Ribuan Terima Kasih Kepada Rapid KL untuk T 205

Atas permintaan penduduk-penduduk Taman Setapak dan kawasan-kawasan di sekitarnya untuk perkhidmatan bas di kawasan tersebut. Pejabat Perkhidmatan Ahli Palimen Wangsa Maju bagi pihak penduduk-penduduk memohon kepada Rapid KL untuk memulakan perkhidmatan bas di kawasan tersebut.

Lanjutan daripada ini beberapa perbincangan dengan pihak Rapid KL telah diadakan dan tinjauan percubaan telah juga dilakukan.

Dengan ini saya bagi pihak penduduk-penduiduk di Wangsa Maju khasnya di kawasan sekitar Taman Setapak dan lain-lain tempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Rapid KL khasnya, Tuan Zakariya Kassim, Pegawai Perancang Operasi Rapid KL, kerana dengan usaha beliau Rapid KL telah bersetuju untuk memulakan perhidmatan bas bernombor T 205 Setapak Garden pada 8hb Ogos 2011 yang mana jauh lebih banyak daripada apa yang saya pohon.

Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang diluluskan:

1.  Pengguna-pengguna di Taman Setapak boleh pergi ke Danau Kota, Pasaraya Festival Mall, Jalan Genting Kelang JPJ, UTAR, LRT Taman Melati, dan Melati Utama;

2.  laluan-lauan: Stesen LRT Tman Melati. Melati-Pers. Pertahanan-JlnTmn. Melati 1/5 Jln Tmn. 8/5, Jln Tmn Melati 2, Jln Tmn Melati 1,  Jln Melati Utama 2, MRR2, Jln Melati 1, Jln Tumbuhan, Jln Genting Kelang, Jln Tmn Ibu Kota, Jln Ibu Kota, Jln Ibu Kota Kanan, Jln Meranti, Jln Rasak, Jln Cenggal, Jln Keruin, Jln Jerejak, Jln Cenggal, Jln Langkawi, Jln Tmn Ibu Kota, Jln Genting Kelang, Jln Tumbuhan, Stesen LRT Melati;

3. Perkhidmatan tersebut dengan kekuatan bas sebanyak 3 buah bas.

4. Jarak laluan sejauh 12.8 Km; dan

5. Kekerapan bas adalah di antara 20-25 Minit.

Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Rapid KL khasnya, Tuan Zakariya Kassim atas usaha tersebut. Akhir sekali saya percaya jika tanpa usaha keras beliau perkhidmatan bas ini tidak dapat direalisasikan.

Wee Choo Keong

Advertisements

6 thoughts on “Ribuan Terima Kasih Kepada Rapid KL untuk T 205

  1. Setapak Garden Resident

    Thank you for helping us to get the bus service. We appreciated your good works. Take care YB.

    Reply
  2. sandra

    Thank you for the good job done on the bus services. Could you please follow up with the Police on the last discussion we had with them sometime back about the cctv and the police log book mail box within a few houses each. The Police had agreed but am not sure whether it has been done.

    Reply
    1. weechookeong Post author

      Sandra,

      Thank you for your comments.

      Will check with regards to the CCTV matter. Hope that all is well with the new bus service.

      Have a nice day.

      Regards

      wee choo keong

      Reply
  3. Yaacob

    Sdri Sandra

    Merujuk kepada pertanyaan Sdri, pihak kami telah menulis surat kepada pihak polis, IPD Sentul bagi mendapatkan maklum balas diatas perkara-perkara yang telah dibincangkan bersama-sama penduduk semasa majlis dialog bersama polis dan Ahli Parlimen Wangsa Maju pada 6.7.2010.

    Kami berharap pihak polis boleh menjelaskan tindakan yang telah diambil terhadap beberapa perkara termasuk pemasangan CCTV dan Buku Log Polis bagi mengawal aktiviti-aktiviti jenayah di Wangsa Maju khususnya di Tmn Ibu Kota.

    Pihak kami akan cuba mendapatkan jawapan dari pihak polis dan akan memaklumkan kepada Sdri apabila ada maklum balas terbaru yang kami terima.

    Terima kasih.

    Yaacob Abd Hamid
    Pembantu kepada
    YB Wee Choo Keong

    Reply
  4. Anonymous

    Dear Yaakob

    Tempatnya khusus adalah di Taman Setapak, Jalan Langkawi dan bukan Tamn Ibu Kota

    BUt Thanks for the follow up.

    Sandra

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s