KEBAKARAN DI KG BANDAR DALAM, WANGSA MAJU

Dari kiri: Cikgu Ishak Surin, Tuan Hj Buyong Manap & En Abd Rahim bin Abdullah (mangsa)

Hari ini saya telah pergi melawat 3 buah keluarga yang terlibat dengan kebakaran di kg Bandar Dalam bermula lebih kurang jam 11 malam tadi dimana kebakaran tersebut dikatakan berpunca dari bilik salah sebuah rumah yang terlibat.

Saya amat bersyukur kerana dalam kebakaran tidak melibatkan kehilangan nyawa ataupun mendatangkan kecederaan yang serius kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Kesemua mangsa yang terlibat kini menumpang sementara di rumah saudara mara yang berdekatan.

Mereka yang terlibat ialah:  Puan  Azizah Bte Mohd Nor, En Abd Rahim B Abdullah dan Puan Siti Hawa Bte Abdullah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu keluarga-keluarga tersebut disaat mereka di timpa musibah bergitu juga dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang saya dimaklumkan telah datang memberikan bantuan segera kepada keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya, Cikgu Ishak Surin, yang telah dan sedang berusaha memberikan lain-lain bantuan kepada mangsa dan keluarga-keluarga.

Saya akan berusaha memberikan mana-mana bantuan yang boleh supaya dapat mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh ketiga-tiga mangsa dan keluarganya. Terutama saya akan memohon DBKL dengan secepat mungkin memberi rumah ppr untuk mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s