HEBAT! KIBARAN HEBAT JALUR GEMILANG DI STADIUM BUNG KARNO

Apa lagi yang mampu diucapkan oleh kita rakyat yang cintakan tanah air ini, apabila kita melihat anak-anak muda kita bermati-matian mempertahankan jalur gemilang dari terus dihina oleh perasaan dendam kesumat penyokong pasukan  Negara tetangga hanya semata-mata ingin melihat pasukan mereka terus  menjadi juara di Stadium Bung Karno.

Terharu kita melihat jiwa bersih anak muda bernama Shafee Sali sambil berlari mencium lambang kecil di dadanya memberi isyarat penuh bermakna kepada kita yang menyaksikan betapa dia juga mengerti betapa  bangganya menjadi rakyat di bumi  Malaysia tercinta ini.

Malam semalam seluruh rakyat telah menzahirkan kecintaan mereka terhadap Negara tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik dengan memberikan seluruh sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pasukan muda Negara dalam siri pertandingan bolasepak piala Suzuki AFF. Seluruh Negara tetap yakin bahawa anak-anak muda Negara akan mampu mengharungi provokasi liar dari penyokong-penyokong fanatik Indonesia yang sememangnya telah kita ketahui.

Belum pernah dalam sejarah sukan kita melihat pasukan Negara kita terpaksa menaiki kereta kebal tentera untuk memasuki Stadium perlawanan tetapi itulah yang terpaksa dihadapi oleh pasukan bolasepak Negara. Kalau bukan kekuatan semangat kenegaraan yang hebat didada mereka,  sudah pasti pasukan Negara akan ditenggelami oleh jeritan dendam penyokong Indonesia.

Ternyata pasukan kita mampu menutup mulut penyokong Indonesia tanpa perlu membalas provokasi jalanan mereka yang begitu berminat diikuti oleh sesetengah pihak di negara kita yang akhirnya tidak membawa apa-apa makna kepada mereka malah mereka terpaksa menelan bulat-bulat kata-kata nista yang dihamburkan kepada pasukan Negara.

TAHNIAH DAN TAHNIAH sekali lagi kepada pasukan muda Negara!

TAHNIAH juga kepada YAB Perdana Menteri kerana tanpa ragu-ragu mengistiharkan hari ini sebagai cuti umum diatas semangat juang 1 Malaysia yang ditunjukan oleh pemain dan rakyat Malaysia.

1 Malaysia terbukti menzahirkan kejituan semangat kenegaraan. Kalungan tahniah juga kepada seluruh pasukan dan pegawai-pegawai pasukan yang berjuang dengan “perasaan” di dada selama 90 minit menanti saat manis kemenangan untuk dihadiahkan kepada Negara tercinta. SYABAS ANAK MUDA NEGARA, PEMIMPIN ESOK NEGARA!!!

SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.  HAPPY AND PROSPEROUS 2011 TO ALL MALAYSIANS.

Advertisements

6 thoughts on “HEBAT! KIBARAN HEBAT JALUR GEMILANG DI STADIUM BUNG KARNO

  1. Anom

    Thank you Shafee and the whole Malaysian team not forgetting the coach for making us proud to be Malaysians.

    Wednesday night was the night that I saw all Malaysians were united as one to support our football team. A true 1Malaysia spirit.

    Unfortunately, Selangor government is showing that it is opposing 1Malaysia. Opposing, opposing that is the way of life for Ronnie Liu, Elizabeth Wong and gang. So petty.

    Reply
  2. Rakyat Biasa

    Tahniah kepada semua pasukan muda bolasepak, kalian memberi impak yang besar kepada rakyat, ternyata ia dpt memujudkan perasaan kecintaandan kesatriaan pd negara, rasa syukur mendiami negara ini dengan kepelbagaian kaum yang saling menghormati satu sama lain, alakah indah hidup di Malaysia kiranya semangat ini dapat diterjemahkan dalam hubungan sesama kaum di Malaysia. Tahniah juga pd YB. yg membuat komentar yg ringkas tetapi penuh bermakna.., inilah yg ingin dimahukan oleh rakyat Malaysia yg perlu diperjuangan oleh semua pemimpin tanpa mengira kepentingan sempit sesuatu kaum… TERIMA KASIH YB!…

    Reply
  3. Ronnie Lion Dance with Pakcik Makcik

    The Selangor Go­­vernment’s controversial move to ban billboards that feature the 1Malaysia logo will
    remain on hold until it is reviewed in the coming executive council meeting.
    Asked to comment on Lim’s call for the ban to be reviewed, Liu said: “What he (Lim) meant was,
    we are not afraid of the speculation and will give the ban a review, while putting it on hold”.
    Liu also pointed out that reports that said the there was a freeze on the ban was incorrect.
    “If you say the state has frozen its decision on the ban, it would mean that it is all right to
    put up billboards with the 1Malaysia logo. That is not the case,” he said.

    http://www.starproperty.my/PropertyScene/TheStarOnlineHighlightBox/9261/0/0

    ha ha hebatlah ronnie liu , why dont he wait until next exco meeting , barulah lion dance ,
    still not yet late as CNY still have 1 month .

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/30/focus/7696271&sec=focus

    RM50bil is a huge amount to be spent on a single MRT project that will benefit only those living in the
    Klang Valley. Granted, the traffic congestion is bad and the project may benefit many.
    But in these hard times when the economy is just recovering, is it wise to spend such a huge sum of money on a single project?

    Maybe using part of the funds to upgrade the current system would be more cost effective e.g.
    adding more trains, increasing the frequency, ensuring all trains arrive on time, etc.

    Furthermore, the fact that a new system is being put in place means the current system is
    inadequate despite only being slightly more than 10 years old.

    So would the MRT be well-equipped to solve the problem once and for all for say, the next 20
    to 30 years once it is completed? RM50bil seems a huge bet to make.

    JW,
    Kuala Terengganu.

    ——————

    ha ha it is funny http://limlipeng.blogspot.com/2010/10/mps-mega-tower-wont-improve-quality-of.html
    The five MPs are Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Loon (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), Dr Tan Seng Giaw (Kepong) and
    Lim Lip Eng (Segambut) , protest government proposal to build a RM5 billion 100-storey commercial building .

    …. said that the RM5 billion expenditure targeted for the tower may be better spent upgrading city transport and public services.
    Why dont 5 MP talk better LRT / monorail rate ?

    This is DAP pariah lion dance standard . When want to build 100 storey tower , they say better for public transport .
    Then Govt want to build MRT , they say this money better for other things . ya lah keep this money in Putrajaya for pakatan Rubbish to siphon it .

    If you read http://tonypua.blogspot.com/2010/10/budget-2011-sabah-sarawak-marginalised.html

    lagi NO standard when Tony Pua say ” In contrast, projects which are specifically for Sabah and Sarawak
    amounted to a meagre RM9.55 billion only or only 8.0% of the total value of these projects cited in the latest budget. ”
    We think Topy Pua are not happy as the MRT project not masuk his pocket

    Ha ha we told pakcik-makcik , MP Petaling Jaya Utara seat is kat Sarawak , but they dont believe it ? So how ?

    Reply
  4. maae

    Sepatut nya ini lah semangat yang mesti di benam kebal dalam generasi baru masa-masa akan datang.Generasi berwibawa dan berhemah.Generasi yang mengenali, bersatuhati dan bekerjasama.

    Bukan semangat pecah,belah,perintah atau apa-apa pun. Perpaduan ummah untuk masa depan yang lebih terjamin dan menyeronokkan dalam apa jua bidang.

    Ok YB start your clean mission! Siapa lagi yang mesti menjadi JUARA? Bukan kah anak-anak kita?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s