Perutusan Hari Raya Kpd Khazanah & YB Tan Sri Nor Yacob

Di bawah adalah komen yang telah saya terima dari seorang pembaca blog, Sdr Ahmad Fathi Shah, yang saya hormati dan saya berharap sdr tidak akan membantah sekiranya saya berkongsi komen  sdr sebagai satu artikel di dalam blog saya.

“YB, saya dan ramai rakan-rakan lain bersetuju dan menyokong perjuangan YB untuk memastikan bahawa sebarang deal antara Airasia dan MAS hendaklah memastikan keuntungan kepada Negara dan bukannya kepada syarikat perniagaan individu.

Harap YB dapat membawa isu ini ke Parliment dan membongkar hidden agenda berkepentingan sendiri.

Ramai yang was-was berhubung deal ini, ia lebih banyak memberi faedah intengible kepada Airasia, terutama apabila perjanjian ini menaikkan harga IPO AIrasia X dan memberi keyakinan kepada pelabur asing tentang masa depan airasia X, dan yang lucunya, khazanah kemudia akan membeli share Airasia x, padahal kerana perjanjian dengan MAS yang menyebabkan harga IPO airasia X bernilai tinggi, sepatutnya khazanah diberi discount untuk memiliki share airasia X.

TONY AKAN MEMASTIKAN BAHAWA MAS DAN FIREFLY TIDAK AKAN MENJADI PESAING KEPADA AIRASIA DAN SEKARANG SUDAH JELAS ‘KEBODOHAN” KHAZANAH YANG TIDAK “NAMPAK”..MAS SEKARANG DIMODELKAN SEBAGAI PENERBANGAN PREMIUM DAN BEGITU JUGA FIREFLY YANG MODEL PERNIAGAAN TELAH DITUKAR KEPADA PENERBANGAN PREMIUM SERANTAU. AIRASIA BERJAYA MEMATIKAN PESAINGNYA.

On paper dan ayat yang digunakan memang nampak cantik dan bagus..tetapi nampak macam ada yang meragukan.

1)  Kenapa Nilai pertukaran saham disandarkan berdasarkan nilai spekulasi bukan berdasarkan nilai aset dan hutang kedua-dua syarikat…cuba perhatikan pergerakan saham…semasa perbincangan sedang dijalankan saham Airasia meningkat naik dan dan saham Mas meningkat turun…ini bermakna bahawa ketika penentuan harga saham, saham airasia tinggi dan Mas rendah dan ini menjadi faktor utama kenapa Tune Air mendapat 20.5 peratus dalam MAS dan MAS cuma mendapat 10% dalam Airasia…dan selepas perjanjian itu saham Airasia turun (nilai pegangan khazanah turun tetapi saham MAS naik, nilai pegangan Tune Air Naik…Tony untung)

2)  Air Asia X mengalami persoalan tentang ketentuan dalam operasi masa depan mereka dan menjadi halangan dalam usaha mereka untuk menyenaraikan Air Asia X dan bagi mendapat harga yang baik, Perjanjian ini telah membantu Air Asia X memecahkan kebuntuan ini dengan mencanagkan kepada pelabur luar bahawa mereka mempunyai masa depan yang cerah terutama berjaya mematikan persaingan dari MAS, serta harapan cerah untuk mendapat hak pendaratan.

3) Agak aneh apabila 2 pegawai Eksekutif Airasia , dilantik menduduki jawatankuasa Exco MAS. Adakah khazanah percaya dan yakin bahawa kedua-dua mereka akan membuat keputusan yang lebih menguntungkan MAS dari Airasia apabila perlu membuat sesuatu keputusan kritikal yang melibatkan kedua-dua pihak pernerbangan.Dimana dalam pihak perngurusan dan eksekutif tertinggi Airasia tiada ada seorang pun wakil MAS yang mempunyai kuasa untuk memastikan bahawa keputusan dalam Airasia tidak merugikan atau bersaing dengan MAS.

4)  Dari segi apakah yang MAS dapat manafaat dari AIRASIA, secara umum hampir semua bidang kolibrasi dengan nyata MAS mempunyai kelebihan berbandingan dengan Airasia.

5)  Adakah ini bermakna bahawa firefly tidak akan menjadi penerbangan komuniti tambang murah? Maka Airasia berjaya melenyapkan persaing mereka, dengan cara mengubah konsep syarikat penerbangan firefly dengan menggunakan cadangan datang dari khazanah atau Exco pengurusan MAS.

6)  Apakah perjanjian ini betul betul memberi manafaat kepada MAS atau lebih kepada menjadi tunggangan Tune Air untuk mencapai impian besar mereka.

7)  Sekiranya sekarang ini saya masih boleh berpeluang untuk terbang dengan menggunakan MAS pada harga yang lebih rendah dari Airasia dan mendapat layanan 5 bintang, adakah dengan perjanjian ini maka MAS hanya untuk mereka yang membayar harga premiuem sahaja? Adakah ini bermakna rakyat biasa sukar menaiki syarikat penerbangan negara melainkan membayar harga premium?

8)  Adakah firefly masih dibenarkan menawarkan harga tiket rendah seperti sekarang yang nyata lebih baik dari AIRASIA dan masih memberi khidmat dan layanan yang lebih baik dari AIRASIA.(Snack,minuman,check-in barangan,ketepatan waktu)

9) Adakah perjanjian ini diadakan demi kebaikan MAS atau kerana kecekapan sesetengah pihak yang pandai melobi? 

10) Adakah Wakil Airasia didalam pengurusan MAS boleh berlaku jujur dan ikhlas untuk menguntungkan MAS dengan mengorbankan keuntungan peribadi, Kerana wakil Airasia akan mendapat lebih untung jika keputusan yang dibuat memenangkan AIRASIA, apalah dengan pegangan 20.5% dalam MAS jika dibandingkan dengan pegangan meraka dalam airasia, Ini jelas conflict of interest.

Tony tidak akan bersetuju untuk membernarkan firefly meneruskan konsep yg sedia ada, ini adalah demi kebaikan Airasia bukan untuk kebaikan firefly.

MAS terlalu lebih mantap dari segi jaringan dan networking,cuma MAS tak cekap melobi dan “boost” macam Tony. Even Tony mengaku sebelum ini beliau sibuk meloby..sekarang baru nak buat kerja.

Selamat berjuang YB.”

Terima kasih Sdr atas komen dan pandangan yang amat bernas yang saya amat hargai. Saya jamin akan mengungkitkan “MAS  – AirAsia Share Swap of the century” ini di Dewan Yang Mulia pada sessi Oktober 2011.

Advertisements

25 thoughts on “Perutusan Hari Raya Kpd Khazanah & YB Tan Sri Nor Yacob

  1. RD

    Tak sabar saya tunggu bulan October ini. Saya amat sokong YB dalam memastikan kekayaan negara tidak di bolot untuk seorang individu semata-mata. Kepentingan Negara mesti di dahulukan. Saya juga amat kagum cara YB berpolitik untuk kepentigan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini.
    Hidup BEBAS

    Reply
  2. Perompak Negara

    Amat tepat. Perutusan kpd Tan Sri Nor Yacob, Tan Sri Azman Mokhtar dan Rashdan (the Danny in the Disneyland) sila baca posting ini. Kemudian fikir dengan baik, bukankah ini adalah ceri-ceri Tingkat Empat – sedangkan budak-budak atau golongan bersangkut pauh denganTingkat Empat!

    Batalkan perjanjian dengan AirAsia X Sdn Bhd. AA X adalah syarikat swasta kenapa Khazanah perlu membeli sahamnya. Dan AA X mengalami kerugian RM90 juta. jangan bodoh sangat. Jagalah wang rakyat dengan baik.

    Reply
  3. Anonymous

    Yang Berhormat, with reference to AirAsia/Mas/Khazanah deal, I sincerely thank you for being a true representative of the people. Its been a while since I last noticed an elected parliamentarian who truly uphold his words to ‘serve the peoples interest first’ and to stand firm on his ground to what matters most. Again YB, Thank You!

    Sincerely,
    Razaleigh

    Reply
  4. JASMINE

    9) Adakah perjanjian ini diadakan demi kebaikan MAS atau kerana kecekapan sesetengah pihak yang pandai melobi?

    I think the question had its answer at 2nd part. MAS, from those days always in kerugian. Added by TR’s … What else? Inefficiency of management. Memang tak pandai berniaga. If one want to be in business, must understand the art of business. Selok belok berniaga. AA X understand that. We don’t have to blame Khazanah or whoever, cermin diri sendiri. Are we competence enough to be in the business.

    Note: minor edition to avoid unnecessary problems.

    Reply
  5. Ibrahim

    Tan Sri Nor dan Azman Mokhtar tak habis-habis lagi kah dengan Tingkat 4? Kedua-dua peminpim ni tak fikir kah dengan kepentingan negara? Kalau nak tolong kawan-kawan dalam AirAsia X, juallah Khazanah kepada mereka.

    Reply
  6. Economist Kampong

    Dear YB

    Saya harap YB dapat cadangkan 2 perkara berikut,

    1. Parlimen tubuhkan sebuah jawatankuasa, seperti PAC, untuk meneliti dan meluluskan semua jualan asset-asset GLC, dan

    2. Pengerusi dan juga MD Khazanah mestilah dilantik dari kalangan AHli Parlimen yang telah di pilih oleh rakyat.

    Orang macam Azman Yahya tidak boleh di harap untuk menjaga harta negara. Dia cuma loyal (taat) kepada PM yang melantiknya.

    Terima kaseh

    Economist kampong

    Reply
  7. Ibrahim

    Thank you En Ahmad. I share the view as you. We are all together, We are just fed up with this stupid share swap done before the our eyes by Nor Yacob, Azman Mokhtar and Rashdan.

    Do they care for our country?

    May I know whether they are real Malaysians?

    No to AirAsia X Sdn Bhd. Now that I have read through the blog, I understand why they need to change its name from Fly Asian Express Sdn BHd to AirAsia X. Just to fool all of us.

    Reply
  8. Jojo

    Mas can make money if behave like Airasia,charge the check in fee,check in begs,x erobridge,collect airport tax frm passenger but delay in pass it to MAB..beg damage if x insurance only paid Rm 10,clx d flight as thy wish whn low passenger,demand for extra route..whn x profit stop d flight to that destination,fly to place can mke money, dont care abt service to nation or CR to plp at area of low demand..flight crew shld reduce benefit, crew take own bus or transport to work,no union,food order 1st so no westage,Mas ceo must busy lobbying n show off,offer media plp n mp free tickets…n most important must buddy buddy with khazanah plp…

    Reply
  9. yuzri

    Padan muka pada Azman Mokhtar dan Nor Yacob. Share swap ini telah membuktikan bahawa mereka berdua tak layak jadi warga negara. share swap ini adalah untuk AirAsia dan AirAsia X bukan MAS.

    Kenapa Fiefly perlu berhentikan perkhidmatan?? Memang jelas untuk menjaga kepentingan AirAsia bukan MAS.

    Letak jawatan aja kalau nak jaga kepentigan puak-puak Tingakt Empat.

    Reply
  10. sd

    I think this is a good case study for Anti Competition Act under MyCC (Malaysia Competition Commission). There is no competition anymore for Air Asia, when Firefly been out business. Let see if those people at MyCC able to do their work without been pressure. MyCC should place the rakyat as first priority. With MAS lower fare gone, where is the competition coming from. They should not approve this share swap deal at first place.

    Reply
  11. anom

    Budak kecil pun boleh nampak apa tujuan budak-budak Tingkat 4 dalam share swap ini. Harapkan pagar, pagar makan padi.

    Reply
  12. anom

    Jojo, you are right. No enough passenger AA cancelled flight then passenger moved on to the next available flight. If still not enough cancelled again.MAS had to fly even if there are only 10 passengers. We cannot compare AA with MAS. So Khazanah Tan Sri Nor Yacob and Tan Sri Azman are pretending to be stupid and go into the deal with Tony under the pretext to save MAS. Actually it was the reverse. Tony got good reporters friends to write good things about AirAsia to fool Malaysians. It was all about Tony’s lobby job and the stupidity of Khazanah or rather pretend to be stupid to help their friends like Kalimullah, Tony and others in AirAsia X.

    Does any one care to ask Tan Sri Azman Mokhtar, Nor Yacob and Danny – How well they know Tony and his business partners? If three of them dare to say no. Please ask them to hold on to the Quran and say NO.

    Reply
  13. Anak Malaysia

    Very fishy indeed! YB – you must do something to stop this! MAS is being raped by Air Asia infront of 28m witnesses!!

    Air Asia is not a very ethical company. Took the customers money (free credit) 6-10 months in advance. Purposely pay late to MAHB (eventho they took airport tax payments from customers 6-10 months in advance). Will cancel flights as and when they like. Refund process took minimum 2 months. Will introduce new charges as & when they like too – the latest one: counter check-in RM10.

    What I’m worried of is after AA is done with MAS, they will “return” MAS back to Khazanah for taxpayers bail out. They did it once with domestic route. What’s to stop them from doing it again?

    20% of MAS = 10% of AA ?? Doesn’t make sense!

    Reply
  14. Anonymous

    YB, I think MAS shouldl= also examine closely the internal excesses and corruption.

    How else can a person afford a bungalow, a Camry, 4 BMWs, a Porsche Cayenne, an RM75K watch and others luxuries on a lowly vice president sungle salary

    Reply
  15. Ah Kong

    I hope that Tan Sri Nor Yacob, Tan Sri Azaman Mokhtar and Mohamed Rashdan will have a very pleasant Selamat Hari Raya for screwing MAS and Khazanah. They should quickly signed up the 10% AirAsia X Sdn Bhd and tell Malaysians again that AirAsia X Sdn Bhd (with losses of RM89 million) is also saving MAS. How stupid can you be?

    Reply
  16. James Tan

    It is so clear that all of them came together to screw MAS. What is the PM doing about it? PM please stop this dirty share swap deal. More importantly the AIrAsia X sdn Bhd 10% deal. This 10% is to give legitimacy to AirAsia X sdn Bhd for listing purposes and also to screw MAS for the destinations.

    Reply
  17. Zarul

    It was an obvious con job with the help of the 4th floor news portal and certain newspapers. Satu lagi projek Tingkat Empat!

    Reply
  18. Killing MAS sofly

    People a little bit more brain would not have gone into a share swap which benefitted Tony and company. AirAsia X is loss making company and Azman is dying to help. Why don’t Azman do another share swap and give Khazanah away. This will be more helpful and kill MAS faster. I am looking forward to this deal by Azman.

    Reply
  19. School children

    Dato seri Najib….don’t let it be another ECM libra deal..or stupid idiot decision to sell Agusta at 1 euro…this all ideas come the smart advisor of Pak Lah…Dato Seri…change MD of khazanah….enough…enough….do they think falter stupid by giving sugar coated reason…airasia own 20.5 in MAS and Tony appointed to be in exco committee to set direction for MAS and firefly…school children also know that Tony will make sure MAS direction will not create or eliminate competition with airasia…will Tony have teloq to let firefly continue giving low price fare….all decision will make sure benefit MOST airasia..because Tony have more interest in airasia…n committed to the success of airasia…this basic thing just need simple thinking….unless lar in khazanah got offer to fly free use airasia…jet call Tony…free ticket….who knows…

    Reply
  20. TONTO

    Dear YB,

    There is a great discovery in town.

    Tony F is so very very cunning, he can sell fridge to Eskimos, Disneyland to Walt Disney, Virgins to Richard Branson, the latest one, MAS to Khazanah and soon Malaysia to Malaysians.

    Well done, 1 Malaysia.

    Reply
  21. Anonymous

    Dear YB, i have much respect for you in highlighting all these matters over the years. Keep up the good work.

    Wish to add some comments on the matter.

    I believe when Idris Jala was brought into MAS, he & his team (including MAS) had prepared quite a comprehensive plan to turnaround the airlines. of which straddles over a couple of years. When he left Tengku Azmil was tasked to takeover his position, & naturally continued with the turnaround plan. However with the current economic state & oil price uncertainties, MAS suffered over the last few quarters (other airlines are also not doing well, if you can confirm this).

    When the recent corporate exercise was announced, we didn’t really see or was clearly informed / explained of the way forward or the exact ‘Turnaround Plan 2.0′(?) although one of the main reason was that MAS was not performing over the last 2 quarters? How come? Hope that this is not the case where you Bina first & then Fikir later(??), mind the pun.

    If there is a plan, how much creativity would the plan be & how much does it differ than the ones that were put in action since Idris Jala’s tenure? The new Turnaround Plan 2.0 should be very much better & much more creative to justify the recent corporate exercise.

    Reply
  22. Otak Kosong

    Tan Sri Nor and Azman beli 10% saham AirAsia X Sdn Bhd mana cukup? Kalau nak bantu kawan-kawan beli 49%. Kalau jual khazanah kepada Tony lagi best. Yang best sekali jual negara!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s