Questions Time: 06 April 2011 Mins of Information, Communication & Culture: ASTRO no monopoly

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

[ WANGSA MAJU ]

TARIKH : 6 APRIL 2011

SOALAN :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan memandangkan bahawa Astro adalah anak syarikat kepada sebuah syarikat asing dan telah mengaut untung bersih sebanyak RM689 juta bagi tahun 2010 daripada 2.911 juta langganan (yang merangkumi langganan 1.7 juta dari kaum Melayu, 670,000 dari kaum Cina, 319,000 dari kaum India dan 222,000 dari kaum lain-lain).

a) adakah Kementerian bercadang untuk mengawal dan mengurangkan yuran bulanan yang terlalu tinggi dari Astro dan

b) adakah Kementerian bercadang untuk meluluskan peraturan baru untuk menyekat monopoli ke atas program-program popular seperti National Geographic, ESPN, Discovery, BBC, CNN dan lain-lain oleh ASTRO supaya program-program tersebut boleh dibuka untuk saluran TV prabayar lain serta menggalakkan persaingan.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) memandang berat isu yang dibangkitkan dan sentiasa memantau dan mengawalselia serta membuat kajian tahap persaingan di sektor penyiaran serta memastikan bahawa kadar yuran langganan bagi perkhidmatan yang disediakan berdasarkan kos penyediaan perkhidmatan.

Pada masa ini caj langganan minima perkhidmatan Astro berada di tahap kompetitif berbanding negara-negara serantau iaitu RM37.95 bagi pakej asis merangkumi 33 saluran pelbagai bahasa dan genre. Pakej asas ini pada asalnya ditawarkan dengan harga RM49.95 pada tahun 2004 dengan bilangan saluran yang kurang daripada pakej sekarang. Pihak Astro juga bercadang untuk memastikan sebarang saluran-saluran baru yang bakal dilancarkan tidak akan meningkatkan harga bagi langganan pakej asas ini iaitu RM37.95.

Mengenai monopoli kandungan saluran-saluran popular oleh Astro, pihak SKMM telah membuat tinjauan mengenai isu ini, selain telah mengadakan perbincangan dengan para penyiar dan pengedar atau penjual kandungan (content rights holder) dari luar Negara seperti HBO, Disney dan Discovery.

SKMM mendapati pemerolehan kandungan dan hak penyiaran adalah amat kompetitif dan bagi kandungan premium dari luar Negara ianya adalah mengikut syarat serta terma yang ditetapkan oleh pemilik kandungan tersebut dan juga harga yang ditawarkan oleh stesen penyiaran. Pihak penyiar bebas untuk berunding dengan pihak terbabit untuk mendapatkan hak penyiaran dan ianya tidak dimonopoli oleh mana-mana pihak termasuklah Astro.

Menurut tinjauan SKMM, walaupun Astro ada meminta beberapa penjual kandungan untuk melalukan, customization terhadap saluran-saluran tertentu, pihak penyiar lain masih boleh membeli saluran-saluran lain dan juga kandungan yang turut dibekalkan oleh penjual kandungan terbabit. Dalam hal ini, pihak SKMM akan terus memantau industri ini dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak sekiranya terdapat amalan-amalan anti-persaingan.

 

 

Advertisements

4 thoughts on “Questions Time: 06 April 2011 Mins of Information, Communication & Culture: ASTRO no monopoly

  1. zur

    Forgive me to be out of topic a bit.
    Now, I follow your opinion and contribution with interest though the media. Before, I was held back to give you any moral support as your inclination was towards the so-called controversial leader that was linked to the infamous activity recently.
    Two years ago I used to post comments but were given negative receipt on your blog. Now, thanks to God, that you have seen the light and not easily being swayed by the sweet utterances of that personality. I am happy you have come to the realisation point and in a better platform to commit yourself to your tasks.

    Reply
  2. eo_aris@yahoo.com

    Tuan. Boleh kah tuan cadangkan supaya astro beyond disediakan percuma kerana rasionalnya penyedia perkhidmatan perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan bukannya mengurangkan tetapi kemudiannya dichas jika mahukan perkhidmatan yang lebih baik itu (Beyond). Tidak cukupkah keuntungan yang telah diperolehi dari kesusahan orang ramai itu? Di manakah slogan rakyat didahulukan? Seperkara lagi kenapa Astro diberikan hak untuk memonopoli siaran tv untuk perlawanan bolasepak tempatan malah radio pun tidak boleh menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak sedangkan peminat bolasepak tempatan adalah ramai dan ramai juga yang menyokong BN tetapi tidak melanggan siaran Astro dan juga tidak semua berpeluang ke stadium untuk menontonnya disebabkan oleh faktor kewangan ataupun masa dan jarak. Mohon pertimbangkan cadangan ini.

    Aris

    Reply
  3. Apai

    Tuan. Menambah persoalan dalam hal ini, saya bersetuju dengan Senator Datuk Najeeb minggu lalu yang mempersoalkan kekerapan iklan didalam program-program di Astro sedangkan kami terpaksa membayar yuran bulanan untuk menonton. Kini rancangan di Astro terutamanya dalam saluran terbitan tempatan seperti Ria, Warna, Citra sering diganggu iklan. ia tak ubah seperti saluran TV terrestrial. Seperkara lagi, pihak berkuasa sebelum ini telah mewarwarkan tentang penayangan drama atau filem tahyul. Seringkali TV percuma seperti TV3 dituding menyiarkan rancangan seumpama dengan kerap. Tetapi akhir2 ini, saya dapati ASTRO menayangkan drama atau filem genre berkenaan dengan kekerapan yang melampau. Baik terbitan tempatan mahupun dari Indonesia, hampir setiap hari ia ditayangkan. Malah, promonya disiarkan hampir semasa setiap ruangan iklan.

    Harap dapat diutarakan.

    Apai

    Reply
    1. weechookeong Post author

      Apai

      Terima kasih atas komen tuan.

      Saya akan follow up perkara di Parliamen pada sesi June.

      Yang ikhlas

      wee choo keong

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s