Questions Time: 15 March 2011 Light sentence on white collar crimes

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

( WANGSA MAJU )

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 15.03.2011

Tuan Wee Choo Keong ( Wangsa Maju ) minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan memandangkan trend-trend masa kini di mana mahkamah telah mengenakan denda yang tidak setimpal terhadap kes-kes melibatkan manipulasi pasaran saham, pengumuman kenyataan yang tidak benar / palsu oleh pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, sama ada Kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang sekuriti yang sedia ada dengan mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap jenayah kolar putih ini.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, kes-kes yang melibatkan manipulasi pasaran saham dan pengumuman kenyataan palsu oleh pengarah dan pegawai syarikat tersenarai merupakan jenayah serius yang boleh menjejaskan keyakinan pelabur serta integriti pasaran saham. Oleh sebab itu, Suruhanjaya Sekuriti telah mengambil beberapa langkah untuk memperkukuhkan tadbir urus korporat (corporate governance) di Malaysia. Dalam hal ini, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 memperuntukkan hukuman-hukuman tertentu bersabit dengan salah laku pasaran. Bagi kes manipulasi pasaran saham, hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak kurang daripada RM1 juta atau kedua-duanya. Bagi kesalahan mengemukakan maklumat palsu, hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM3 juta dikenakan kepada pesalah.

 

2. Mahkamah juga turut mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah-pesalah kesalahan sekuriti. Sebagai contoh, Mahkamah Rayuan baru-baru ini telah bersetuju dengan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Seksyen yang mengenakan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM1 juta ke atas seorang bekas remisier atas kesalahan memberikan maklumat palsu kepada pelanggannya berkenaan dengan pembelian saham.

 

3. Mahkamah Tinggi pada 11 Januari 2011 pula, telah menambah hukuman denda sebanyak RM300,00 dengan mengenakan hukuman penjara selama 6 bulan ke atas dua orang pengarah syarikat tersenarai kerana memberikan maklumat mengelirukan kepada Bursa Malaysia. Maklumat mengelirukan ini terkandung di dalam pernyataan kewangan syarikat tersebut. Sementara Mahkamah Seksyen pada 7 Januari 2011 mengenakan hukuman penjara 2 tahun dan denda RM3 juta ke atas seorang individu atas kesalahan manipulasi pasaran. Seorang lagi dikenakan hukuman penjara 3 bulan dan denda RM2 juta atas kesalahan yang sama.

 

4. Di samping hukuman-hukuman tersebut, pihak Kerajaan sentiasa berusaha membuat semakan undang-undang sedia ada bagi memastikan undang-undang sekuriti sentiasa relevan dan sejajar dengan pembangunan pasaran modal negara. Ini termasuklah semakan terhadap peruntukan penguatkuasaan undang-undang sekuriti.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s