya ini ada statistik. Statistik yang saya minta daripada Unit Statistik, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat ibu pejabat SPRM.
■1600

Pembangkang mengatakan bahawa Barisan Nasional ini corrupt, rasuah dan sentiasa menggembar-gemburkan cerita ini. Maka, saya minta dari segi pandangan rakyat di negeri- negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Wangsa Maju. Untuk Kedah tahun 2006, aduan yang dibuat oleh orang awam kepada BPR pada waktu itu hanyalah 14 kes. Tahun 2007 – 7 kes. Setelah Pakatan Rakyat mengambil alih

DR 3.10.2012 79

Kedah pada tahun 2008, kes aduan rasuah dan salah guna kuasa melonjak kepada 77 kes, tahun 2009 (54), tahun 2010 (127), tahun 2011 (153). Pulau Pinang Yang Berhormat, tahun 2006 hanya 16 aduan. 2007 dua aduan. Tahun 2008, tahun mereka memegang Pulau Pinang, saya tidak mengatakan apa-apa kerana ini adalah aduan rakyat (64). Sekejap sahaja Yang Berhormat. Selangor, tahun 2006 (28), tahun 2007 (28), masuk tahun 2008 sampailah sekarang ini 100 aduan setiap tahun.

Jadi, dua pertanyaan saya tuan. Pertamanya, sewaktu mereka memerintah, aduan daripada rakyat mengenai salah guna kuasa dan juga rasuah di negeri-negeri yang dipegang oleh Pakatan meningkat. Yang kedua, saya pasti, saya minta pandangan Yang Berhormat, saya pasti inilah aduan-aduan ini yang telah meningkatkan indeks transparency perception index kita. Sebahagian besar daripadanya. Minta pandangan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, itulah system CAT lah. Yang saya tahu ianya untuk transparency, accountability. Ya, memang saya tahu bahawa di dalam Selangor, kita tidak payah pergi jauh. Taruh soal pasir sahaja. Saya amat mengerti soal kes pasir itu. Banyak corruption dalam itu Kumpulan Semesta Sasar itu. Satu syarikat banyak corruption di sana. Pegawai buat laporan, pegawai memberikan surat tetapi tidak ada tindakan diambil. Itu amat jelas. Cumanya, cakap tidak serupa bikin. Adanya tangan, jari dituduh kepada orang lain. Tiga jari dituduh kepada mereka sendiri. Itu memang jelas. Ini dua-dua sama sahaja lah, kita tahu. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Itu angka yang diberi, saya tidak tahu tetapi kalau itu angka yang betul, memang itu satu fakta yang amat jelas.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat yakin. Oleh itu apa yang dilalui sekarang seolah-olah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak boleh atau untuk saya, tidak akan gagal dalam melaksanakan wawasan warisan dan perjuangan yang dimulakan oleh ayahanda beliau. Saya amat yakin Tuan Yang di-Pertua, roh ayahanda beliau sekarang tenang dan aman bersemadi di dalam alam kubur. Begitu juga Tuhan akan melakukan perkara yang sama terhadap ayahanda saya kerana Tuhan amat berkuasa mengetahui yang mana kaca dan yang mana permata.

Saya amat bersimpati bila melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bekerja siang dan malam, ke sana dan ke sini bersama-sama rakan seperjuangannya tetapi pelbagai tuduhan juga dilemparkan terhadap Bajet 2013. Di mana semua lapisan rakyat telah menikmati kemudahan dan juga semua wang-wang yang diberi kepada mereka. Daripada warga emas dan kepada budak sekolah. Saya mendapati rakyat jelata menyokong dasar tersebut tetapi mereka tidak berapa senang dengan segelintir little Napoleon di dalam kerajaan. Institusi kerajaan, khasnya di GLC, yang menjelikkan kerana puak-puak sebeginilah yang dengan gelaran sebagai Tan Sri, Datuk, Dato’ dengan pendapatan mereka yang amat mewah ataupun dengan gaji berpuluh ataupun beratus ribu ringgit sebulan. Puak-puak inilah yang lupa diri dan sentiasa dalam keadaan lalai serta mabuk dengan kuasa-kuasa besar dan gaji yang lumayan mereka.

DR 3.10.2012 80

Puak-puak sebeginilah yang little Napoleon ini juga telah menganggapkan mereka ini bos kepada rakyat jelata. Tingkah laku ini telah memberi kesan negatif kepada dasar-dasar tersebut. Rakyat didahulukan, untuk mereka, rakyat dikebelakangkan. Itulah moto mereka, itulah dasar mereka. Seperti kes di TNB, saya dapat aduan daripada rakyat kerana mereka dipaksa untuk menandatangani satu surat pengakuan bahawa mereka curi elektrik. Kalau mereka tidak menandatangani surat pengakuan itu, bekalan elektrik di rumah mereka akan dipotong dan orang ini dipaksa sign. Orang ini pun sign. Akan tetapi orang yang sign surat ini bukan nama di dalam atas meter elektrik di rumahnya. Di rumahnya, meter elektriknya adalah isterinya. Akan tetapi TNB itu, saya menulis surat minta supaya ini boleh dibincang atau dikurangkan atau boleh negotiate kerana mereka ini adalah innocent, dengan izin. Tidak peduli, tidak ada jawapan. Tidak apa. Bawa ke mahkamah, rakyat ini pula datang, takut. Tidak ada wang hendak bayar. RM12,000.

Saya telefon ke pejabat kawasan di Kepong. Dato’ Aziz, memang mereka ini sibuk. Little Napoleon, puak-puak ini sibuk. Meeting sini, meeting sana. Saya letak telefon number, nama saya sebagai Ahli Yang Berhormat daripada Wangsa Maju, “Sila balas telefon saya supaya saya boleh hendak maklum perkara ini”. Hendak minta tolong kepada bos rakyat ini. Pegawai little Napoleon GLC ini tidak return call, tidak peduli. Kita pula telefon ke pejabat. Lebih tinggi, lebih tinggi tetapi lebih kurang sama juga. Inilah sikap begini yang kita tidak boleh terima Tuan Yang di-Pertua.

Sikap yang begini yang akan menjejaskan imej Kerajaan Pusat, khasnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan dasarnya ‘Rakyat Didahulukan’. Kalaulah seorang Ahli Parlimen tidak dipedulikan, apatah lagi rakyat jelata ’Ahmad, Ah Kaw dan Kupusamy’, lagi mereka kemungkinan meludah sahaja. Sikap begini perlu diberhentikan dengan segera, khasnya GLC. Ini kerana syarikat ini adalah syarikat kepunyaan rakyat, bukan kepunyaan Khazanah. Akan tetapi masalah kita kerana puak-puak GLC ini, pemimpin GLC ini dilantik oleh puak-puak little Napoleon di Khazanah juga. So, bagaimana? Kalaulah kita ada little Napoleon di Khazanah, memang dia akan melantik little Napoleon di bawah syarikat lain. So, inilah masalah.

Saya cadangkan bahawa Khazanah ini di bawah satu kementerian supaya mereka ada Menteri yang bertanggungjawab di sini. Kita tidak mahu mereka ini melalui pejabat sini, kementerian ini, kementerian itu. Kita hendak ketua Khazanah ini adalah di dalam Dewan ini. Kita tidak mahu chairman kah apa. Satu kementerian jaga Khazanah sahaja supaya Menteri itu mesti ada di Parlimen mendengar apa yang berlaku. Kalau tidak, little Napoleon ini ada imuniti. Mereka tidak peduli apa yang kita sebut. Oleh sebab itulah baru kita ada masalah baru lepas iaitu shares swap antara AirAsia dan MAS. Kita tengok banyak ada cooperation antara dua-dua syarikat tetapi tidak ada shares swap. Akan tetapi ini ada shares ‘ suap’. Suap masuk kocek lah itu.

DR 3.10.2012 81

■1610
Akan tetapi ‘alhamdulillah’ lah kita bersyukur, kerana apa? Kerana Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri berhentikan atau reverse share swap ini. Saya harap Tuan Yang di-Pertua, little Napoleons di Khazanah yang bertanggungjawab melahirkan share swap antara MAS dan AirAsia pada tahun lepas jangan lagi melakukan perkara sebegini yang hampir menjahanamkan penerbangan negara MAS. MAS ini bukan satu penerbangan biasa. MAS ini adalah satu institusi negara. Satu ikon negara. Matlamat MAS pertama, bukan hanya keuntungan sahaja. Kerana sebagai satu institusi negara, MAS perlu melaksanakan tanggungjawabnya kepada negara melalui kerajaan.

Baru-baru saya menghadiri Commonwealth Parliamentary Association Conference di Colombo, Sri Lanka. Pada masa yang sama Tourism Malaysia menganjurkan Malaysia Fest di Colombo untuk mempromosikan Malaysia di Sri Lanka. Saya dimaklumkan Tuan Yang di- Pertua bahawa MAS membawa penari-penari tradisi Melayu, Kadazan, Cina dan India, memasak makanan Malaysia dan alat-alat promosi dengan percuma ke Colombo. Airline yang lain mainnya dalam surat khabar sahaja. AirAsia mana ada? Tidak ada. Dia kalau ada kepentingan dia hendaklah. Kalau hendak hancurkan MAS dia akan pergi.

Saya amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh MAS kepada negara Malaysia selama ini. Pada semua masa MAS tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terutamanya iaitu perkhidmatan kepada negara. Kita mesti memberikan satu sokongan keras kepada MAS dan juga kepada AJ atau Ahmad Jauhari, CEO sekarang sebab saya tahu beliau yang mengarahkan tindakan ini diambil. Hantar sate, hantar makanan juga kepada Colombo untuk meraikan Malaysia Fest di sana tanpa mengambil kira sama ada MAS untung ataupun tidak kerana itulah tugas MAS yang utama iaitu untuk menjaga imej negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun saya amat hairan kenapakah pada Februari 2012, selepas share swap tersebut little Napoleons ini di dalam MAS melantik Ogilvy Mather dan Landor Associates dari United Kingdom untuk melaksanakan rebranding dengan menukarkan warna korporat MAS dari warna biru dengan warna merah kepada biru muda atau pale blue. Untuk orang Cina memang – orang Tionghoa mereka tidak setuju. Ini warna yang for mourning of the death dan designing dengan izin, of the logo baru MAS tanpa kelulusan Lembaga Pengarah MAS dan kerajaan. Ini adalah satu perkara yang penting. Hendak tukar logo perlu dapat kelulusan tetapi tidak.

Pada bulan Mei 2012, Lembaga Pengarah MAS baru meluluskan pelaksanaan rebranding warna korporat MAS tersebut. Dari sini nampaknya lembaga pengarahnya hanya sebuah badan untuk rubber stamping sahaja. Cop, cop, cop, buat apa? Dibayar dengan gaji elaun yang tinggi, mereka cuma buat rubber stamping? Mereka mesti ambil perhatian bahawa perkara ini hendak tukar logo, tukar korporat, color ini adalah satu perkara penting yang perlu dapat kelulusan dari Lembaga Pengarah dahulu. Kemudian dapat kelulusan daripada Kabinet.

DR 3.10.2012 82

Nampaknya Ahli-ahli Lembaga Pengarah MAS sebagai Tan Sri Azman Yahya dari SCOMI dan Tan Sri Tan Boon Seng dari IJM adalah amat rapat sebab kedua-dua syarikat mereka SCOMI dan IJM ada hubungan rapat. Seperti mana yang dilaporkan dalam Business Times hari ini dengan tajuk, dengan izin, ‘SCOMI has a solid partner in IJM’. Begitu juga kedua-dua syarikat ini adalah solid partner dalam Lembaga Pengarah MAS. Apa ini? Satu perkara yang sangat aneh. Di sini mereka ada solid partner, di dalam MAS pun mereka ada. Tidak adakah orang lain yang boleh menjadi Lembaga Pengarah MAS kecuali orang dari SCOMI dan juga IJM? SCOMI ini memang hebat, kita sudah tahu. Siapa ada dalam SCOMI? Yang Berhormat sana pun tahu. Menteri-menteri pun tahu.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum ini pengurusan MAS pernah memohon untuk menukar logo MAS tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan. Kali ini logo MAS baru diguna pakai di badan A380 tanpa kelulusan kerajaan. Saya boleh maklumkan bahawa jumlah rebranding dan designing tersebut adalah amat besar. Saya berharap kerajaan dapat memberikan jumlah kos yang perlu dibayar oleh MAS kepada Ogilvy Mather dan Landor Associates kepada Dewan pada masa Menteri menggulung.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu kenapakah walaupun share swap tersebut telah di reverse oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi konco-konco yang tidak berkelayakan yang parachuted dalam MAS, masih ada dalam MAS seperti Azhari Mohd Dahlan, CEO MAS Engineering. Ini adalah seorang yang tidak layak menjadi CEO. Sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan diambil. Sehingga hari ini di bawah MAS Engineering tiada business plan, tiada apa pelan. Apa? Ini gaji buta? Ini sebab beliau ini tidak qualified. Tidak ada standard. Saya harap kementerian mengambil perhatian.

Satu lagi mengenai dengan LSG Sky Chefs Brahim’s Sdn. Bhd. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, saya telah beberapa kali membangkitkan perkara ini di Dewan yang mulia. Saya juga pernah meminta MAS membatalkan kontrak katering yang sebelah yang selama 25 tahun dan menilai RM6.25 bilion. Bilion bukan million! Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa syarikat LSG Sky Chefs Brahim’s ini dimiliki oleh Tuan Haji Ibrahim bin Haji Badawi. Tuan Haji Ibrahim ini adik kepada siapa? Mantan Yang Berhormat Menteri Kewangan II. Ahli Parlimen Tasik Gelugor faham akan perkara ini kerana beliau yang terlibat pada masa MAS menandatangani kontrak berat sebelah ini untuk tempoh 25 tahun. Kita tahu Yang Berhormat Tasik Gelugor ini amat-amat fasih. Sampai hari ini jarang nampak beliau berada di sini.

Tiap-tiap tahun MAS kena bayar lebih kurang RM300 juta Tuan Yang di-Pertua untuk catering contract ini. Harga-harga untuk semua barangan dan servis adalah nonnegotiable dan dengan harga yang amat tinggi. Bayangkanlah MAS caj harga secucuk sate ayam sebanyak RM2 dan sate daging RM3.20! [Disampuk] Harga air mineral mungkin RM10 atau RM20 sebotol. Itu dengan mineral dengan botol emas. Bukan Malaysian Airline System (MAS) tetapi

DR 3.10.2012 83

emas atau gold. Harga ini lebih tinggi daripada hotel lima bintang Tuan Yang di-Pertua. Harga untuk barangan yang lain pun amat tinggi daripada harga pasaran. Padahal MAS ini membeli makanan ini dengan bulk buying dengan mereka. Harganya perlu lebih rendah dan murah tetapi dengan kontrak berat sebelah ini, MAS membeli dengan harga yang amat mahal sekali. Keadaan ini adalah salah satu dari sebab yang menjadikan MAS kerugian besar. Dengan apa- apa business plan yang baik pun jika kontrak berat sebelah ini tidak dibatalkan, kerugian MAS akan berterusan dan kerajaan perlu sentiasa membendung masalah kerugian MAS.

■1620
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan dapat menjelaskan kenapakah

Khazanah pada masa material membenarkan MAS memasuki kontrak katering yang berat sebelah tersebut dengan LSG Sky Chef’s Brahim Sdn. Bhd.? Sama ada Khazanah akan mengarahkan pengurusan MAS untuk mengambil tindakan untuk membatalkan kontrak katering yang berat sebelah tersebut kerana kontrak ini menjejaskan kepentingan MAS.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya diberitahu bahawa Expedia iaitu sebuah syarikat dari Amerika mula beroperasi di Malaysia sebagai online travel agent yang menggunakan sijil akreditasi daripada AirAsia Go Holiday Sdn. Bhd. Ini sebuah anak syarikat AirAsia. Saya percaya Expedia ini tidak mempunyai permit Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan (KKKP) pada masa itu untuk menjalankan perniagaan online di Malaysia.

Pejabat perniagaannya adalah di Simfoni House dengan Tan Sri Azman Yahya juga, Pengarah MAS. Saya dimaklumkan bahawa semua travel agent sama ada online atau tidak perlu ada permit KKKP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan. Saya juga dimaklumkan bahawa kementerian tersebut akan mengambil tindakan keras terhadap mana- mana travel agensi beroperasi tanpa permit KKKP tersebut.

Saya sudah meneliti laman web Expedia Malaysia dan mendapati bahawa ia tidak mempamerkan nombor permit KKKP di dalam laman webnya. Saya percaya Expedia ini tiada permit. Oleh itu saya ingin bertanya kepada Kementerian Pelancongan kenapakah tiada tindakan diambil terhadap syarikat ini?

Datuk Wira Haji Ahmad Hamzah [Jasin]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Jasin bangun Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat beri ruang.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya saya hendak habiskan ini, minta maaf ya, sorry. Tuan Yang di-Pertua, ramai rakyat juga mempersoalkan kenapa ramai warga asing dari pelbagai negara bekerja di Malaysia walaupun mereka memasuki di negara kita dengan hanya memiliki pas lawatan sosial. Sebagai perbandingan Ahli-ahli Yang Berhormat semua patut maklum bahawa di Singapura warga Malaysia yang diberikan pas yang sama hanya boleh

DR 3.10.2012 84

berada di sana selama 14 hari sementara jumlah untuk setahun pula tidak boleh melebihi 90 hari.

Oleh kerana jumlah rakyat asing yang menyalahgunakan kuasa pas lawatan sosial mereka dipercayai amat besar di negara kita. Kementerian Dalam Negeri perlu mengarahkan Jabatan Imigresen untuk bertindak dengan lebih tegas dan berkesan untuk menangani masalah yang serius ini juga yang boleh menggugat keamanan jika ia tidak dibendung. Saya pernah membangkitkan perkara ini di Dewan yang mulia ini juga dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri bersetuju untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Akan tetapi sampai saat ini saya tahu tidak ada apa-apa tindakan.

Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan terhadap perkara ini kerana ada ramai warga Singapura meninggal dan bekerja di Malaysia dengan berpuluh- puluh tahun. Bukan dua tahun bukan tiga tahun puluh-puluh tahun dengan permit lawatan sosial ini sahaja. Mereka yang sampai tiga bulan keluar ke Singapura atau balik ke Singapura atau ke Thailand dan sebagainya dan kembali di sini. So the imigresen the check point kita boleh kesan kenapa sosial pas? Sudah berpuluh-puluh kali cop sudah. Mesti berhentikan kenapa kamu masuk ke negara kita tetapi tidak ada tindakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, habiskan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, saya hendak gulung Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pelantikan Datuk Bandar yang baru memang dinanti-nantikan dan dialu-alukan oleh warga kota Kuala Lumpur dan juga warga DBKL sendiri. Sebagai bekas pegawai tinggi di Kementerian Wilayah Persekutuan yang juga berhubung kait dengan hal-hal DBKL, saya yakin Datuk Bandar sekarang kita adalah seorang yang penuh berwawasan dan berpengalaman. Akan tetapi setelah tiga bulan menerajui DBKL nampak gaya Datuk Bandar kita seperti masih menikmati tempoh berbulan madu honeymoon. Sehingga sekarang belum ada satu pun pertemuan rasmi atau tidak rasmi antara beliau dan Ahli-ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Masalah-masalah harian yang warga kota terpaksa berdepan nampaknya banyak masalah yang belum diselesaikan dengan berkesan atau pun tidak diselesaikan langsung. Pejabat kawasan DBKL di Wangsa Maju wujud tidak lebih seperti pejabat pos sahaja. Aduan diterima dari rakyat tetapi pada amnya tidak nampak tindakan susulannya. Ada kalanya pejabat perkhidmatan saya berperanan seperti mandur yang bekerja kakitangan DBKL untuk memastikan mereka berusaha untuk membetulkan keadaan yang menjadi rungutan warga kota.

Core centre pula perlu bertindak tidak lebih daripada operator telefon sahaja. Sehingga pengadu mengalih kepada pejabat saya untuk meminta bantuan. Saya sendiri juga pernah membuat aduan bagi pihak penduduk mengenai kontraktor yang ditugaskan oleh DBKL. Akan tetapi keadaan tidak berubah kerana tiada tindakan susulan diambil oleh DBKL seperti Saville@ Melawati. Berapa kali saya sendiri buat laporan tidak ada tindakan. Saya perlu SMS Datuk Bandar barulah ambil tindakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Itu menunjukkan satu kontraktor friendly DBKL kita. Sedikit, sedikit sahaja lagi Tuan Yang di-Pertua. Nampaknya potret-potret Datuk Bandar yang digantung di pejabat-pejabat DBKL masih tidak mencukupi Tuan Yang di-Pertua. Warga Wangsa Maju telah menyaksikan bahawa sekarang potret Datuk Bandar kita ini juga ada di dalam banner ahli politik untuk open house. Ini menunjukkan bahawa Datuk Bandar sekarang ini amat minat menayang potret-potret beliau. Kemungkinan beliau takut warga kota tidak mengenali beliau atau beliau ingin memberi notis kepada rakyat bahawa beliau adalah salah seorang ahli politik baru yang akan bertanding dalam pilihan raya tidak lama lagi. Ini adalah amat tidak sihat dan ini akan memberikan gambaran buruk kepada DBKL dan Kerajaan Persekutuan.

Saya berharap Menteri Wilayah Persekutuan dapat memberi penjelasan kenapakah perkara yang ditimbulkan khasnya sama ada potret-potret Datuk Bandar dimasukkan dalam banner ahli politik dan keadaan yang saya sebut tadi serta juga pasar Danau Kota yang lebih kurang daripada 8 jam sampai pagi, tiap-tiap malam ataupun sekarang lima hari. Katanya hendak pindah sudah setahun tidak jadi pindah. Bilakah mereka akan dipindahkan? Ini kerana apa? Ini kerana rakyat di Wangsa Maju sudah bosan dan fed up kerana ganggu kacau dan banyak masalah sosial yang telah timbul dalam perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua adalah menjadi harapan saya apa yang dilakukan oleh little Napoleon ini akan menggagalkan usaha murni kerajaan yang bertujuan untuk mewujudkan suasana kehidupan yang memanfaatkan rakyat. Saya berharap Yang Berhormat Perdana Menteri tidak akan berputus asa jika sekalipun beliau mungkin merasakan bahawa bukan kesemua mereka yang dipertanggungjawab untuk membantu, melaksanakan keputusan kerajaan yang bertugas dengan cemerlang serta penuh taat setia.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dengan ini saya mengakhiri ucapan saya dengan menyokong bajet ini dan berharap 2014 adalah bajet yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

4.29 ptg

Advertisements

20 thoughts on “Teks ucapan perbahasan Bajet 2013

  1. 777

    Well expressed, YB. Still wondering why the responsible party and decision makers have lost control on MAS and so helpless in fixing it. The first thing they should do is to call YB and together, analyse the situation and find the solutions. All these damaging remarks published in this blog must stop, if not the decision makers must have the honor to resign. Ignorance is not bliss!

    Reply
    1. Hassan

      Saya setuju benar.
      Banyak rahsia dan pekung MAS telah di bongkarkan dalam blog ini dan tiada satu penyiasatan dan tindakan telah di ambil oleh pihak pihak yang berkenaan.
      MAS saperti layang layang tidak bertali dan lohong hitam (black hole).

      Selamat tinggal, MAS.
      Uhuk, uhuk, uhuk, uhuk !

      Reply
  2. warisan negara

    YB

    memang besar jasa Tun Razak..memang selayaknya Tun dikenang, memang banyak jasa beliau bukan hanya pada orang melayu tapi juga negara.
    …tanpa Tun siapa la kita..tanpa Tun dimana negara kita sekarang…

    Terima kasih kepada Tun Razak.

    Reply
  3. hazman

    Tepat sekali. Najib tak boleh gagal kerana belaiu perlu menjaga legacy Alaharyum Tun Razak.

    bekas pegawai AirAsia seperti Azhari perlu dihalau keluar dari MAS.

    Reply
  4. Ahmad Jahil

    Alahai YB, baru kena satay di colombo dah kata AJ bagus . Biasalah tu YB MAS has always been our satay ambassador since day one. Cuba Tanya union leaders dan staff, semua dah lost hope dgn AJ!

    Reply
  5. GE Man

    Your Excellency and Honourable PM ,

    We are not asking for the moon and the stars.

    A lot of wrong doing being expose and exposing it in this blog is a sign of frustration and as a desperate act of seeking intervention and help from you , your excellency.

    The future of our national airlines and its 18,000 staff is in your hand , NOT in the hand of few remaining of the pariah’s .

    Your late father Tun Abdul Razak would have done the same thing by reversing the share swap in the name of the rakyaat and our national airlines interest at heart which must come first for Tun but regrettably you have done it half way .

    Those who is parachuted during the share swap should leave too .

    Your excellency , Please act now before more damage is done .

    Dato Seri Idris Jala had groom Tan Sri Azmil to run MAS before the share swap had cut short his tenancy .

    Putting Azmil back is much better for MAS.

    “Jika tiada rotan , akar pun berguna”

    Reply
    1. Anonymous

      GE man
      Fully agree with you, we need men with integrity & the nation’s interest to lead MAS & none of the so called aviation experts from AA who have nothing but contempt for MAS & loathing for the established business ethics between airlines. Better still if we can have DS Idris leading us…..

      Reply
  6. Abdullah

    Tepat sekali YB. Allahyarhum Tun Razak adalah Bapa Pembanunan Negara. Najib tak akan meosakan nama baik ayahandanya.

    Kita nak tahu berapakah kos untuk re-branding dan designing logo MAS. Siapa yang terlibat dalam keputusan ini?

    terima Kasih

    Reply
  7. MH observer

    Dua hari lepas dlm NST Aireen Omar kata Air Asia akan pertimbangkan penggunaan KLIA2 sekira pembinaannya selamat dan sesuai utk operasi penerbangan. Apa punya statement nii? Takkan kerajaan belanja berbillion ringgit ianya tak selamat dan tak sesuai utk operasi. Dah malas dah nak komen si perempuan ni.. Saya serahkan kpd anda semua utk komen..

    Reply
  8. Segara

    Expedia Malaysia Sdn Bhd has its business address in Level 8, Symphony House, Petaling Jaya. Since it is now a Malaysian registered company, it is mandatory for it to have a KKKP licence. Expedia has no KKKP Licence in the website. My source told me that it has no KKKP Licence.

    The Ministry of Tourism enforcement unit is very slow in acting against Expedia. Why?

    But it is quick to act against other company operating a website with KKKP licence. Strange?

    Reply
  9. John Tan

    Too many little napoleon in Government department that are not following the policies of the PM. I do agree with YB speech. Keep up the good work.

    Reply
  10. kenny

    Why there is no action taken by the Ministry of Tourism against the Expedia when it has no KKKP licence to operate as an online travel agency in Malaysia?

    The Ministry is very fast in taking action against local companies. It seems that the Ministry is dragging its feet in this glaring case. May be the Minister is too busy on touring trips.

    Reply
  11. Shan

    The Tourist Minister must be still touring Europe like staying in the Ice Hotel in Europe that’s why its officer dare not take action against Expedia which is operating without KKKP. If it is a local company, The Ministry would have taken action to close down the website. What is the double standard?

    Is it because the Tourist Minister is closed to the pariah?

    Reply
  12. Airline Distribution Expert

    @Segara, Kenny and Shan,

    In the earlier thread in the same blog someone posted that the deal is between MH and Expedia Inc of USA and not with Expedia Malaysia to get around the sensivities.

    Frankly, the Government may not have the apetitite to tangle with a corporation the size of Expedia especially when the current laws are impotent to Online Travel Agencies operating from outside Malaysia.

    The fact remains that one could question a Malaysian Company i.e. MH attempt to circumnavigate the countries laws. It can only come from parties within MH who are not conversant with all the pertinent conditions surrounding such an endevour. I agree with another posting that point to the possibility that this is a solution is some bright idea from a foreigner who has never worked outside of their country.

    All is not lost, the Ministry does have the power to act against MH for providing the inventory, no matter how small, to Expedia.

    Reply
    1. Hussin

      Good point, Sir.
      If this is true, action must be taken against MD and Chairman for failing in their fiduciary duty!

      Reply
  13. Genga

    I don’t understand why Expedia had to use AirAsia Go Holiday IATA accreditation certificate. I cannot believe that Expedia could not stand on its own and had to use AirAsia Go Holiday’s skirt.

    The Ministry of Tourism is fast to act against local companies but very slow to act against foreign company connected to AirAsia set up. WTF is going on in the Ministry of Tourism? Don’t tell me the Minister is too busy touring the world with her husband.

    lets see how long the Ministry is going to drag their feet on this matter. YB must press for answer in Parliament because it would appear that there is double standard here.

    Why is MAS getting into this mess by joining Expedia when it has no KKKP. There must be a few left over AirAsia’s kuncu in MAS that was doing this.

    Reply
  14. hayani

    Ye…… betul apa yg diperkatakan oleh yang berhormat Wee Chee keong tu…..bangsa asing kat negara kita ni besepah di merata2 negeri …tak kira Bangla, Myanmar, India, China,Indon, Sri Lanka, MAMAT GAGAK HITAM LEGAM bermaharaja lela di negara kita….mrk lebih samseng dr rakyat negara kita……..nape Dato’ Hisyamudin duk diam je tak ambik tindakan pada mrk semua ni….tak halau mrk semua ni,nape tak buat tangkapan….kan kita ramai tentera,polis,rela, buatlah tindakan tegas pd mrk seme ni,barulah dia org berhati2 duk di negara kita…..mrk tahu kerajaan kita tak buat apa2 tindakan kpd mrk sbb itulah mrk seme ni samseng buat negara ni lebih dr negara diorang……sakit sgt mata tengok gagak hitam kat Chow Kit, Puchong, Tmn Melati, Bangsar, KL dan lain2 tempat….seolah2 negara kita ni dah mrk punye…..

    Reply
    1. Fatma

      Adeii . bgi aku la kan , bguslah pilih Marion yang non-muslim nie . At least bley gak diniibmbg . Ap kaitan dengan racist nie wei ? ? ? Korg pkir dunia je kan . ap daa .. sme2 la kte mendoakn agar si suami dia nie mampu bimbing dia .

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s