“Perompak-perompak Negara” – Part 1

Yours truly speech during the debate on Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 on 19-4-2012. Below is the verbatim report in the Hansard.

10.53 mlm. (19-4-2012)


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangkit untuk membahas rang undang-undang ini bernama Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Apa- apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memang bagus. Ini untuk mengawal seliakan pasaran modal dalam negara kita. Akan tetapi kita sudah tahu bahawa pasaran modal di dalam negara kita sekarang ini boleh dikatakan seperti sebuah kasino, kasino yang berlesen untuk orang bermain saham-saham. Masalahnya adalah mengawal selia ada masalah, penguatkuasaan ada masalah.

Sampai hari ini kita tengok banyak insider trading dan sebagainya tetapi tidak ada seorang pun tertuduh di mahkamah sampai hari ini. Listed companies tidak ada dikawal selia masalahnya dan saya hendak menyentuh sedikitlah mengenai dengan MAS ini yang di bawah pasaran modal juga, security market, public listed company.

Sebelum itu saya ingin meminta izin untuk menyatakan bahawa kita bersyukurlah negara kita di mana baru-baru ini walaupun kapal terbang MAS ada masalah dengan enjinnya terbakar tetapi tiada nyawa terkorban. Walaupun saya ada sahabat Datuk Rockie Blue dalam pesawat MH002 daripada Kuala Lumpur ke London. Oleh kerana kepakaran dan kecekapan pekerja-pekerja MAS di mana kita menyelamatkan lebih kurang 300 manusia termasuk warganegara Malaysia dan luar negeri. MAS ini pun namanya boleh kata safetylah dalam MAS ini, adalah yang amat baik. Alhamdulillah oleh kerana kecekapan pekerja-pekerja MAS ini.

Walaupun mereka pekerja-pekerja ini dianggapkan oleh pengurusan tertinggi MAS, di Parlimen mereka datang memberi taklimat mengenai share swap ini. Menyatakan pekerja-pekerja MAS ini adalah low productivity, saya quote, untuk saya, bukan. Ini ternyata di mana 300 nyawa telah diselamatkan oleh mereka termasuk pilot, cabin crew dan ground crew tetapi ini bukan kerana pengurusan tertinggi MAS yang menyelamatkan nyawa manusia ini, pekerja. Made that clear dan saya amat sedih hati bila pengurusan tertinggi, Ahmad Jauhari datang ke sini menyatakan mereka ini low productivity. Ini sudah ada satu evidence, ternyata mereka menyelamatkan 300 nyawa termasuk Datuk Rockie Blue sahabat saya dan seorang blogger Datuk Rockie dan Rockie Blue blognya.

DR 19.4.2012 203

Akan tetapi MASnya telah dijahanamkannya, bukannya oleh share swap. Sebelum share swap, di mana BinaFikir Sdn. Bhd. telah dilantik oleh Tan Sri Md Nor pada masa itu jadi MD kepada MAS, sekarang ini sudah balik jadi Pengerusi MAS. Baru-baru ini saya meminta satu penjelasan, berapakah consultancy fees yang dibayar oleh MAS kepada BinaFikir Sdn. Bhd. yang pada masa itu dimiliki oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan Mohammed Rashdan. Sekarang Tan Sri Azman Mokhtar telah di dalam Khazanah, MDnya dan Mohammed Rashdan sebagai Deputy CEO. Berapa kali saya minta, berapakah ini consultancy fees ini, tidak diberi. Sampai Timbalan Menteri, Yang Berhormat Dato’ Donald Lim Siang Chai telah janji akan memberi dalam dua-tiga hari.

Saya baru terima satu jawapan dan inilah jawapannya, bagi isu berhubung bayaran perunding atau consultancy fees, pendedahan terperinci nilai kontrak bagi setiap konsultan termasuk bayaran kepada BinaFikir tidak dapat dimaklumkan kepada pihak ketiga kerana MAS perlu mematuhi akujanji kerahsiaan dan peruntukan di dalam perjanjian yang ditandatangani oleh MAS dan pihak konsultan terlibat. Sekiranya MAS mendedahkan nama syarikat-syarikat tersebut berserta dengan yuran perunding kepada pihak ketiga, MAS akan terdedah kepada tindakan perundangan yang boleh diambil oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Apa kerahsiaan yang threaten national security? Apa kerahsiaan? Kita hendak tahu berapakah harga consultancy fees itu. Bukan kita hendak tahu apa yang terkandung dalam reportnya. Seperti katalah satu itu fail rahsia, Official Secret Act. Tidak bolehkah kita hendak tanya kepada kerajaan, berapakah harga-harga kerajaan membayar kepada kertas-kertas yang digunakan. Bolehkah kerana kertas itu, di dalam fail itu di bawah official secret, kita tidak boleh tahu.

■2300

Walau bagaimanapun inilah Dewan yang mulia sekali dalam negara badan yang teragong dalam negara. Kenapakah kementerian tidak boleh memaklumkan kepada Dewan ini? Hendak sembunyikan. Kita sudah tahu lebih daripada RM30 juta dibayar kepada konsultan ini. Konsultan conmen sekarang jadi ketua di MAS nombor dua. Inilah amat-amat tidak boleh terima. Saya harap Menteri beri jawapan dengan tegas yang telus perkara ini. Jangan hendak sembunyikan untuk hendak selamatkan satu orang sahaja. Oleh kerana MAS ini adalah satu syarikat negara, satu ikon negara kita jangan jahanamkan MAS. WAU ini adalah bukan hendak pulihkan MAS bukan hendak selamatkan MAS kerana kita sudah nampak. Hari ini dia kata MAS adalah bleeding, MAS sekarang ini adalah sick patient, dengan izin. Kalaulah WAU di bawah BinaFikir pada tahun 2003 adalah baik terbaik sekali hari tidak ada masalah.

Oleh kerana WAU ini digunakan oleh mereka puak-puak ini, puak-puak perompak negara ini untuk apa? Saudara Azman Mokhtar, Rashdan untuk apa? Untuk hendak rompak MAS asset sleeping so, kita sudah nampak selepas WAU mereka jual MAS Catering, kepada siapa? Kepada adik kepada bekas Perdana Menteri dan selepas jual MAS Catering tandatangani 25 tahun punya perjanjian yang berat sebelah. Di mana MAS perlu bayar berapa, RM6.25 bilion tiap-tiap tahun RM300 juta lebih kurang juga jual MAS Complex 32 bangunan. Selepas jual MAS Complex tandatangani balik satu list untuk 57 tahun setahun RM80 juta so, MAS tiap-tiap tahun perlu mengeluarkan RM400 juta sudah

Datuk Ismail Kasim [Arau]: [Bangun]


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Silakan Yang Berhormat Arau.

Datuk Ismail Kasim [Arau]: Terima kasih sahabat saya dari Yang Berhormat Wangsa Maju,

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat umum mengetahui bahawa

DR 19.4.2012 204

MAS Airlines ini di antara airline yang mementingkan keselamatan. Di antara airline yang dianggap di antara airline-airline ternama di dunia ini MAS di antara yang boleh dikatakan terunggul dalam mementingkan elemen-elemen keselamatan. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat apabila kita mengetahui perasaan yang tidak menentu yang ada pada kakitangan teknikal sebelum membuat penerbangan. Adakah ini juga turut membahayakan kabin krew dan juga penumpang-penumpang terutamanya mereka yang melihat bahawa airline ini sekarang ini sudah berada dalam keadaan yang tidak menentu? Sekali gus mereka menganggap bahawa airline ini sudah boleh disamakan dengan airline-airline yang sudah berada di ambang kejatuhan. Jadi kita tidak mahu ini berlaku. Sebagai national flight saya mahu berkongsi dengan Yang Berhormat, apakah langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk campur tangan secara langsung bagi memastikan bahawa MAS Airline ini berada di landasan seperti di masa zaman pengurusan Tan Sri Aziz dahulu?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Yang Berhormat Arau yang memberikan satu pandangan yang baik mengenai ini dan juga remind sayalah mengenai perkara ini yang saya terlupa tadi, tercicir boleh kata. Masalah ini kerana selepas share swap pada bulan Februari tahun ini. Pengurusan tertinggi MAS sekarang ini Ahmad Jauhari, Rashdan dan Md Nor telah melantik seorang yang bernama Azhari Dahlan daripada AirAsia X. Air Asia masuk jadi ketua engineering dan beliau, dia ini tidak ada satu approve oleh DCA nominated post holder di bawah seksyen 24(O), bawah Civil Aviation Act di mana ketua yang begini yang engineering department ini perlu ada satu boleh kata seperti sijil yang telah diluluskan oleh DCA dan saya telah bangkitkan baru-baru ini.

Orang yang tidak layaklah, dia tidak ada kelayakan untuk jadi ketua tetapi ditaruk di sana kerana apa? Ini kerana dia datang daripada AirAsia dan juga termasuk Roslan Omar, CFO atau Chief Financial Officer di MAS. So, kerana itulah baru jadi satu masalah kerana unqualified person shading engineering department of MAS. So inilah jadi satu masalah besar. Saya percaya kemungkinan hari ini dalam NST menyatakan adalah satu sabotaj dan saya percaya bahawa sabotaj ini bukan sabotaj oleh pekerja tetapi sabotaj oleh Azhari Dahlan ini supaya mereka boleh jahanamkan MAS. So mereka boleh lagi cepat mengambil alih MAS jadi namanya AirAsia, tidak ada MAS sudah. So saya setuju dengan Yang Berhormat Arau bahawa kerajaan perlu ambil tindakan dengan segera. Untuk menghentikan CCF ini dan share swap kerana share swap dan CCF ini bukan untuk menyelamatkan MAS bukan untuk jaga kepentingan MAS.

Akan tetapi seolah-olahnya untuk menjaga kepentingan puak-puak AirAsia termasuk AirAsia X, itu sahaja. Ini kerana kita boleh nampak dari segi tindakan-tindakan yang telah diambil selepas share swap.

Pada 9 Ogos 2011 di mana pada masa itu satu share swap ini boleh kata tergempar kita tidak terkejut yang mengejutkan sebuah negara. Tiba-tiba pada 8 hari bulan Ogos 2011 saham MAS dan AirAsia telah disubstandard di Bursa Saham Kuala Lumpur menanti satu pengumuman. Pada 9 Ogos 2011 Tan Sri Mokhtar ini, perompak negara ini dari Khazanah mengumumkan bahawa satu share swap ini share swap boleh kata secret share swap akan dilaksanakan.

Pada masa itu juga dengan Tune Air yang memiliki AirAsia Berhad dan AirAsia X Sdn. Bhd.. Pada masa itu juga…, no sorry pada 6 hari bulan Ogos 2011 pada masa itu kita telah baca dalam Malaysia Insider puak-puak dia orang juga mengeluarkan satu kenyataan dalam news portalnya. Menyatakan dengan amat accurate apa yang akan berlaku, Tengku Azmil bekas MD akan ditendang

DR 19.4.2012 205

keluar selepas ditandatangani. Ini tiga hari sebelum perkara ini berlaku dan bagaimana share swapnya rationya berapa 20.5% saham MAS akan diberi kepada Tune Air dan Tune Air memberi 10% itu saham AirAsia. Ini satu yang tidak boleh terima sebab itu hutang…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat sudah 20 minit Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Juga baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, ini adalah amat penting. Saya telah minta pada 30 Oktober 2011 mengenai dengan Insider Trading mengenai dengan saham between MAS dengan share swap AirAsia ini. Kementerian MOF juga menyatakan bahawa satu siasatan telah dijalankan oleh SC dan Bursa Saham Kuala Lumpur. Sampai hari ini kita tidak ada dapat apa-apa hasilnya, kemungkinan hendak cover up. Juga yang…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat saya mintalah Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Last Tuan Yang di-Pertua yang last. Ini adalah baru- baru ini dua tiga hari ini kerana AirAsia X telah cancel dia punya ataupun terminate dia punya flight daripada Kuala Lumpur-London, London-Kuala Lumpur, Paris, di India, Delhi dan Bombay.

■2310

Mereka tidak ada charge dia punya fare. Itulah yang saya telah dedahkan dalam blog saya. Pada 15 Mac 2012, selepas itulah mereka ini kelam-kabut dan sebagainya. Pada 28 Mac 2012 pada jam 12.26 tengah malam menyatakan satu perjanjian telah ditandatangani antara MAS dan AirAsia dan tidak ada masalah. Ini semua on the board, ‘untrained’ transaction. Saya baru dapat satu perjanjian mengenai dengan re-accommodation agreement di antara MAS dan AirAsia. Harganya seperti berikut. Kuala Lumpur ke London RM1,111 economy class dan kepada…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat…

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Sedikit, satu minit Tuan Yang di-Pertua. Ini yang penting. Business class, RM6,139. Ini semua termasuk tax. Inilah perjanjian sulit mereka. Ini telah menjejaskan kedudukan kewangan MAS di mana harga yang biasa sekurang-kurangnya RM2,500 untuk economy class dan untuk business class Yang Berhormat Menteri pun tahu sendiri, Yang Berhormat Menteri memang guarantee tahu business class ke London one way ialah RM19,670 dan dia caj kepada penumpang AirAsia X ini untuk re-accommodate, to uplift, RM6,000 sahaja. Bukankah ini telah menjejaskan kedudukan kewangan MAS? Inilah menunjukkan bahawa keadaan pengurusan tertinggi MAS ini adalah harapkan pagar, pagar makan padi. So, saya harap kementerian yang pertama, memberitahu berapa BinaFikir consultancy fee.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Okey, Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ini bukan rahsia. Yang kedua, buat satu siasatan. Auditor General, MACC dan polis ambil tindakan menyiasat perkara ini kerana ini adalah satu kegiatan untuk asset stripping juga yang share swap ini dan CCF ini akan menjejaskan MAS dan pekerja-pekerja MAS ada 20,000. Termasuk waris-waris mereka, kita times dua, 40,000. Kalaulah pilihan raya akan datang, saya kata Selangor guarantee habis. Mungkin kosong kalau tidak ada tindakan yang tegas

DR 19.4.2012 206

diambil untuk memenjarakan perompak-perompak negara ini, Rashdan, Tan Sri Mokhtar, Tony Fernandes, Datuk Kamaruddin Meranun ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, sudahlah Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Inilah lanun negara. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Minta maaf kerana isu ini amat important.

Part 2 will be published tomorrow

Please read also “Pengkhianat dan Perompak Negara” Part 1 and Part 2.

Advertisements

23 thoughts on ““Perompak-perompak Negara” – Part 1

  1. Anonymous

    Bravo yb, cari jln supaya isu2 begini boleh jadi isu nasional yb, Biar semua rakyat bercakap tentang ini, bukan setakat di parlimen saja yg kita semua tahu itu tempat kebal drp tindakan undang2, lagi hanya segelintir saja yg tahu.

    Reply
  2. Mas

    Can police reports be made against these pirates? Feel sick to keep reading what they have done yet no action taken by the government. Thank you YB

    Reply
  3. Kunyit Hidup

    Rakyat 1Malaysia hanya ada pilihan diantara Perompak dan Pengkhianat……….samada Kecil, Besar atau ……. Glokal!

    Reply
  4. Mastrabaiduri

    YB, ada satu hadith yang membawa maksud.. apabila ada kemunkaran hendaklah cuba memberhentikannya dengan menggunakan tangan (maknanya kuasa), kalau tak mampu gunakan mulut dan kalau tak mampu dengan hati – dan itu selemah-lemah iman. Apa yang sedang berlaku di MAS yang sedang dibalun oleh Tony Fernandez, Kamaruddin Meranun, Azman Mokhtar dan Danny Rashdan dan kuncu2 mereka adalah kemunkaran – peni…an. YB telah menggunakan mulut… syabas. Mana dia pihak berkuasa? Apakah tindakan mereka? Sekiranya tidak ada apa2 tidakan, maka mereka yang ada kuasa subahat atau bersekongkol dengan orang yang berbuat kemunkaran.

    Reply
  5. Anonymous

    Dear YB,

    Thank you very much for keeping this issue alive
    As I see it, the rest of the Opposition seem to be sleeping on this issue.
    Are they on sleeping pills as well?

    Reply
  6. Musnah Harapan

    Tahniah, YB.
    We must teach these perompak and perampok some lessons.
    Dont play play with people’s power, BODOHHH.

    Reply
  7. The Pumkiner

    If approval from DCA is required, then why is Azhari still there?

    These kind of people will not play by the rule. They will cling on their job without shame or remorse. Practically begging for their arses to be kicked at.

    Nope, they will not leave before achieving their mission to destroy the national carrier and in return enriching their masters.

    Reply
  8. Caonmen in MAS

    Thank you YB for speaking the truth for us. Don’t forget the Nanny Danny scandals of upgrading his maid and baby to the first class cabin. This Nanny Danny must be exposed further. The Pariah and his goons will go all out to protect the Nanny the Danny because he is vital for the share SUAP.

    We hardly see the TRIO moving around MAS. they must be under siege down. These shameless dogs will do anything for their master.

    The “Perompak” must be sent to Sungai Buloh for a long holdiday for what they have done to MAS.

    Reply
  9. Hafiz MAS

    Padan muka kepada puak2 “Perompak”. Skrg diketahui u,um tingkah lagu mereka yang sebenarnya. Share swap ini memang satu “SUAP” untuk puak2 merkea.

    Kuncun Azman Mokhtar, Nanny Danny perlu letak jawatan dengan serta merta. Dia tak layak memengang apa2 jawatan di mana GLCs. Dia sudah menunjukkna kebinatangannya dalam hal share SUAP ini.

    Reply
  10. CON-sultant

    Even though the stupid TRIO tried to blocked the internet access we in MAS are still assessing the net via our own moden and other devices. The stupid TRIO are too brainless to think of such dirty tactics to inconvenience the staff. Their actions have made the staffs to fight them more.

    Lets expose them until they are naked especially Dannny boy and those from AA or indirectly connected to the Pariah. Rozman Omar, Azhari Dhlan, Nor Zalida Ahamd. please do not forget about Ignatious Ong who is sucking up to the Pariah as though the pariah is his father.

    Thank you YB for standing up for us. We will stand up for you too when the time comes.

    Reply
  11. love mas

    Yb …. I have alots of respect for you … Thank you for stand up for mas worker .. Watch tv3 news tonight . Hope everybody in malaysia and the whole world watching it too so everybody know their dirty scam… I will carry your flag in pru … Fyi , most of mas staff know your blog by now ….

    Reply
    1. weechookeong Post author

      Love mas and other readers

      Thank you sdr/sdri. It is my pleasure to do what I can for our national airline/icon. Furthermore, I, as MP, must speak up to tell the Government that all is not well with the share “SUAP” and the CCF. Please don’t mention it.

      Hope the Government will listen to our voices in this Blog. I believe that YAB Datuk Seri Najib has a pair listening ears.

      All your voices have been heard and heard loud and clear.

      Let us not allow the TRIO to intimidate us with all the dirty tactics. We would ensure that justice will prevail in the case of abused of power by Danny.

      Thank you once again.

      Good night.

      With kindest regards

      wee choo keong

      P/s sorry I have been very busy today. Now I am in Wangsa Maju for service. I will try to post Part 2 tonight when I am back home otherwise will definitely do it tomorrow>

      Reply
  12. ConcernMalaysian

    Dear Colleagues,

    MH003/23 April 2012 – A demonstration of collective leadership, discipline, teamwork and genuine concern for our customers & our current situation

    Managing a delay due to weather or technical reasons is one of the most challenging situations to be in, both for those at the front-line facing customers and the many others in support functions. In our current financial situation, any delay has a direct impact on our Group’s bottom line. I am truly grateful to everyone, from ground to air, who tirelessly pulls together in the event of a delay especially a prolonged one.

    With safety always the top priority, it is heart-warming to know that 20,000 men and women in Malaysia Airlines do this almost every day.

    Many of you are our unsung heroes who do this as part of delivering the hallmarks of our signature Malaysia Airlines service tested during a delay. I am not able to place everyone’s name. However, your efforts to execute your daily work to the very best of your ability in such trying conditions are appreciated as options are searched for solutions to minimize customer inconvenience.

    To demonstrate, I am happy to share a recent situation in which our team managed a prolonged delay on MH003 on the London-Kuala Lumpur sector on 23 April 2012. I had earlier received an email from Yuzrizal Mohd Yousuf, our Area Manager based in London, commending the technical and cabin crew who agreed to operate MH003 after a prolonged delay. Originally expected to depart at 1200 hours, the flight departed much later at 1738 hours way beyond the flight crew’s flight time limitation which was at 1530hours and well within the absolute limit. Given this situation of delay, the flight crew would have stepped down normally BUT this did not happen. Instead an extraordinary display of genuine concern for the Company’s financial well-being was placed as a priority.

    We had a passenger load of 301 customers – 3 in First Class, 31 in Business Class and 267 in Economy Class. With the delay, our team had to weigh up various considerations for immediate next actions:

    1. Retiming of the flight would hit into curfew hours where flights are not allowed to land and depart after 2300 hours local time

    2. An overnight’s stay would impact the flight crew’s mandatory rest period

    3. The unavailability of stand-by crew in London would mean having to move flight crew sets earlier than expected

    4. How long would it take to resolve the technical issue on aircraft in a thorough manner?

    In addition, our teams had to look after 301 passengers. They had to think about:

    1. Providing compulsory pay-out compensation of under EU261 per passenger (Note: EU261 denotes the EU law. This involves Denied Boarding, Compensation and passengers with reduced mobility. The amount as compensation may differ as per incident and circumstance)

    2. Sourcing for hotel accommodation was a challenge – hotel rooms were limited

    3. Re-connecting 167 passengers on alternative and onward flights beyond Kuala Lumpur – is a another great challenge

    4. Managing tired and very upset customers as well as keeping them informed of timely updates of the situation.

    As you can see, so much is involved and at stake when a flight is delayed for a prolonged time. It takes leadership, discipline, teamwork and genuine care to manage the situation. I am proud to work amongst a Malaysia Airlines team who show these fine work qualities time and time again.

    In coping with the delay on MH003/London-Kuala Lumpur, I would like to recognize the following teams. If anyone is inadvertently missed out, this is not intentional. Please do have the satisfaction that your effort is acknowledged.

    1. Our Operating Tech Crew: Captains Megat Abd Rahim and Eddy Azmeera Mohamed Azmi and First Officers, Lee Yeow Mein and Navaraj Singh Dhaliwal

    2. Our Operating Cabin Crew: IFS Vimala Raj Sashi Kumar, Chief Steward/s Muhammad Ahmad and Michael Mangharam; Leading Steward/ess Lily Lurusamy, Teo Leh Chu & Sazman Hadi Abdul Halim; Flight Steward/esses Nurmiza Lini Abdullah, Rosnani Abd Kader, Azahari Ahmad, Ahmad Azizzuddin Azman, Faizal Abu Bakar, Nobin Chandra Metto, Jamuna Michan, Alicia Fonseka, Penny Paul Bejie, Hoh Chee Hong, Satvinder Singh and Wan Zurainie Wan Bujang

    3. Our LHR Airport Team on duty: Ibrahim Isahak, Suzette Brainard, Zarqa Mahmood, Ranjit Singh Sandhu; Asmita Rahmam

    4. Our Engineers at LHR who rectified the fault: Azman Kamaruddin and the team from British Airways

    5. Our Reservation team at LONTO: Shamim Griffin and her team

    6. Our operational teams at KUL comprising Engineering & Maintenance, the Call Centre, Operations Control Centre and many, many more.

    Thanks to the swift and speedy work done by all our teams and partners, we avoided incurring a hefty cost of close to Pound Sterling180,000 up front, not forgetting other costs of effort, time and hours to rectify the change in the roster and so on.

    Terima Kasih everyone. Let us continue to focus all our efforts and attention together. Delivering signature and memorable experiences such as this one demonstrates our collective resilience, teamwork and commitment to our customers. Well Done, team!

    Sincerely

    Ahmad Jauhari Yahya
    ————————————————————————————————

    AND HE CALL MAS STAFF UNPRODUCTIVE?!??! WTF?

    Reply
    1. jack1960

      ConcernMalaysian,

      In reality, the CEO is probably relating to an effort to save costs. However, its probably dawned on him, rather late than never …hopefully, that he has mostly good, well trained & experienced assets in his hands. The very assets he has been directed to splice to pieces in the name of “efficiency”!

      Maybe, the entire MH BOD, should go to ground & station themselves in the leading edge operations positions, to see for themselves, what it takes to deliver Malaysian Hospitality! Outsourcing isn’t always the solution for increased efficiency. Leadership with Clear Vision & Commitment, Discipline & Strong Team Spirit …… are the real prerequisites.

      Reply
  13. Pak Belalang

    Damage control lah YB!! Itu dah nak bodek all the “unproductive workforce” lah!! Dei A Jay! Convince our reps first by honouring the CA la. get the low class LCC import and con-sultans OUT first!!! We don’t trust any of them….

    Reply
    1. Anonymous

      Ya la Pak Belalang …handling delays in that manner has always been the way MAS’ “unproductive” people operate all this while. Teamwork like that is SOP – no need for AJ to tell at great length what handling a delay involves that staff already know. Who advises him ? Good of GCEO to show appreciation but he shud make it simple and sincere – no need for flattery..

      Reply
  14. F.S

    AJ you also read this blog then why you so quite not replying to the question
    I remember when there is cargo confrence in KL, TV3 reporter try to get some comment from u but i remember that u ‘run away’ from the reporter
    as an MD of the company i think you have to say something.
    Maybe you scare that what ever u want to say will differ from what TF want.
    or you havent get any approval fm TF to talk to the media.

    Reply
  15. vinnie

    When u happen visiting India, don’t forget Mahatma Gandhi. Why? Because when workers not happy, even post office can closed for 3 months. Rakyat will feel fear flying MAS or AIRASIA from A to B town. Flight MAS KL – LONDON recently proved something is burning inside. Watch NATIONAL GEOGRAPHIC – AIRCRAFT INVESTIGATION everyday then hope one of them not from MALAYSIA.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s