Teks Ucap Perbahasan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2011

Teks Ucapan semasa berbahas Ruang Undang-Undang mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama untuk tahun 2011 di Parlimen pada 20 Jun 2011.

Timbalan Yang di-Pertua [Donald Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Wangsa Maju.

4.41 ptg

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk membahaskan mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2011, terlibat B.6 – Jabatan Perdana Menteri, B.22 – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, B.24 – Kementerian Pengangkutan, B.32 – Kementerian Wilayah Perseketuan dan Kesejahteraan Bandar, B.47 – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Dalan Negeri dengan sekali gus.

Tuan yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua,

saya menyokong dengan sepenuhnya tentang apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong, di mana kita berhujah di sini yang pentingnya apakah tindakan yang diambil oleh kementerian, nampaknya tidak apa. Pandangan saya dan apa yang diketahui umum mengenai sikap dan tingkah laku pegawai-pegawai kerajaan adalah Ahli-ahli Yang Berhormat tidak sepatutnya menyokong perbelanjaan ini, kerana pegawai atasan sampai yang di bawah tidak menjalankan tugas mereka dengan baik atau melaksanakan dasar Kerajaan Pusat dengan baik demi kepentingan rakyat. Dasar-dasar seperti ‘Rakyat Didahulukan’, Pencapaian Diutamakan’ dan ‘1Malaysia’, ini adalah dikatakan bahawa dasar ini berhenti pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sahaja tidak sampai ke bawah.

Dasar-dasar tersebut adalah memang bai, jika dilaksanakan dengan baik saya rasa ini membaikkan keadaan dalam negara kita, negara kita lebih makmur. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, ia tidak sampai ke bawah sama ada Menteri-menteri dan juga khasnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahu atau tidak, saya rasa mereka tahu dan Menteri-menteri tahu tetapi apakah tindakan yang diambil? Masalahnya sekarang adalah ketiga-tiga dasar tersebut tidak dilaksanakan dengan baik oleh kebanyakan pegawai kerajaan. Ramai pegawai-pegawai kerajaan boleh digelar sebagai Little Napoleon, mereka telah pun prinsip asasnya apa, nasi yang mereka makan daripada siapa? Daripada rakyat dan bukannya daripada kerajaan kerana wang kerajaan dari mana? Daripada cukai yang dikutip daripada rakyat, so mestilah rakyat didahulukan. Akan tetapi Little Napoleon ini telah mabuk dengan kuasa-kuasa yang diberikan oleh siapa? Oleh rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya beberapa kali telah membangkitkan perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini, nampaknya tidak berkesan. Seperti Ahli Yang Berhormat Batang Sadong katakana tadi, it fall on deaf ears kerana sikap “tidak apa” pegawai kerajaan masih berterusan, sikap tidak apa! Ini telah menjadi satu epidemik, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti siap mengambil perhatian, mengambil tindakan dengan segera untuk memastikan civil servant ini, perkhidmatan awam dan pegawai-pegawai ini melaksanakan dasar kerajaan yang ketiga-tiga, dasar kerajaan ini to the letter, bukannya suka dan sewenang – wenangnya mereka suka mereka turut, tidak suka mereka tidak turut.

Saya ingin memberikan contoh-contoh mengenai sikap-sikap kenapa saya tidak boleh bersetuju dengan apa-perbelanjaan pengurusan tambahan kepada kerajaan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan dengan Parlimen, soalan saya PR-1242-L45066 yang berbunyi berikut:

“Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah keseluruhan hutang kepada syarikat swasta di bawah arahan pegawai kementerian iaitu Encik Reezal Merican tanpa kuasa dan atau tanpa mengikut prosedur antara tahun 2003 hingga 2009. berapakah jumlah hutang tersebut yang telah dibayar oleh kementerian; apakah tindakan akan diambil mengenai baki jumlah hutang tersebut, lebih kurang RM3 juta; dan apakah tindakan telah diambil terhadap pegawai yang tersebut iaitu Reezal Merican kerana mengarahkan perbelanjaan tanpa kuasa dan atau tidak mengikut prosedur yang sedia ada.”

Tuan Yang di-Pertua ,

Soalan ini ditolak oleh Parlimen atas alasan apa, sesuatu pernyataan itu tidak boleh mengandungi apa hujah, sangkaan fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati ataupun – Tuan Yang di-Pertua, saya berani bercakap di sini dengan berterus terang bahawa butir-butir di dalam soalan ini adalah benar, Yang Berhormat Menteri di sini saya rasa juga mengetahui bahawa butir-butir ini benar. Perbelanjaan itu bukannya RM2 atau RM3 juta tetapi sekurang-kurangnya RM5 juta sehingga RM6 juta yang diarahkan oleh seorang pegawai sahaja tanpa kuasa, kebenaran dan tanpa prosedur, menurut apa-apa prosedur. Kalau kita meluluskan wang sebanyak yang diminta di sini kemungkinan ada banyak Little Napoleon begini, yang membelanjakan wang rakyat.

Saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berada disini dan pegawai-pegawai pun banyak, sila berikan jawapan walaupun ditolak oleh Parlimen. Oleh sebab ada pegawai-pegawai tertentu hendak menjaga juga puak-puaknya. Di manakah di dalam soalan ini menyindir? Saya mencabar Menteri yang menjaga Parlimen menyatakan di dalam Parlimen bahawa butir-butir yang saya nyatakan di dalam soalan saya adalah tidak betul, menyindir dan fitnah. Saya rasa dia tidak berani kerana butir-butir di dalam soalan saya ini adalah benar.

Kalaulah kerajaan hendak meminta wang daripada Parlimen, kita seharusnya memberhentikan perbelanjaan yang sedemikian, perbelanjaan peribadi ataupun untuk unsur politik pihak tertentu. Tingkat empat atau tingkat lima kah, untuk politik tingkat empat, so saya harap sila ambil tindakan. Memberikan penjelasan di sini bahawa berapakah jumlah yang dibelanjakan oleh Encik Reezal Merican tanpa kebenaran atau prosedur yang sedia ada dan berapakah kementerian telah bayar perbelanjaan tersebut kepada syarikat swasta? Sila berikan senarai nama penuh syarikat swasta tersebut, angka-angka hutang dan untuk tujuan apakah perbelanjaan ini? Yang terakhir untuk soalan ini adalah tindakan akan diambil terhadap Little Napoleon Reezal Merican ini kerana meluluskan perbelanjaan tanpa kuasa dan tidak megikut prosedur yang sedia ada.

1650

Saya rasa dalam pentadbiran kerajaan mesti ada standing order, untuk ambil tindakan supaya pegawai lain tahu dan mereka tidak berani meneruskan dengan perbelanjaan sedemikian. Saya amat hairan mengapa Kementerian Kewangan ada Little Napoleon ini. Saya telah bangkit beberapa kali terhadap Hasbi Satar di bawah Kementerian Kewangan juga. Ini pun amat bermaharajalela semasa mereka bertugas sebagai setiausaha politik kepada Yang Berhormat bekas Menteri Kewangan II, bukan Yang Berhormat sekarang, tetapi Yang Berhormat Bukit Gelugor, Hasbi Satar pernah ditahan dengan wang tunai berjuta-juta ringgit, SPRM sudah dapat. Beliau ada banyak kondo mewah di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur. Di rumahnya ada 47 peti besi, apa beliau dituduh? Dituduh di bawah Anti-Money Laundering Act (AMLA). Makna Anti-Money Laundering Act ini untuk wang yang telah dipakai ataupun telah ‘dicuci’ atau ‘laundering’.

Kemungkinan pegawai SPRM yang tuduh ini tidak faham money laundering itu apa, dituduh dengan Anti-Money Laundering Act. Wang tunai itu untuk apa? Wang tunai itulah mesti dengan kondo mewah sebab di bawah akta SPRM ini ada satu seksyen di mana SPRM boleh tuduh “a person living beyond his means”, dengan izin.

Mengapa tidak gunakan seksyen itu? Kalaulah yang lain susah. Memanglah dengan bosnya bekas Yang Berhormat Menteri Kewangan II itu memang tidak berani ambil tindakan. Kalaulah pegawainya boleh ada wang sebanyak itu dan kondo-kondo tersebut, saya tidak tahulah kepalanya bagaimana, saya rasa lebih banyak. Juga saya harap SPRM boleh buat siasatan terhadap Little Napoleon ini juga iaitu Reezal Merican, juga dalam bahagian yang sama, Kementerian Kewangan semasa itu. Buat satu siasatan, saya rasa kita boleh dapat juga sebab puak-puak ini memang champion pada masa itu.

Saya percaya Little Napoleon sebagai Reezal Merican ini adalah dikatakan abang adik dengan Hasbin Satar ini. Semasa beliau bertugas di “Tingkat Empat”, beliau adalah amat berkuasa dan sebab itulah syarikat swasta yang Kementerian Kewangan sekarang hutang ini perlu mematuhi kehendak-kehendak beliau pada masa itu.

So, saya harap kita boleh berhentikan masa itu tetapi mereka boleh buat segala-galanya dengan imuniti. So, saya harap jawap soalan ini dan jangan kata, “Oh, sindir sini sindir situ” sebab saya tahu soalan saya adalah benar. Parlimen tidak payah menolong pegawai kerajaan sebab kita Ahli Parlimen ada hak hendak bertanya. Jikalau tidak benar, jawab sahaja tidak benar. Mengapa hendak tolak soalan itu? Jikalau hendak dikatakan fitnah, di mana fitnah? Sebelum siasatan pegawai-pegawai Parlimen telah buat keputusan ini adalah fitnah dan ini adalah tohmahan. Ini Parlimen, ini bukan kedai kopi ataupun pejabat dalam kementerian di mana pegawai ada hak untuk hendak tolak soalan Ahli Parlimen dengan sewenang-wenangnya.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya beralih kepada Kementerian Wilayah Perseketuan dan Kesejahteraan Bandar. Tadi Kementerian Kewangan, tetapi Little Napoleon ini dalam DBKL lebih ramai. Ada lebih kurang pegawainya dahulu 12 ribu orang dan sekarang sudah dikurangkan oleh Datuk Bandar sekarang kepada 10 ribu orang. Seramai 10 ribu orang ini pun saya rasa terlampau ramai oleh sebab mereka masih tidak boleh menjalankan kerja dengan baik. Mungkin mereka perlu lagi ramai, 40 ribu atau 100 ribu orang baru boleh.

Masalah itu bukan angka pekerja. Masalah itu oleh sebab sikap mereka, “tidak apa” mereka tidak peduli apakah dasar kerajaan seperti dasar Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, 1Malaysia, mereka tidak peduli. Mereka hendak buat ikut suka dan hati mereka sendiri. Saya ingin memberi satu contoh yang amat jelas di Jalan Danau Kota di Wangsa Maju, developer telah bangunkan satu bangunan tetapi frontagenya lebih tinggi daripada jalan. Tinggi frontagenya lebih kurang 10 kaki daripada jalan besar itu.

DBKL bolek beri kelulusan dan membuat jalan untuk menaikkan dan meninggikan jalan itu untuk sebahagian jalan sahaja, kemungkinan lebih kurang 100 kakikah. Untuk sebelah daripada JPJ sebelah kiri itu sahaja, 10 kaki tinggi, sebelah situ 10 kaki rendah dan sebahagian jalan sahaja. Ini menimbulkan tentang keselamatan jalan raya. Bayangkanlah suatu hari ada orang bawa kereta terlampau lajukah atau apa, terus hentam pagar itu dan terus jatuh ke seberang jalan, bukankah nyawa akan terkorban? Bagaimanakah DBKL boleh beri kelulusan itu dan membenarkan pembinaan sedemikian? Apa yang saya tahu biasanya developer mesti mematuhi kehendak-kehendak ataupun syarat-syarat, undang-undang DBKL. Ini DBKL pula perlu mematuhi kehendak developer dan bina pula jalan tinggi-tinggi supaya jalan itu bersama dengan frontage bangunan itu. Siasat jabatan yang memberi kelulusan itu, SPRM masuk dan kesemua pegawai tinggi yang beri itu gerenti boleh dapat di bawah “living beyond their means”. SPRM sudah masuk dalam kastam, bagus kita bersetuju. Saya rasa lebih tepat masuk dalam DBKL. Di situ saya rasa lebih teruk.Lihat, pembangunan di Kuala Lumpur tidak teratur.

Di Mont Kiara banyak kondominium. Di Wangsa Maju banyah kondominium naik dan carpark atau tempat letak kereta tidak mencukupi, kesesakan jalan, pengangkutan awam ada masalah, tidak ada bus service. Tidak mengambil kira infrastruktur. Kadang-kadang tidak cukup air, longkang kecil tetapi diberi juga kelulusan. Mereka diberi kerana apa? Saya tahu kerana banyak pembayaran ‘tanpa resit’. Jika saya kata rasuah, Yang Berhormat akan marah saya. Bayaran ‘tanpa resit’ sahajalah kita gunakan. Kalau tidak bagaimanakah banyak kelulusan diberikan begitu sahaja sedangkan kita sudah ada peraturan sama di Singapura. Akan tetapi, di Singapura mereka ada pembangunan yang teratur menurut dasar dan peraturan.

1700

Oleh sebab apa? Oleh kerana penguatkuasaan dilaksanakan dengan baik dan juga kebenaran dilaksanakan di bawah polisi dan regulasi yang sedia ada. Di Danau Kota atau Uptown (Pasar Malam), mana ada pasar malam dekat dengan rumah kediaman dijalankan daripada jam 8 malam sampai 4 pagi tiap-tiap malam sampai penduduk sudah marah. Perkara ini telah ada sebelum saya menjadi Ahli Parlimen. Kalau saya dijadikan Ahli Parlimen, masalah ini tidak akan jadi.

Selepas itu, 580 penduduk di sana sudah menandatangani satu petisyen kepada Datuk Bandar, bukan kita menentang atau membantah mereka berniaga mencari rezeki, kita tidak, saya menyokong sesiapa yang hendak mencari rezeki. Akan tetapi semasa mencari rezeki janganlah ganggu kacau penduduk-penduduk di sana. Ini ada pasar malam di sana lebih kurang, just a stone throw way, amat dekat rumah kediaman. Penduduk di sana sudah marah dan Datuk Bandar setuju bahawa pasar malam ini dipindah. Sudah satu tahun keputusan itu dibuat dalam perjumpaan mesyuarat antara Datuk Bandar dengan Ahli Parlimen. Saya telah membangkitkan di sisi juga kalau tidak salah Yang Berhormat Menteri Wilayah pun bersetuju.

Kini tidak ada tindakan dan tidak ada gerakan untuk berpindah, cuma satu alasan sahaja iaitu belum dapat tempat baru. Tidak akan 10 ribu orang pekerja di DBKL tidak boleh mencari tempat. Warga kota sudah marah, penduduk yang tinggal disana, para penaja di Danau Kota ini adalah dari luar kawasan, adalah dari luar kawasan, ada Cambodia, ada group yang lain seperti Indonesia. Bukankah kerajaan perlu jaga penduduk serta pengundi di sana. Satu lagi saya berharap DBKL boleh ambil tindakan, kalau belum cari atau mendapat tempat, sila ambil tindakan dengan segera supaya kurangkan hari perniagaan mereka daripada tujuh hari ke tiga hari dahulu supaya dapat mengurangkan gangguan kepada penduduk-penduduk.

Satu lagi isu iaitu mengenai dengan masa bekerja kontraktor di Wilayah Perseketuan, ini sudah ditetapkan oleh Datuk Bandar. Ada satu undang-undang iaitu kerja pembinaan boleh dijalankan dari jam 8 pagi sampai jam 6 petang tetapi sekarang ada yang kerja sampai 8.30 malam 10.30 malam mereka dapat kebenaran. Bila kita Tanya Datuk Bandar, tidak ada. Jadi bagaimana, kenapa terjadi keadaan demikian? Oleh sebab apa, permit yang diberi adalah dengan bayaran tanpa resit. Kalau tidak bagaimana, di mana orang balik daripada rumah hendak relax, hendak tidur tidak boleh sebab ada pembinaan masih dijalankan sampai pukul 8 malam tetapi sehingga 10.30 malam dan 12 malam. Di Bnagunan Bank Rakyat, Brickfields, kawasan Lembah Pantai di sana, sampai 10.30 malam diberi kelulusan.

Kenapa begini, baru-baru ini, KP Property di Diamond Square, berpuluh-puluh kali penduduk membuat laporan di kepada ISPA, DBKL dan saya sendiri buat laporan. Pembantu saya pun ada buat laporan, kepada ISPA semua ada rekod, panggil menteri check, ada rekod semua.Dua tiga malam, baru-baru ini kerja sampai pukul 10 malam, kita buat laporan pukul 8 malam mengenai dengan kerja luar masa, DBKL Flying Squard sampai di tempat kejadian pukul 11 malam, tiga jam. Inikah rakyat didahulukan, inikah pencapaian diutamakan? Malulah, ini slogan sudah… Alamak saya hendak cakap nanti kata terlampau pula. Jadi, contoh yang sebegini bagaimana pula?

Di Kuala Lumpur, permanent structure untuk gerai dibina. Banyak gerai ada struktur tetapsedangkan kita ada dasar, kita ada regulation, undang-undang, iaitu tidak membenarkan struktur tetap tetapi tidak ada tindakan, lebih banyak. Di Wangsa Maju, di kawasan Danau Kota, kita telah buat aduan tulis surat rasmi kepada DBKL. Struktur tetap di tepi jalan menimbulkan ganggu kacau, apa tindakan? Penguat kuasa kata, mereka tidak tahu, jadi kita maklum, hantar gambar dan naik blog. Bila mereka tahu, mereka keluar notis, 20 April tindakan akan diambil tetapi sampai sekarang tidaka ada tindakan diambil lagi. Apa alasan apabila kita telefon, mereka kata beri peluang untuk mereka yang terlibat meroboh. Takkan April 20 sampai sekarang bulan Jun, sudah dua bulan tidak ada tindakan diambil, tidak boleh roboh lagi.

Kita hendak jadikan Kuala Lumpur ini satu world class city, bagaimana hendak jadi world class city kalau kita ada keadaan begini. Sini ada struktur tetap, situ ada gerai tetap. Bukan kita bantah untuk mereka mencari rezeki, kita perlu teratur sedikit, turutlah peraturan serta dasar yang sedia ada. Kenapa mereka tidak turut? Ini adalah kerana Little Napoleon inilah yang sentiasa menerima bayaran dan memberi permit tanpa resit, pembayaran tanpa resit, inilah masalah. Masalah mereka adalah apa, masalah mereka ialah ‘tidak apa’. Berani saya berkata di sini dengan terus terang, kalau kerajaan tidak mengambil tindakan dengan segera untuk menukar sikap mereka ini, sata rasa rakyat di Kuala Lumpur akan lebih benci kepada Kerajaan Pusat oleh kerana mereka tiap-tiap hari perlu berdepan dengan pegawai DBKL. Jadi, mereka ini akan benci, bila mereka benci, mereka akan maki, caci, maki hamun kerajaan. Jadi, saya berharap Kerajaan Pusat sila ambil tindakan dengan segera. Masalah ini timbul kerana pegawai-pegawai di DBKL ini tidak boleh di transfer dan tidak boleh di tukar keluar, mereka ini adalah dalam closed system. Akan tetapi kalau jabatan kerajaan lain boleh di transfer, DBKL ini tidak boleh kerana Local Government Act.

Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah keluarkan satu program iaitu Fertilization Program untuk mereka ditransfer keluar kepada jabatan kerajaan yang lain supaya mereka dapat lebih pengalaman tetapi mereka tidak setuju keluar, jadi kerajaan tidak boleh apa. Kalaulah kita boleh tetapkan hak mereka di bawah Local Government Act atau Akta Kerajaan Tempatan, Parlimen bersama boleh tukar itu, pindakan akta itu supaya mereka boleh di transfer keluar…

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Keluar di mana?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Di mana-mana pun atau kalau boleh buang kerja kalau mereka tidak kerja dengan baik dan tidak melaksanakan dasar kerajaan. Jadi, saya harap kita pindakan Local Government Act supaya mereka sama dengan pegawai yang lain, supaya mereka boleh menyedari diri bahawa mereka perlu bekerja untuk rakyat, bukan bekerja untuk mereka ataupun kontraktor-kontraktor tersebut. Saya berharap kerajaan boleh ambil tindakan dengan segera dan saya juga berharap SPRM berhati-hati mengambil tindakan. Kita boleh masuk dalam DBKL, jaga tender board DBKL dan sebagainya.

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Saya telah bangkit di sini mengenai dengan Astro beberapa kali di mana Astro ini adalah satu monopoli. Sudah diketahui umum bahawa Astro ini adalah monopoli. Jadi, soalan saya amat simple, sama ada kementerian berhasrat memecahkan monopoli ini untuk kepentingan rakyat kerana apa-apa monopoli juga tidak boleh diterima.

1710

Tengoklah Telco sekarang. Kita ada banyak syarikat Telco. Apa berlaku? Itu caj turun, ada special offer sini, promotion sini oleh kerana mereka hendak menarik itu pelanggan. Astro tidak peduli. Astro ini juga saya hendak menyatakan di sini adalah satu syarikat asing bukan syarikat tempatan. Kenapakah mereka diberi hak istimewa di mana mereka boleh kawal semua program disini? Ini adalah penting kita kena jaga kepentingan rakyat. Tengoklah angka pelanggannya – 1.7 million orang Melayu, 600,000 orang Tionghua, 300,000 orang India dan 220 orang lain-lain. Kalaulah kerajaan tidak berhasrat untuk membantu 1.7 juta orang Melayu ini tidak apa, bantulah orang Tionghua dan orang India. So, ambil tindakan dengan segera. Kedua,

Telco kita tengok banyak itu, tower Telcoyang dinaikkan di rata-rata tempat. Saya dapat satu aduan daripada Sekolah the British International School…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun]

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Di Changkat Bukit Utama, Bandar Utama.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ya, silakan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Boleh gostan sedikit.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]:

Silakan Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, ada pengaduan sampai kepada saya. Orang yang melihat TV, TV1, TV2, TV3 gambarkan tidak terang, ada gangguan. Akan tetapi, kalau dipasang Astro baru gambarnya jadi terang. Apakah ini ada sabatoj secara halus di mana penonton TV yang tidak berbayar yang free terpaksa yang free terpaksa hendak melanggan Astro supaya gambar TV1, TV2 dan TV3 jadi terang. Saya tidak tahu, saya tidak hendak tuduhlah. Akan tetapi, dahulu belum ada apa-apa teranglah. Kementerian Penerangan kita buat kerja baik sebenarnya tetapi ini masalahnya. Jadi mahu tidak mahu you kena juga melanggan Astro benar tidak benar sya tidak tahu. Ini saya diberi pengaduan.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Memang saya ada dapat aduan sedemikian. Apakah tindakan diambil yang perlu yang pentingnya kementerian kena ambil tindakan mengenai perkara ini. Janganlah kata tidak tahu dan iklan-iklan yang dijalankan dikeluarkan dalam Astro ini kementerian kata ada 10 minit sahaja. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah mekanisme yang digunakan untuk menentukan Astro tayang 10 minit sahaja? Saya rasa tidak ada. Semuanya dapat terima sahaja daripada Astro. Jangan begitu. Ambil tindakan. Bila hujan tidak ada service.. .

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd, Yusoff [Balik Pulau]: Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tidak apa perkhidmatan dan caj?

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd, Yusoff [Balik Pulau]: Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Nanti, nanti. Caj itu bagaimana? Tidak dibayar balik itu yang penting. Kalaulah kita bayar lewat, kena potong. Apabila kita hendak sambung, kena bayar. So, semua caj sebab itulah Astro baru boleh untung RM700 juta yang bersih and directornya dapat gaji dia berapa expenses, berapa perbelanjaan dia? Director fees RM2 juta setahun. Kenapa, kenapa apa? Kenapa dianggapkan orang Malaysia ini bodoh. Memang cak bo liau, setuju. So, say harap kementerian ambil tindakan ini.

Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd, Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Masa singkat Yang Berhormat minta maaf Mengenai dengan itu British International School.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh mula gulung Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Gulung, sedikit lagi, Mengenai dengan tower Telco ini di British School di Satu Changkat Bukit Utama, Bandar Utama di mana Telco itu dibangunkan dekat sekolah murid kecil sahaja. Ini adalah satu kajian daripada Wrold Health Organization di mana mereka memnyatakan Telco Tower ini  akan menjejaskan kesihatan anak-anak murid khasnya yang umur daripada 10 tahun sehingga 20 tahun. Apa tindakan diambil? Di Wangsa Maju juga ada Telco Tower.   Kita ada bangkit di sini  dan menulis surat barulah kementerian ambil tindakan. So, sekarang  kita tidak boleh ada Telco berdekat rumah kediaman, di tepi sekolah oleh kerana Telco Tower akan menjejaskan kesihatan rakyat.

Ada satu lagi yang terakhir mengenai  Petronas dengan Ombak Simfoni Sdn. Bhd. Tadi saya sudah cakap Ombak Simfoni Sdn Bhd. diberikan perpetual agreement sama dengan MAS, cateringnya diberi perpetual agreement. Walaupun ada kontrak yang sedemikian, kementerian mesti arahkan Petronas dan juga Khazanah untuk MAS. Pecahkan kontrak itu kerana tidak adil untuk kerajaan. Akhirnya tidak adil kepada rakyat. MAS, April ini saya dapat maklumat di mana satu stewardess ditampar oleh satu orang daripada Middle East. So, dua-dua orang asing dan stewardess pun di off loaded Middle East.  orang Saudi Arabia itu juga di off loaded. Okey, itu bagus.

Stewardess buat laporan polis. Tiada tindakan diambil oleh MAS. Tiada tindakan diambil oleh polis tetapi yang paling mustahilnya adalah keesokannya itu orang asing yang memukul m stewardess kita ini diupgraded daripada ekonomi kepada business class. Apa itu management MAS ini? Sudah kelam kabut, saya malu! Kalaulah perkara ini berlaku kepada Singapore Airlines, British Airways guarantee orang asing tersebut  kena masuk lokap, kena jel dan tidak dibenarkan naik karpal. Akan tetapi, MAS management ini boleh upgrade lagi. Polis tidak ambil tindakan walaupun laporan polis telah dibuat. MAS tidak ambil tindakan.

Sila ambil perhatian dan kita perlu dapat satu jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri terhadap polis dan Kementerian Kewangan Khazanah kenapa MAS boleh upgrade dalam keadaan demikian? Tidak banned orang asing tersebut.  Kita mesti jaga pekerja kita. Kementerian Pengangkutan. Wah! Sentiasa kita tengok AirAsia. Wah! Dia kata AirAsia ini tidak diberi layanan yang baik dengan kementerian. Saya cakap disini. AirAsia beri 32 destinasi. Daripada 32 destinasi ini mereka tidak jalankan mereka cuma ada 16 destinasi sahaja mereka jalan, yang 16 lagi tidak. Sekarang mereka batal tiga destinasi. Semuanya baru 13 destinasi.

Sekarang mereka mahu lagi South Africa, ini apa? Mereka Cuma hendak jalan destinasi yang untung sahaja tetapi MAS mesti pergi ke destinasi walaupun tidak untung, MAS perlu dijalankan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Ini adilkah?  Ini perli berhentikan. Jangan beri destinasi baru lagi kepada Air Asia. Kalau AirAsia tidak jalankan destinasi yang diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan, jangan berikan semua destinasi yang baru lagi dan tarik balik destinasi yang 16 ini kerana AirAsia tidak perlu! Kita hendak mereka jalankan destinasi itu supaya boleh menarikkan pelancong, tetapi tidak. Mereka Cuma hendak dapat untung sahaja bukan untuk kepentingan Negara ini. Itulah saya harap kita boleh dapat penjelasan, kementerian boleh jelaskan perkara-perkara yang saya bangkit di sini. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

1720

Advertisements

10 thoughts on “Teks Ucap Perbahasan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2011

  1. Anoymous

    Padan muka Reezal Merican. Kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap oerkara ini. SPRM perlu menyiasat juga.

    Reply
  2. John Lim

    As far as DBKL is concerned, I cannot agree more. The DBKL officers have given a bad name to the government. I hope that Datuk Bandar and Raja Nong Chik will take note otherwise it is doom day for the government as far as Wilayah is concerned.

    KL residents are just fed up with their attitude and allowing contractors to work till late at night which disturb the neighbourhood.

    YB you speaking for the people not only in Wangsa Maju but KL as a whole.

    Thank you for your constructive speech.

    Reply
  3. Freddy Tan

    DBKL is a can of worms. Working for themselves and not the people that is why we are having so many problems in KL. If they were doing their job properly then all will be ok. Too many Little Napoleon in DBKL.

    I hope that the government will take notice of this speech and take drastic action so that KL will be a better place for all.

    Thank you for speaking up for the the people in KL.

    Reply
  4. peng

    I have read in the Utusan on 22 June that every stall in Pasar Larut Malam Danau Kota has been charged Rm300 rental per month. This is day light robbery. How can DBKL allow the organiser of the Pasar Malam to make money. This is clear that DBKL allow touting in this Pasar Larut.

    I would have thought that it is the DBKL policy that all hawker stalls licence is personal in nature and cannot be rented out. But what is the DBKL doing about this?

    YB please bring this up in Parliament.

    Reply
  5. Zainal

    I regret that the DBKL officers are behaving like this. Of course, I have had the experiences of their tidak apa attitude. The government must take what have been raised in Parliament seriously or to face the anger of the voters during the coming elections.

    Reezal Merican was the super powerful officer in the Ministry of Finance when Pak Lah was in power. It didn’t surprise me of the abused of power. What I would like to see is what actions to be taken against him.

    Reply
  6. nazri

    Reezal must pay for the millions worth of unauthorised transactions. He may be super powerful in Pal Lah administration with SIL.

    Now its pay back time. SPRM should ask him to declare his assets.

    Reply
  7. Azman

    Thank you for speaking up for us. The government should seriously look into DBKL before it is too late, The public is fed up with their attitude. I now how frustrating it is to deal with DBKl officers.

    Reply
  8. TabungUji

    Dear YB Wee,

    Are you going to wait until Tabung Haji suffered massive losses due to the abuse of power by the CEO and his cronies or start taking action?

    KUALA LUMPUR, Jun 21: PAS vice president and Pokok Sena member of parliament Mahfuz Omar has cast suspicion in the purchase of the 38-storey Platinum Park by Tabung Haji from TTDI Development, saying there was a conflict of interest.

    Speaking in parliament yesterday, Mahfuz pointed out that TTDI’s director Johan Ariffin (right) also sits as director for Tabung Haji’s two other subsidiaries Tabung Haji Properties Sdn Bhd and Tabung Haji Technology Sdn Bhd.

    Mahfuz said some RM466 million was exchanged in the sale of the building in 2009, at the rate of RM1,298 per square foot. The property boasts a total space of 360 thousand square feet.

    Mahfuz said Tabung Haji, which acts as a fund for Malaysians wishing to perform the Hajj in future, could have asked its two subsidiaries to carry out the construction of the building themselves.

    “Why did Tabung Haji not give the contract to develop the building to its two children companies?

    “If technical expertise was an issue, then why not Tabung Haji passed the project to Tabung Haji Properties which is constructing the Wakaf tower in Jalan Perak, Kuala Lumpur and in the middle of completing other projects such as the USJ Subang police station?” he asked.

    Mahfuz (left) pointed out that Tabung Haji Technology had experience in dealing with similar projects.

    On the rate of RM1,298 per square foot, he questioned whether any independent third party valuer had been consulted.

    Saying the bulk of Tabung Haji’s fund was from the Muslim community, Mahfuz called on the government to clear the doubts.

    “We do not want the people’s money in Tabung Haji to be abused,” he added.

    Reply
  9. iban perez

    Orang dbkl sendiri kata tempat ia lubok ikan bg ramai kakitangannya yg mencuri ayam.rata2 stafnya nt BN.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s