Singaporeans & Africans misused of Social Pass / Student Visa will face fine, imprisonment and/or deportation
Posted on
23 hb November 2011
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-
(a) apakah tindakan positif yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengawal dan membasmi pendatang tanpa izin yang semakin ramai dan apakah mekanisme yang telah diwujudkan untuk memastikan pelajar asing yang memasuki negara ini di bawah Visa Pelajar adalah pelajar sebenar, terutamanya mereka yang berasal dari Negara Afrika seperti Nigeria dan sebagainya; dan
(b) apakah tindakan yang telah diambil untuk menghentikan serta merta warganegara Singapura daripada menyalahguna Permit Sosial dengan tinggal serta bekerja di Malaysia selama bertahun-tahun.
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan.
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan positif yang diambil oleh Kerajaan untuk menangi masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ialah melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Di bawah program ini, pendaftaran biometric akan dilaksanakan terhadap pelawat asing di pintu-pintu masuk negara dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berada di negara ini. Di bawah program ini juga PATI digalakkan untuk pulang ke negara secara bersepadu, serentak dan besar-besaran juga akan dilaksanakan.
Sistem biometrik yang dikenali sebagai National Enforcement Registration System (NERS) digunakan sebagai kaedah penyimpanan rekod warga asing di bawah Proses Pendaftaran telah dimulakan penguatkuasaannya pada 1 Jun 2011. Pengambilan biometrik yang dilakukan berasaskan piawaian antarabangsa akan menghasilkan kerjasama yang lebih berkesan di antara agensi-agensi antarabangsa dan agensi-agensi penguat kuasa dalam negara.
Kemasukan ke dalam negara boleh dikawal kerana sistem NERS juga mengekang penggunaan dokumen perjalanan berdasarkan identiti palsu. Pengambilan dan pengesahan biometrik seseorang warga asing yang telah direkodkan sebelum ini boleh disemak dengan pangkalan data NERS yang berupaya mengesahkan identiti warga asing tersebut.
Tuan Yang Di-Pertua,
Seseorang warga asing yang ingin berada di Malaysia untuk tujuan belajar perlu mendapatkan kebenaran dalam bentuk suatu Pas iaitu Pas Pelajar. Pas ini merupakan kemudahan imigresen yang membenarkan seseorang warga asing itu untuk masuk dan belajar setelah diterima oleh sesebuah institusi pendidikan seperti Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sekolah-sekolah swasta, persendirian dan antarabangsa.
Bagi memastikan hanya pelajar sebenar diberikan kebenaran belajar di negara ini, pelajar tersebut perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan. Pelajar tersebut juga perlu diperakukan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan. Pihak institusi yang menerima pelajar asing tersebut juga bertanggungjawab memantau pelajar-pelajar asing ini supaya kelulusan untuk mengambil pelajar asing tidak ditarik balik.
Di samping itu, beberapa langkah pencegahan dan pemantauan melibatkan agensi-agensi Kerajaan berkaitan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia dilakukan secara bersepadu bagi membendung penyalahgunaan Pas Pelajar. Antaranya ialah dengan melakukan naziran secara berkala ke institusi-institusi pendidikan terbabit bagi menyemak rekod pelajar-pelajar antarabangsa dan melaksanakan aktiviti penguatkuasaan terhadap warga asing bagi mengesan mereka yang melakukan penyalahgunaan pas.
Bagi pelajar-pelajar dari negara-negara Sub-Sahara Afrika yang ditaja oleh Kerajaan atau menggunakan kelayakan akademik negara berkenaan dan ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD di Malaysia, Jabatan Imigresen telah meletakkan syarat bahawa mereka hendaklah mengemukakan Sijil No Objection Certificate (NOC).
(b) Tuan Yang Di-Pertua,
Lazimnya, warganegara Singapura yang kerap berulang-alik masuk ke Malaysia merupakan pelabur dan ahli perniagaan yang ingin menjalankan dan menjaga kepentingan pelaburan dan perniagaan mereka di sini. Sekiranya didapati warganegara Singapura melakukan kesalahan di bawah Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan penyalahgunaan pas dan Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan tinggal lebih masa, mereka akan didenda, disenaraihitamkan, dan dihantar pulang.
Bagi majikan yang didapati bersalah di bawah Seksyen 55 BAkta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan menggaji seseorang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki pas yang sah boleh disabitkan kesalahan dan dihukum kepada denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu Ringgit atau dipenjara bagi tempoh tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap seorang yang diambil bekerja.
Related
6 thoughts on “Singaporeans & Africans misused of Social Pass / Student Visa will face fine, imprisonment and/or deportation”
Terima kasih atas penjelasan yang diberi tetapi pada pendapat saya, warga asing yang datang tanpa izin atau dengan izin sekarang ini nampaknya terlalu ramai. Cuba tuan/paun buat lawatan hujung minggu ke Jalan Silang atau depan gereja St,John dan juga di Bukit Bintang.
Temapt-tempat ini lazimnya pada hujung menjadi tempat tumpuan warga-warga asing. Bila anda berada disitu macam tuan/puan berada dinegara mereka. Takut juga kita nak kesana, takut kalau terjadi pertelingkahan berlaku diantara mereka rakyat kita juga akan terkorban sama.
Memang lah negara kita negara yang berbilang kaum tapi jangan lah sampai identiti Malaysia tu hilang. Kadang-kadang terlintas juga dalam fikiran kita samada kita berada di Malaysia atau Indonesia, Bangladesh, Nepal atau Afrika.
Dah terlalu ramai warga asing ini di Malaysia sampai macam-macam benda jadi sekarang…merompak, rogol, pecah rumah, ragut dll.
Saya setuju dengan anda. Rakyat melaysia sebenarnya dah menyampah dengan sikap pendatang-pendatang asing ni samada yang halal ke atau yang haram. Yang terang-terang haram pun boleh hidup mewah di Negara kita, apatah lagi yang datang secara halal. Kenapa boleh jadi begini? Negara kita ada undang-undang tapi masih gagal mengawal pendatang-pendatang asing.
Tapi jangan marahkan mereka sebabnya kita juga yang benarkan mereka masuk. Samada ikut darat ke, ikut laut ke dan ikut udara. Kalau datang secara haram dan ada penguatkuasaan tak kan lah mereka boleh sampai sebegitu ramai ke Negara kita.
Semua ni mudah aja mereka datang sebab di benarkan masuk samada di benarkan secara halal atau secara haram. Isunya ialah dibenarkan….itu aja!
Seperkara lagi ialah Negara kita sebenarnya amat kaya dengan segala hasil yang tuhan berikan. Kita memang amat bertuah menjadi rakyat Negara Malaysia. Sebab itu ramai pendatang asing datang.. mudah aja kan. Tapi kalau Negara kita miskin jangan harap mereka nak berlumba-lumba nak masuk ke Negara kita…BANTU PUN BELUM TENTU!
Sebab itu kita sepatutnya berbangga menjadi RAKYAT MALAYSIA!!.
Menteri diatas sekadar bercakap sahaja.pada hakikat tidak berbuat apa2 yang menyakinkan rakyat bahawa apa sahaja yang dibebelkan olih menteri diatas benar2 ujud.Ini adalah jawapan yang di ulang ulang setiap kali timbul isu2 baru berkenaan kebanjiran warga asing khususnya yang melibatkan aktiviti jenayah.
Kita kerap menyaksikan aksi2 melampau terutamanya warga dari Afrika yang bersikap besar kepala dengan penduduk2 dikejiranan tempat mereka menyewa.Mabuk dan melakukan aktiviti ridak bermoral bahkan jika cuba ditegur mereka akan memberontak dan mengkasari penduduk setempat.
Saya pernah melihat seorang warga Afrika yang berbadan besar mengganggu seorang isteri rakyat tempatan didepan suami wanita iru sendiri dengan meminta diberikan no tali[on dimana apabila ditegur olih sang suami warga Afrika itu cuba mengkasari suami wanita tersebut.
Kerajaan dilihat cuba untuk mendapatkan kredit diperingkat dunia antarabangsa dengan diakui negara yang amat maju disegi pendidikan akedemik dan mesra alam sejagat dengan menaja pembelajaran warga2 Afrika yang kurang ajar tetapi rakyat sendiri yang hidup merempat tidak mampu untuk belajar dikolej2 swasta yang sesetengah warga Afrika tadi di taja olih kerajaan.
Kolej2 swasta pula mengambil kesempatan dengan mempromosi kursus2 yang mereka ada dan sesetengahnya tidak diiktiraf pun diperingkat antarabangsa dengan mempermudahkan syarat2 kemasukkan ke kolej dan seteusnya melobi jabatan2 kerajaan berkaitan untuk mempermudahkan pengeluaran dokumen2 seperti pas pelajar yang dimaksudkan menteri diatas.
Kerajaan sepatutnya menguatkuasakan undang2 dimana pihak kolej diwajibkan menyediakan asrama untuk pelajar2 ini dan mereka dipertanggungjawapkan untuk memastikan pelajar2 ini tidak melakukan sesuatu yang melanggar syarat2 PAS pelajar yang diberikan..Cara yang diamalkan olih agensi2 pekerjaan asing yang menyediakan asrama dan mengawal pergerakkan pekerja2 kontrak ini wajar diterapkan untuk pelajar2 asing dikolej2 swasta.
Apa yang dinyatakan berkenaan sistem2 canggih olih menteri diatas memanglah ujud tetapi kita mempersoalkan benarkah sistem2 yang ada dilaksanakan sepenuhnya atau berlaku ketirisan diperingkat agensi2 tertentu yang mengenadalikannya
.Kerajaan tidak perlu untuk menjadi popular dikalangan negara2 Afrika dengan membuka pintu negara seluas2nya kepada warga2 asing khasnya warga Afrika yang akhirnya rakyat sendiri mendapat kecelakaan walaupun kerajaan menganggap ia kes terpencil tetapi kerajaan sepatutunya dipertanggungjawapkan disegi perundangan kerana rakyat adalah pembayar cukai yang mewajibkan keselamatan diri mereka dilindungi oilh kerajaan.
Dear YB,
Thank you and congrats to you for bringing this issue in the parliament. However, I believe the enforcement is slightly lacking in terms of foreign workers and/or visitors social pass or student visa. Take a look at massage parlours, karaoke centres etc. There seems to be an influx of China dolls.
Chow Kit Road is infested with Nepalese, Myanmarese, Bangladeshis traders who use local licence. How they got to use them? We need to look into DBKL licensing dept.
Lim Kok Wing University, particularly in Cyberjaya, has African students, more than our locals. There are cases of rape, date rape, drugs abuse among students and disciplinary problems. Lots of cases went unreported.
YB, we need to contain the influx of foreigners, especially from 3rd world countries. Otherwise, Malaysia will be a pariah country soon.
I don’t mind foreigners who come here to do honest business or work. But if they are the ones who cause a lot of problems, we need to do something.
Bila Kita Bercakap mengenai masalah pekerja asing/pendatang asing, seolah-olah sudah tidak ada ruang lagi, jemu yang amat sangat. Kita membiarkan mereka berleluasa, demi apa ini?… Kalau dikatakan demi pembangunan projek, tapi pernahkah kita ketahui syarikat-syarikat yang menggunakan tenaga mereka menghantar pulang setelah kerja-kerja selesai, atau mereka berpindah tangan dari satu syarikat ke satu syarikat tanpa memenuhi dokumentasi di Jabatan tertentu dan akhirnya habis kerja mereka akan jadi penganggur yang menyebabkan puncanya jenayah. Malahan sekarang dari statistik kita dapati mereka telah mahir dengan senjatapi dan melakukan rompakan. Boleh dikatakan di mana saja ada mereka ini, di situlah selalunya berlaku perkara-perkara yang dibenci masyarakat. Segelintir mereka yang bijak telah memberikan peluang keemasan dengan membuat dokumen palsu dan mengenakan jumlah bayaran yang lumayan.
Akhir-akhir ini kita dengar penglibatan individu yang menawarkan pembelajaran di kolej-kolej swasta. Apakah pembangunan kolej ini sengaja mencari keuntungan, sedangkan ada diantara mereka yang mengaku menuntut di kolej tertentu tetapi bila disuruh menulis nama sendiri ‘ satu huruf pun tak tahu ‘. Sesetengahnya yang didatangkan dari wilayah China dengan visa pelajar, tatapi mereka ramai ditemui di rumah urut dan kelab malam sebagai pegawai khidmat pelanggan. Adakah ini salah satu diploma atau ijazah yang kolej kita keluarkan untuk mereka.
Kita sudah cukup dengan anak bangsa kita yang berbilang kaum di tanah air kita, segala susah senang telah kita rasakan dan kini kita sama-sama membangunkan negara kita sendiri. apa perlu kita import mereka kalau hanya mendatangkan masalah sosial dan ekonomi kita sendiri.
Apakah kita sudah kabur atau hilang arah. Di negara kita juga punya ramai yang ingin berkhidmat. kita tidak kurang gulungan ibu tunggal, PPRT, miskin tegar. mereka semua perlukan wang untuk perbelanjaan. Kalau kita rangka satu dasar contohnya dibawah ‘ e-kasih ‘. beri latihan kepada mereka ini khasnya kepada gulungan wanita, sediakan gaji yang setimpal, penempatan yang baik dan cuti mingguan, rasanya mesti ada sanggup atau mahu menjalankan kerja pembantu rumah. Sarankan tuan rumah melayan mereka dengan baik.
Dirikan pusat jagaan kanak-kanak yang lengkap dengan kemudahan disetiap kawasan perumahan, sediakan penjaga yang dilatih tentang kemahiran serta gaji yang memuaskan Sedangkan bangunan-bangunan lain yang biasa digunakan seminnggu hanya sekali atau untuk mesyuarat tertentu sahaja boleh didirikan, tak bolehkah kita fikirkan bahawa yang ini lagi mustahak dari yang itu.
Bila keadaan sudah gawat, kebanjiran mereka kian bertambah setiap hari demi keuntungan sesetengah pihak, kita tidak akan mendapat jalan yang mudah, mulalah kita membuat berbagai syarat dan mengatur stratigi di samping memujuk mereka keluar meninggalkan negara kita. ‘ Ingat ini mudah ‘ mereka sudah terlalu cinta dengan kesenangan yang didapati, semuanya mudah di sini, tak usahlah kita ceritakan kalau untuk menambah malu, contohnya saja
‘ anak siapa yang selalu dijumpai di tong-tong sampah, dalam tandas, dalam longkang, ada yang lebih baik ditinggalkan di depan pintu-pintu rumah dan mesjid sebagai ‘ anak zakat ‘. Belas melihat anak-anak ini disebabkan kegilaan sosial ibu-ibu mereka, kebanyakan dengan siapa lahirnya bayi-bayi ini. Itulah dengan mereka yang kita import dan hadir tanpa diundang. Banyak lagi yang harus dibincang. tetapi mahukah di antara pemimpin dan mereka yang berhak menangani masalah ini mengambil berat atau sengaja membiarkan perkara ini ‘ memberatkan mereka ‘. sekian terima kasih… jumpa lagi….
Thank you for giving us a space to voice up. Pertaining to this matter, I agree something has to be done. Number of Nigerian is increase tremendously for the past few months. One of the colleges even full with Nigerian. Hardly you can see another nationality.
Now questions is, what have Minister of Higher Education or Immigration do to prevent this situation? I believe whenever the college wanted to apply for a student visa, they must submit the particular to these both parties. They must know which college has the big number of Nigerian student.

Anak Malaysia

Orang Lereh