Questions Time: 21 March 2011 Minimum passing mark for all subjects in PMR & SPM

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

( WANGSA MAJU )

TARIKH : 21 MAC 2011

SOALAN :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Pelajaran menyatakan sebab-sebab berkenaan keputusan peperiksaan PMR tahun lepas di mana 33,000 penuntut telah mencapai 8 gred A dan begitu juga dengan keputusan peperiksaan SPM di mana beribu-ribu lagi penuntut telah mendapat gred “A” dalam semua mata pelajaran maka apakah hitungan markah minima untuk lulus setiap mata pelajaran PMR dan SPM serta hitungan markah untuk mencapai gred “A” dalam setiap mata pelajaran PMR dan SPM.JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Peningkatan keputusan pencapaian yang memberangsangkan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah selari dengan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah yang semakin berkesan serta berkualiti. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan peruntukan yang besar dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan termasuklah kualiti guru-guru dan kemudahan-kemudahan sokongan pendidikan yang lain. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan ini dapat diterjemahkan dengan keputusan pencapaian murid yang meningkat dari setahun ke setahun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, markah lulus bagi setiap mata pelajaran adalah berbeza antara satu mata pelajaran dengan lain kerana setiap mata pelajaran mempunyai markah penuh yang berbeza. Walau bagaimanapun, markah sempadan bagi semua peperiksaan adalah sulit seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-Peraturan (Penilaian dan Peperiksaan). Bagi memastikan pentaksiran yang dijalankan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi (valid and reliable), KPM melalui Lembaga Peperiksaan sentiasa mematuhi teori-teori terkemuka yang relevan berkaitan pengukuran dan penilaian.

Di samping itu, Lembaga Peperiksaan turut melaksanakan penjaminan kualiti, penyamarataan, penandaarasan dan pengiktirafan terutamanya dengan badan-badan pentaksir terkemuka daripada luar negara seperti dari Cambridge International Examination (CIE), London Chambers of Commerce and Industry (LCCI), New Zealand Qualifications Authority (NZQA) dan Australian Education for Educational Research (ACER).

Note:

It would appear from the above answers that the Ministry of Education was too embarrassed to give the structures of the grading system in the PMR and SPM. It was a simple question and yet the Ministry of Education was struggling so hard to avoid answering the question directly with facts and figures.  It is hoped that the Ministry of Education will look into the grading systems for the SPM and PMR in the future. Whatever it is, the standard of education in our country must always be of paramount important. I am sure that Malaysians do not want to see that our qualifications are no good overseas.

Advertisements

2 thoughts on “Questions Time: 21 March 2011 Minimum passing mark for all subjects in PMR & SPM

  1. Donamos

    (…markah sempadan bagi semua peperiksaan adalah sulit seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996…)

    Why on earth should the passing mark for an examination be an official secret unless there is something to hide here. Talk about being transparent!

    Reply
  2. Nik Aizai Nik Him

    The passing mark should be announce to public.. If not people will keep on questioning.. Problems occurs when all the best students produced by us is not as excellent as before in quality even though their qualifications is better,,

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s