Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) pada 31 September 2011, berapakah jumlah wang yang telah dibekukan di bawah setiap kategori kesalahan di bawah Anti-Money Laundering Act (AMLA) dan juga pecahan angka bagi setiap kumpulan etnik iaitu etnik India, Melayu, Cina dan lain-lain dan berapakah jumlah wang yang telah dirampas di bawah AMLA untuk kategori-kategori tersebut diatas; dan
(b) selain itu, apakah mekanisme yang telah diwujudkan untuk mendapatkan pembelaan di mahkamah, bagi memastikan denda paling minimum bagi AMLA terhadap agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain seperti pasukan Polis Diraja Malaysia, Imigresen, Kastam dan lain-lain.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, bagi menjawab soalan (a), sejak tahun 2003 hingga 31 September 2011, sebanyak 1,460 akaun dengan wang sejumlah RM164,825,898.08 dan wang tunai sejumlah RM204,819.00 telah dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebanyak 931 akaun dengan wang sejumlah RM104,029,481.98 dan wang tunai sejumlah RM13,009,886.60 telah disita di bawah akta yang sama.
Bagi pecahan mengikut kaum pula, 123 melibatkan kaum Melayu, 219 cina, 28 India dan 13 dari lain-lain kaum.
Tuan Yang Dipertua,
Bagi menjawab soalan (b), penentuan hukuman adalah tertakluk di bawah bidang kuasa oleh pihak mahkamah. Walaubagaimanapun, buat masa ini peruntukan hukuman di dalam akta ini adalah mencukupi bagi mengekang aktiviti pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan.
saya ingin konsultasi apa bisa lansung disini