Questions Time 3-10-2012: Inisiatif Kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah

YB Dato’ Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri

Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk mengurangkan kadar jenayah selain daripada jenis-jenis jenayah yang dinyatakan dalam NKRA GTP 1 (Government Transformation Plan 1)?

Jawapan

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, Kerajaan memandang serius isu jenayah di negara ini. Berdasarkan kepada ini, maka Kerajaan telah mengenalpasti Mengurangkan Kadar Jenayah sebagai salah satu daripada tujuh (7) inisiatif NKRA di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP1). Di bawah GTP1, Kerajaan telah mengenalpasti lebih 50 inisiatif yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar jenayah. Sejak NKRA Mengurangkan Jenayah dilancarkan pada tahun 2009 kadar jenayah telah dapat di kurangkan.

Kerajaan sedar bahawa trend jenayah sentiasa berubah. Justeru itu, pelbagai penambahbaikan sedang dan akan dibuat. Ini jelas dilihat apabila Kerajaan menambah peruntukan bagi menangani masalah jenayah di dalam Bajet 2013 kepada hampir RM600 juta.

Sebagai contoh, jenayah yang berlaku di kawasan perumahan ini ditanggani melalui memperluaskan omnipresence, Community Policing dan Empowering Resident Association.
Melalui Bajet 2013, peruntukan telah dibuat untuk menambahkan 1.000 unit motosikal untuk PDRM, menambah 10.000 anggota Police Volunteer Reserve (PVR), menambah pengambilan anggota PDRM dan peruntukkan geran RM10.000 kepada setiap Resident Association (RA) yang berdaftar. Kerajaan juga telah membantu pemilik-pemilik pasar raya dan gedung membeli belah dengan memberikan inisiatif cukai kepada mereka untuk menambah ciri-ciri keselamatan seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), cermin keselamatan, penambahan lampu-lampu dan sebagainya.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan di sekolah-sekolah, Kerajaan telah memperkenalkan Program Blue and Green yang bertujuan untuk meningkatkan pengawasan pihak berkuasa di kawasan-kawasan sekolah.

Tuan Yang Di Pertua,

Peruntukan Bajet 2013 ini disalurkan secara langsung sepenuhnya untuk inisiatif-inisiatif membenteras jenayah. Ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan Kerajaan untuk menjadikan negara ini lebih selamat. Kerajaan juga sedar dalam GTP 1, inisiatif-inisiatif lebih bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah dengan idea-idea yang ‘out- of-the-box’. Dalam hala tuju mengorak langkah ke hadapan, Kerajaan sedar kesan positif inisiatif-inisiatif ini akan berkekalan apabila kemahiran teknikal dan insaniah anggota-anggota PDRM dimantapkan lagi. Justeru itu, GTP 2 juga akan mengambil kira langkah-langkah untuk mempertingkatkan keperluan kemahiran ini.

Kesimpulannya, inisiatif mengurankan jenayah merupakan satu inisiatif yang berterusan dan Kerajaan akan sentiasa menyemak, memantau dan menyesuaikan pendekatan-pendekatan mengikut tempat dan masa demi menjaga keselamatan, kesejahteraan dan keamanan rakyat sertanegara.

Soalan Tambahan:

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Memang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri ini adalah memang baik dan satu gambaran yang baik. Akan tetapi persepsi rakyat sekarang ini selama ini masih tidak ada keyakinan terhadap tindakan-tindakan yang telah diambil ataupun langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian. Bagaimanakah kementerian hendak buat sekarang ini hendak mengatasi masalah ini. Masalah confident, to instill confident dengan izin, kepada rakyat jelata mengenai soal keselamatan ini. Seperti di Singapura mereka merasai selamat, sentiasa ada keselamatan walaupun kerajaan tidak perlu di Singapura hendak uar-uarkan dalam surat khabar ataupun di Parlimen. Ini adalah satu masalah juga. Persepsi.

Kedua, hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bilakah rondaan-rondaan polis ini akan dilancarkan atau dimulakan di semua kawasan kediaman khasnya di Taman Melati. Mereka meminta saya bertanya di sini sama ada di Wangsa Maju. Bilakah pihak polis hendak memulakan rondaan di Taman Melati. Sama ada Yang Berhormat Menteri sudi bersama-samakita lancarkan di Taman Melati di Wilayah Persekutuan dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya menjawab soalan kedua akan juga menjawab soalan pertama berhubung kait dengan persepsi. Kalau sekiranya di bawah fasa pertama GTP dan juga NKRA jenayah kita, tumpuan ialah kepada jenayah-jenayah jalanan. Harapan Yang Berhormat untuk kita sekarang turun ke taman-taman perumahan dan saya beri jaminan bahawa saya juga sanggup dan telah pun turun ke beberapa taman perumahan.

Di mana kita sedar di peringkat Kementerian Dalam Negeri dan juga peringkat kerajaan ada taman-taman tertentu di mana persepsi atau memang benar rasa kebimbangan keselamatan di kawasan-kawasan berkenaan perlu ditangani. Akan tetapi perubahan pendekatan kita daripada GTP pertama iaitu untuk menumpukan kepada jenayah jalanan. Jelas di bawah belanjawan kali ini kita beri tumpuan kepada tuntutan-tuntutan semasa rakyat termasuklah di kawasan-kawasan taman perumahan. Contohnya bila kita tambah satu ribu unit motosikal itu dengan mewujudkan satu unit khusus dari segi omnipresent polis kita di taman- taman perumahan.

Keduanya untuk mengupayakan persatuan-persatuan penduduk di kawasan-kawasan taman perumahan tadi dengan geran yang akan dikeluarkan. Ini juga melibatkan masyarakat setempat dan pendekatan baru di bawah GTP II, dan disesuaikan dengan mungkin persepsi yang wujud hari kerana perkara-perkara tertentu, tetapi tidak ada kaitan langsung dengan apa yang kita lakukan tiga tahun sebelum ini.

Di mana tumpuannya ialah kepada jenayah-jenayah jalanan di mana indeks menunjukkan bahawa itu berlaku. Akan tetapi saya mengakui seperti dalam jawapan saya awal, sasaran sentiasa berubah berhubung kait dengan tuntutan dan persepsi rakyat berhubung kait dengan keselamatan setiap masa. Itu menuntut kita di dalam KDN dan pihak-pihak berkepentingan untuk menyesuaikan pendekatan kita yang sesuai untuk menangani kebimbangan dan persepsi yang diminta pada soalan pertama tadi. Terima kasih.

Advertisements

4 thoughts on “Questions Time 3-10-2012: Inisiatif Kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah

  1. Roti Jala

    ” Sejak NKRA Mengurangkan Jenayah dilancarkan pada tahun 2009 kadar jenayah telah dapat di kurangkan.

    Kerajaan sedar bahawa trend jenayah sentiasa berubah. Justeru itu, pelbagai penambahbaikan sedang dan akan dibuat. Ini jelas dilihat apabila Kerajaan menambah peruntukan bagi menangani masalah jenayah di dalam Bajet 2013 kepada hampir RM600 juta.”

    Kenyataan yang dumb and dumber. Kalau dah kurang kenapa increase bajet?
    Siapa yang sediakan dan baca kenyataan ni patutnya di sepak terajang. Ptui!

    Reply
    1. Anonymous

      Sdr Roti Jala,

      Harap bacalah jawapan berulang kali (perlahan-lahan) agar anda akan lebih memahaminya. Kalau tak faham jugak entahlah siapa yg dumb & siapa yg dumber!!

      Reply
  2. Heng

    Although the crime index is fallen it doesn’t mean that all is well because there are many cases that have not been reported. Victims are just fed up with reporting because it is time consuming. The Ministry should look into how to make the process simpler so that more and more people will be reporting.

    Reply
  3. Shanta

    We hope that the KDN is serious in its endeavour to reduce crime rate. The problem is public perception on the crime rate is not in line with what have been announced by KDN. KDN should take note of this and do more to stop this negative perception. Thank you

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s