
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga Wangsa Maju dan teman-teman yang bersama-sama meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri pada malam Sabtu yang lepas.

Khasnya kepada mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yg Bhg Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail. Walaupun beliau amat sibuk di musim Hari Raya tetapi beliau masih hadir seperti ditiap tahun ke majlis-majlis perayaan yang diadakan. Saya mengakui walaupun semasa beliau masih bergelar Datuk Bandar, kadang kala kami bertegas dalam isu-isu tertentu tetapi kami fahami bahawa itu semua adalah demi kebaikan Negara semata-mata dan untuk menjayakan KL sebagai “World Class City”.
Rumah Terbuka ini memberi satu gambaran yang terbaik kerana ia membuktikan negara kita telah ke arah 1Malayisa. Walaupun Rumah Terbuka ini untuk meraikan Hari Raya tetapi orang India, Tiong Hua dan lain turut hadir bersama-sama dengan sdr-sdri Melayu kita. Ini adalah satu trend yang amat baik dan kita semua perlu mengalakkan. Trend ini juga telah memberi makna kepada kemerdekaan negara kita. Saya berharap sdr-sdri Melayu kita juga hadir ke Majlis Rumah Terbuka untuk orang Tiong Hua dan India nanti.
Walaupun ada orang yang mempertikaikan saya mengajurkan Rumah Terbuka Aidil Fitri ini, saya maafkan beliau kerana beliau salah tafsir dan/atau mempunyai pandangan sempit.
Sebagai Ahli Parlimen saya amat berharap semua rakyat bersepadu dan marilah kita menanamkan biji “Nation Building” untuk generasi akan datang dan Negara.
Akhirnya izinkan saya untuk memetik perenggan akhir dalam Perutusan Kemedekaaan saya.
Rakyat Malaysia yang majmuk sama ada dari segi etnik, kepercayaan dan status sosio-ekonomi perlu bersama-sama di bawah payung 1Malaysia untuk membina sebuah negara yang bersatu dan “exceptional” yang boleh dibanggakan oleh semua pihak. Sebuah Malaysia untuk anak-anak dan cucu kita generasi baru. Janganlah kita teperangkap dengan kitaran ganas kebencian dan taufan anarki. Sekali Merdeka tetap Merdeka selamanya. Hidup Rakyat, Berjaya Negara, DI SINI.
Sekian, Terima kasih
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua.






Seronok saya lihat gambar yb bersama2 dengan rakyat…ini yang dimaksudkan dengan ucapan kemerdekaan yb..sekali merdeka tetap merdeka selamanya..tahniah yb
Very nice mixed crowd of all races. This is the type of Open House that we must encourage. I enjoyed myself. The lamb was fabulous. Thank you YB
thank you .. YB. that a real 1malaysia. .
WoW!!! Best!! By the way YB, just wanted to share something with you… http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=858:air-asia-merompak-saya-depan-mata&catid=68:aduan-pilihan&Itemid=247
ambo orang kelate tabek pada YB…. tak kiro lah gapo kito…. kito semua rakyat malaysia…..ambo royak ko kelate ni …. ambo tahu…. YB…. orang Kota bharu….
YB, Well done!
A real 1Malaysia Open House. Keep up the good work YB. You are the 1Malaysia MP that the country needs. Thank you
YB , apa pandangan Yb tentang pembukaan baru Malindo Airline ?
kunang2
Pembukaan baru Malindo Airline adalah satu berita yang baik untuk KLIA-2 dan rakyat Malaysia. Ini akan berhentikan monopoli oleh satu syarikat pernebangan swasta. Harga pernerbangan akan menurun kerana competition.
Saya berharap MAS akan memula jet servis Firefly dengan cepat untuk kepetingan awam dan memberi perkhidmatan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
terima kasih
Wee choo keong
Good news indeed. Malindo Airways is a joint venture between Indonesia’s Lion Air and a Malaysian’s entity. They will start with 12 aircrafts (Boeing 737-800/900). Another 50 in the pipeline to be based in KLIA2 next year. Initialy will ply between Malaysian and Indonesian cities. Once KLIA2 ready and the arrival of 50 new aircrafts, passengers can fly from K Lumpur to Kota Kinabalu, Kuching, Penang, Kota Baru, K Terengganu, Johor Baru and other destinations. Heard that many pilots will be on secondment from Mas. Looks like there is a gunuine colloboration there. The President Direktor of Lion Air said that the fare will not be higher than the present LCC and there would not be any hidden costs as presently experienced by many.
NOW EVERYONE CAN REALLY FLY..
i hope there is no more cancellation like what they done to Firefly. The suffer is the staff . AJ should think about staff comittment before make drastic decision to stop Firefly. Now the staff still suffer to look for a new job. I hope it will not happened to again to Malindo Airlines for another share swap like Airasia.
antawi, motivasi dan akhlak perjuangan
Hidup di landasan perjuangan Islam ini tidak mudah. Hakikatnya, tiada siapa kata perjuangan Islam ini mudah. Dengan berbekalkan ketaqwaan dan keimanan pada Allah, ramai yang cuba menempuh perjuangan ini.
Namun, tanpa ketaqwaan dan keimanan kepada Allah yang kuat beserta kemahiran memotivasikan diri sendiri, ramai yang tersungkur.
Ramai yang menarik diri di pertengahan jalan.
Ramai yang terpengaruh dengan kesenangan duniawi, dan mengatakan kepada diri sendiri, ada orang lain yang bakal meneruskan perjuangan ini.
Ada pula yang menggunakan jalan terpesong untuk memperjuangkan agama Allah, yang akhirnya bukan dia saja yang tersungkur malah Islam terpalit dengan nama buruk akibat “perjuangan” beliau.
Ada ramai yang menyatakan mereka sedang memperjuangkan Islam. Namun, apabila ditanya apakah perjuangan Islam? Jawapan yang didengari cukup berbeza.