Soalan-soalan Parlimen untuk Sesi Oktober 2012

Soalan-soalan untuk jawapan lisan

1.   Tuan  Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar menyatakan apakah tindakan yang telah diambil bagi mengatasi masalah pusat-pusat Siber Cafe yang begitu banyak beroperasi di kawasan Wangsa Maju dan adakah tindakan pengawalan telah diambil bagi memastikan aktiviti di pusat Siber Cafe tidak menyalahi undang-undang serta memastikan  aktiviti judi tidak berlaku dan murid-murid sekolah tidak dibenarkan memasuki pusat-pusat Siber Cafe berkenaan.

2.    YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau menjelaskan apakah rasional Tenaga Nasional Berhad mengeluarkan bil elektrik anggaran kepada pengguna dan adakah Kementerian sedar ada perbezaan yang ketara antara bil anggaran dan bil yang sebenarnya? Ini bermakna jika pengguna membayar bil anggarannya, TNB boleh mendapat keuntungan melalui faedah bank. Adakah ini satu langkah yang beretika?

3. YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan atas alasan apakah pengurusan MAS “re-branding” MAS dan menukarkan warna corporate iaitu biru tua dan merah kepada biru muda dan sila memberikan jumlah kos utuk “re-branding” ini (baryaran kepada Landor Associates di UK dan konsultant lain?

4. YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan ingin mengubah dasar sedia ada untuk pelantikkan Duta Besar dan Persuruhjaya Tinggi Malaysia di negara-negara stratejgik contohnya Amerika Syarikat, Republik Rakyat China, Turki, Indonesia, Thailand dan India.

5.  YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kementerian mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk mengurangkan kadar jenayah selain daripada jenis-jenis jenayah yang dinyatakan dalam NKRA GTP 1 (Governament Transformation Plan 1)?

 

6. YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Pelajaran kenapakah Ketua Pengarah Pelajaran yang merupakan Ketua Perkhidmatan kepada lebih daripada 400,000 pegawai perkhimatan pelajaran berada di Grad Turus 3 berbanding dengan Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara yang juga merupakan ketua perkhidmatan yang berada di dalam Grad Turus 2?

 

7.  YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada sehubungan dengan niat AirAsia untuk tidak memindahkan operasinya ke KLIA2 adakah Kerajaan akan tunduk kepada “ultimatum” ini atau Kerajaan akan menghentikan operasi LCCT apabila KLIA2 beroperasi kelak?

 

8. YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat meminda Perkara 145 Pelembagaan Persekutuan untuk memindahkan budi bicara mendakwa dalam kes-kes rasuah daripada Peguam Negara kepada SPRM sedangkan perkara ini boleh dilihat sebagai pencabulan terhadap prinsip “check and balance”?

9.  YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Pengangkutan menjelaskan secara terperinci dari masa keputusan dibuat untuk penukaran saham antara MAS dan AirAsia (share swap) pada 9-8-2011 sehingga pembatalan (reverse) transaksi tersebut pada 2-5-2012 apakah keputusan-keputusan yang bersifat dasar yang telah dibuat oleh Penurusan Tertinggi MAS yang membelakangkan Lembaga Pengarah yang kemudiannya terpaksa dirubber setemkan oleh Lembaga Pengarah kemudiannya, contoh penajaan, “re-branding” dan penukaran warna korporat MAS?

10. YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan dakwaan Kerajaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berkebajikan dan apakah ia tidak akan menjejaskan kesihatakan fiskal negara?     

Soalan-soalan untuk jawapan bertulis

1.      Tuan  Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar menyatakan apakah tindakan telah diambil bagi memastikan pemilik-pemilik kedai yang meletakkan kerusi dan meja di tepi-tepi jalan dan di kaki lima/siarkaki bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dan halangan lalulintas terutamanya di Seksyen 2, Wangsa Maju dan di Plaza Prima di Wangsa Maju dan apakah tindakan yang telah diambil bagi memastikan pemilik kedai tidak membuat bising dan ganggu kacau terhadap penduduk-penduduk yang sedang berihat dengan memasang pembesar suara dari penggunaan peti-peti television.

2.   YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk menambahbaikan skim perkhidmatan Polis, Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara?

3.  YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan kenapakah Kementerian selama ini gagal melahirkan lebih ramai lagi para atllt seperti Datuk Lee Chong Wei dan Cik Pandelela Rinong?

4.      Tuan  Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil bagi memastikan kejadian jenayah yang kian meningkat di Wangsa Maju terutamanya kejadian ragut dan pecah rumah dan apakah tindakan yang telah diambil  bagi memastikan kawasan perniagaan Bazar Larut Malam, Danau Kota bebas dari aktiviti curi dan ragut serta lain-lain masalah sosial yang timbul disebabkan aktiviti Bazar Larut ini yang beroperasi hingga jam 4.00 pagi.

5.  YB Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk meminda “Legal Profession Act”  supaya menyeragamkannya (uniformity) entiti “regulatorynya dengan  entiti “regulatory” lain seperti Majlis Perubatan Malaysia?

Advertisements

4 thoughts on “Soalan-soalan Parlimen untuk Sesi Oktober 2012

  1. ANONYMOUS

    Thank YB FOR SHARING THE QUESTIONS WITH US. IT WOULD BE INTERESTING TO READ THE ANSWERS ESPECIALLY THE CYBER CAFE, CRIME RATES AND THE COST OF RE-BRANDING INCURRED BY MAS

    Reply
  2. Anonymous

    Tambah Satu Soalan lagi:- To many Bangla, Nepals, Mynmar, Irans , South Americans and Africas. is Malaysia turning to be USA?

    Reply
  3. Anonymous

    Thanks for the effort YB. Hopefully your questions will be attended and action will be taken by the relevant parties.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s