Skip to content
Menu
Wee Choo Keong
  • Home
  • Discussion
  • Parliament
  • About Me
  • Complaints for DBKL
  • Festive Wishes
Wee Choo Keong

“Masyarakat madani telah diliwat!”

Posted on December 22, 2010

Hansard : 16 Disember 2010 [Khamis]

Dewan Rakyat

Tuan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Wangsa Maju. Boleh dalam limit minit?

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Mungking tiga, empat minit, kalau tidak dikacau. Sekarang ini orang memang tak kacau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya Nampak Tuan Yang di-Pertua amat sabar dalam keadaan tadi. Di dalam Dewan ini menunjukkan bahawa kita ini sama di Taiwan cuma kita belum lempar kerusi sahaja sebabnya kerusi tidak boleh dibawa untuk dibuang.

Kalau saya nampak daripada pengalaman saya semasa mediang Tan Sri Zahir dalam keadaan begini, gerenti sudah kena gantumg enam bulan sekurang-kurangnya kalau tidak setahun. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua masih amat sabar. Mereka mengambil kesempatan lagi memainkan peranan mereka. Saya amat bersedih hati. Ini kerana saya boleh menggambarkan apa yang berlaku dahulu terhadap seorang pemimpin menggunakan banyak perkara. Ada masyarakat madani, macam-macam ya, dan saya pernah dengar dalam ceramah DAP di Federal Hotel pada masa itu tahun 1987 kalau saya tidak salah. Saya berada di sana, saya ada dengar, Ahli Bukit Gelugor sekarang bawa naik kertas di atas pentas mengatakan apa? “I have evidence of the Deputy Prime Minister involved in sodomy.”, dengan izin. Beliau bercakap sendiri. Saya berada di sana dan bukan itu sahaja, banyak lagi. Beliau mengutarakan perkataan dalam ceramh, “Islam over my dead body”, apa itu? Kita tidak boleh mengatakan agama, atau Christianity, over my dead body ….

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Penjelasan. Maaf saya, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Wangsa Maju mempunyai banyak pengalaman dalam Parlimen dulu, kemudian keluar balik dan masuk balik dan pengalaman bersama mereka ini? Adakah Yang Berhormat Wangsa Maju setuju bahawa tanggapan ramai sekarang, ini adalah senjata terakhir kepada mereka, iaitu mereka ingin menggambarkan kepada rakyat bahawa, Dewan yang mulia ini disorder, dengan izin, malahan Perlembagaan kita juga diurus dengan disorder. Adakah itu senjata terakhir pembangkang, Pengalaman Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang. Memang benar, ini adalah senjata terakhir kerana mereka sudah bankrap, desperado, menggunakan tindakan ini. Kalau benar kita duduk di sini, berbahas, memberikan pandangan semua, tetapi tidak. Saya juga ada dengar dalam itu banyak mesyuarat mereka. Satu key statement adalah apa? Cakap tak serupa bikin dan double standard. Oleh sebab itu saya tidak boleh tahan, sebab itulah saya berhijrah keluar dari kumpulan tertentu. [Tepuk]

Ini kerana mereka tidak menurut fitrah rakyat dan fitrah adalah apa? Fitrah rakyat adalah sama yang sebenarnya, cakap serupa bikin. Contoh kita sendiri, kepimpinan melalui teladan. Teladan mereka adalah apa? Sila Yang Berhormat Langkawi.

-1230

Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju, saya Nampak pembangkang sekarang ini dahulu dia attack Polis, selepas itu dia attack kehakiman. Sekarang ini dia attack Tuan Yang di-Pertua. Adakah trend ini akan terus berterusan. What’s next? Apakah lanjutan selepas ini? Saya haraplah perkara ini diambil maklum oleh menteri-menterilah. Jangan biarkan dahulu polis, polis kejam dan macam-macam. Kehakiman bias dan UMNO. Sekarang ini Speaker pula. Selepas itu what’s next? We do not know. Terima kasih.

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Mohon laluan Yang Berhormat.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Silakan.

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Okey. Saya mahu minta pandangan yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat agaknya. Adakah tindakan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang dengan semua konco-konconya yang tidak tahu tentang kebenaran ini adalah satu tindakan untuk mempertahankan diri kerana telah takut sangat kerana kebenaran itu sudah semakin menyerlah. Bukan sahaja dengan maklumat-maklumat yang ada yang akan dibentangkan dalam Mahkamah untuk Mahkamah buat keputusan dan sebagainya. Ini termasuklah maklumat-maklumat mengenai WikiLeaks yang sekarang ini bukan sahaja menjadi pemerhatian kepada rakyat Malaysia tetapi kepada dunia tentang kebenaraan yang kita pertahankan terhadap salah laku-salah laku yang telah pun dilakukan ole Ketua Pembangkang ini bersama-sama dengan keseluruhan konco-konconya.

Adakah perasaan takut itu yang menyebabkan mereka bertindak. Kalau saya sebut kurang ajar Speaker marah, yang bertindak luar daripada sopan santun sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih kononnya oleh rakyatnya dari sehingga menyebabkan mereka lupa diri dan menjadikan Parlimen ini sebagai sebuah sarkas. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Wangsa Maju, sebelum jawab saya suka ingatkan selepas Yang Berhormat Wangsa Maju, saya mahu Yang Berhormat Menteri menjawab dan selepas itu ada dua lagi usul daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Kalau boleh kita habiskan pada tepat jam 1.00. Ingat itu Yang Berhormat supaya selesai semua. Sila.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memang saya setuju dengan Ahli Parlimen daripada…

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara] : Tenggara.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : Tenggara, ya. Sorrylah terlupa. Memang saya setuju. Saya nampaknya mereka ini, untuk apa? Untuk memuaskan nafsu mereka mahu menjadi Raja di Putrajaya sahaja at all cost. Oleh sebab itulah kita nampak September 16 dan macam-macam tingkah laku mereka. Kita di sini untuk mempertahankan hak-hak rakyat. Bukan mempertahankan seorang pemimpin yang mahu jadi Raja di Putrajaya sahaja. Lihat skandal pasir di Selangor. Apa yang mereka nyatakan pemimpin-pemimpin PR ini. Tidak ada sepatah perkataan pun. Semua diam diri. Kalau tidak, kalau tuduhan dilemparkan kepada orang lain, di sini kita aka nada Suruhanjaya Diraja untuk siasat dan sebagainya. Bila kena pada mereka, “SELCAT” pun jadi death cat, pussy cat semua, ya. Inilah masalah cakap tidak serupa bikin, double standard.

Datuk Ismail Kasim [Arau] : Laluan, sedikit.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : Nanti Tuan Yang di-Pertua marah pula. Silakan.

Datuk Ismail Kasim [Arau] : Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat daripada Wangsa Maju. Saya ingin bertanya Yang Berhormat apabila Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan satu kenyataan bersama yang dibuat dengan Timbalan Presiden dan juga Ketua Pembangkang selepas sebaik sahaja mereka keluar daripada Dewan yang mulia ini dengan mengatakan bahawa ini merupakan konspirasi yang sengaja dirancang tanpa mengambil kira kesilapan yang dibuat oleh mereka untuk menafikan dan mendapatkan hak dua per tiga di dalam Dewan yang mulia ini. Ini perancangan yang dibuat dengan teliti oleh kerajaan.

Jadi pandangan Yang Berhormat, kesilapan sendiri tidak diperakui malah dilemparkan kepada orang lain seperti mana mereka meletakkan telunjuk kepada Tuan Yang di-Pertua pada setiap kali mereka membahaskan perkara ini. Satu keadaan yang di luar kesantunan yang patut kita amalkan sebagai orang Timur. Pandangan Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : Memang saya amat setuju dengan yang itu. Itulah mereka ini mahu putar belit sahaja. Mahu main politik. Bukannya mahu mempertahankan hak rakyat di sini. Kita lihat, semua isu dipolitikkan. Kita lihat tingkah lakunya apabila mereka menunjuk perasaan di US Embassy menentang Yahudi mengenai Palestin. Selepas itu, orang-orang Yahudi di Amerika telah marah. Dua atau tiga hari kemudian dalam seminggu kalau tidak salah, terus flew terbang ke Amerika untuk melutut di depan Yahudi minta maaf. Itukah kita seorang yang jujur dan ada pendirian yang tegas? Kalau dalam perkara Palestin ini semua rakyat dalam dunia kita tidak boleh terima di mana mereka dihalau keluar daripada tanah air mereka. Mereka sekarang ini minta sedikit tanah sahaja di sana. Mereka ditindas dan budak kecil, perempuan dan orang tua dibunuh. Kenapa kita perlu pergi untuk melutut? Sedangkan inilah pendirian kita sebagai bukannya seorang Muslim sahaja seorang manusia pun kita tidak boleh terima termasuk saya.

Tuan yang di-Pertua, satu masa dahulu, Negara kita ini begitu kagum dengan budaya masyarakat madani yang diilhamkan oleh pemimpin yang dikatakan sebagai pemimpin masa harapan. Masyarakat madani sebagai pemangkin kepada kemajuan Negara juga ini yakini mampu menjadi contoh dan  ikutan kepada masyarakat di dunia. Tuan Yang di-Pertua, malangnya, nilai-nilai mulia dalam masyarakat madani ini telah diliwat sendiri oleh pemimpin tertentu.

Ini demi apa Tuan Yang di-Pertua, demi memuaskan nafsu mereka. Untuk apa? Mahu jadi Perdana Menteri as of right and at all cost dan tidak mengambil kira apa akan terjadi kepada Negara kita dengan tingkah laku yang sedemikian oleh mereka. Cakap tidak serupa bikin dan memutar belit, ya. Pemimpin yang inilah mahu jadikan masyarakat madani? Sorrylah. Apa ertinya masyarakat madani kalaulah pemimpin tertentu boleh bersatu hati dengan pemimpin yang terang-terang lagi jelas sanggup berkata seperti yang kita kata tadi. “Islam over my dead body. I have the evidences about the sodomy of the Deputy Prime Minister” pada masa itu tahun 1987 di Federal Hotel. [Disampuk] Hah! 1987 lah.

Seorang Ahli : 1997

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] : Eh, sorry tahun 1997. Minta maaf pada masa itu. Apa erti masyarakat madani kalau kita sendiri sanggup mengutuk seorang insan mulia dengan ungkapan apa? Ulama capal! Lebih malang lagi insan itulah yang sekarang berhempas pula menerima pemimpin masa depan ini sebagai sahabat. Pemimpin dianugerahkan oleh tuhan, saya tidak pernah dengar pun. Mana pemimpin dalam dunia ini is God sent? Do not use God’s name in vain, as my warning to them. That was why God has punished the person concern. When he was so near to become Prime Minister and yet so far and he had to stay in menadi ketua di Sungai Buloh.”, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, lebih malang lagi dengan nama masyarakat madani, pemimpin tertentu ini sanggup membuat apa-apa juga sehingga termasuk melutut kepada Yahudi minta maaf dengan apa yang dibuat ini adalah baik untuk mempertahankan hak-hak orang Palestin yang akan dimusnahkan oleh pihak tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya apa erti masyarakat madani kalau hanya sebagai ungkapan manis di bibir sahaja. Tuan Yang di-Pertua, biarlah kita hilang seorang pemimpin yang begini daripada kita hilang sebuah negara yang kita tercinta ini. Terima kasih. [Tepuk]

Related

23 thoughts on ““Masyarakat madani telah diliwat!””

  1. hazou says:
    December 22, 2010 at 8:53 am

    Well done WCK,

    Hope you will continue serve the people. As the person who been with the other side of the coin i hoped that u will be firm wit ur stand

    Reply
  2. lukman abdullah says:
    December 22, 2010 at 9:09 am

    Yang Berhormat Wangsa Maju, apa kepentingan YB sehingga sanggup menentang arus dengan ketua pembangkang yang mana YB pernah menyanjungnya…saya tak sangka YB begitu marah dengan YB Permatang Pauh tu…mungkin YB tak jambu kot…
    Bagaimanapun, saya menyokong penuh apa yang YB suarakan dalam dewan yang mulia itu, manusia jenis lidah bercabang macam DSAI itu sepatutnya dihumban ke kolam najis dekat wangsa maju tu…maaf tak sempat komen panjang ada hal pulak….see u..

    Reply
  3. Maniac says:
    December 22, 2010 at 10:00 am

    A nice speech and it explained what they are and they have been doing. Karpal Singh has been a double face.

    I was also present in that DAP ceramah in Federal Hotel. Karpal Singh stood up like a hero waving a piece of paper saying that he has evidence that the Deputy Prime Minister (Anuar) was involved in sodomy and he was demanding for the Attorney General to to prosecute him. Now he defended all the way and seemingly forgotten about it. Double face and ckap tak serupa bikin.

    Of course, Lim Kit Siang & son and other DAP leaders were also present. For the sake of political expediency and the ego trip to Putrajaya they can sell their principles and believe to do anything to achieve it. This is the change they promised us. God forbids!

    Reply
  4. Nordin says:
    December 22, 2010 at 10:49 am

    A very Good Morning to you sir YB Wee,

    Thanks for your lovely post Hansard Dec 16th. I hope you will keep on revealing the truth about what’s happening now. I personally think we need another MP to reveal this so called malice practice by the Pakatan Rakyat to the innocent rakyat by another Indian MP. We have got your good self YB Wee, we have YB Zul Nordin and hopefully there will be one more MP an Indian. This will team up nicely with the true inspiration of truly Malaysian.

    Seen you a couple of times at Jalan Temenggong Kota Bharu ( If I may say, at Mek Bulat’s) but dare not say hi YB to you, nanti you tak layan pulak.. Just kidding YB.

    Anyway, keep up the good job YB.!
    Keep on revealing bro.!

    Regards.
    Nordin Anwar

    Reply
  5. Nik Adli Yaakob says:
    December 22, 2010 at 1:09 pm

    Sudah menjadi trend “penipu”..dia akan panjang akal. Allah SWT bagi “istidraj” kpd dia..DS Anwar ni hanya nak menggagalkan usul spt mana dia nak menggagalkan perjalanan perbicaraan kes liwat beliau..

    Reply
  6. Kim says:
    December 22, 2010 at 4:20 pm

    In 1997 Karpal Singh accused Anuar of sodomy based on the evidence he had. Now he turned around and treating Anuar as God. This is the typical DAP/PR’s modus operandi. Anuar called Nik Aziz Ulamak Chapal and Ulamak Terompak, now he will “melutut” before Nik Aziz, his ardent defender and :damage controller”.

    Cakap tak serupa bikin is the correct phrase to describe them.

    Reply
  7. Haneefa Ibrahim says:
    December 22, 2010 at 4:45 pm

    Dear YB, a very good speech. And I must say a very professional and very polite speech.
    Malaysian including myself appreciates a well mannered politician like yourself. Pakatan Rakyat can say what they want, do what they want, in the end I strongly believe we Malaysians have enough intelligence to assess and value their contributions (or lack of) to this beloved country. And I am very sure in the end, their very true colors will be know and the voter will judge them accordingly. Pls continue your good work. I for one will vote for the person that I believe will add most value to our country’s development (both physical and mental), and you YB is doing pretty well.

    Thank you

    Reply
  8. Riduan says:
    December 22, 2010 at 5:02 pm

    Sangat TEPAT.

    Reply
  9. Riduan says:
    December 22, 2010 at 9:13 pm

    Karpal Singh ada bukti ditangan Anuar terlibat dengan kes sodomy tetapi dia boleh bersekongkol degan Raja Putrajaya ini. Sekarang jadi lawyer dia untuk kes liwat. Inilah pemimpin harapan negara yang dianugerahkan oleh Tuan Allah.

    Betullah kata YB Wee: Masyarakat madani telah diliwat oleh ….

    Memang betul cakap tak serupa bekin.

    Reply
  10. Abd Naser Hj Bedu says:
    December 22, 2010 at 10:10 pm

    Tahniah YB WCK… good luck…
    ucapan yg membena.. penuh ngan fakta.
    apa kata juak2 penyokong DSAI dan DAP.
    tak sedar diri lagi ker??

    Reply
  11. wee the mother fucker says:
    December 22, 2010 at 11:09 pm

    your days as MP is numbering, start packing your bags.

    Reply
  12. Singh Is Kinng says:
    December 23, 2010 at 3:03 am

    Good Evening YB Abe Wee …

    What confuses me now Abe Wee is the direction you are taking … as if you are playing the ball game on behalf of government team.

    I don’t think you are sincerely happy with things currently happening in the federal government, but instead you turned your focus on “chameleonic” Anwar.

    We need politicians like you in numbers … perhaps what you did recently was to make it clear between right and wrong. However … PR supporters do not see it that way brother … soon you’ll be labelled as traitor.

    Good luck to you YB Sir.

    Reply
  13. medalien_amir says:
    December 23, 2010 at 8:07 am

    Saya setuju 100% ucapan YB. Malangnya tak ramai pemimpin BN seperti YB. Jika tidak pastinya Anuar Al Jubori(Mat Sabu said) dan pemimpin pakatan lain(cakap tak serupa bikin) tidak akan berleluasa menipu rakyat.

    Keep it up YB.

    Reply
  14. Facts, Facts, Facts! Please says:
    December 23, 2010 at 11:30 am

    It is evident that the PR’s blind supporters are only capable of using vulgar language to defeat arguments put up against their leaders. So far I have not seen anyone of them attacking the contents of YB Wee’s speech.

    Issue here is whether the facts stated are true in substance? for example: Did Karpal Singh said in the DAP ceramah that “he had evidence of Anwar Ibrahim involvement in sodomy”. Did Karpal Singh say that “Islam over my dead body”? Did Anwar refer Nik Aziz as “Ulamak Chapal”? Is “cakap tak serupa begin” the modus operandi of the PR leaders? and etc.

    I attended that particular ceramah in Federal Hotel and remembered very clearly that Karpal Singh did say such a thing. Karpla Singh even demanded that the Attorney General to charge Anwar Ibrahim for sodomy. Now Karpal Singh seemed to forget what he had said. May be he had said too many things for politicking said that he had forgotten what he had said before just for political expediencies.

    YB, I am sure that you know more than what you have said about the DAP and PKR leaders. Don’t worry about the vulgar words used by them, FACTS shall prevail. I can see that they can only make personal attacks but the facts were staring at their faces.

    Reply
  15. longlantang says:
    December 23, 2010 at 1:36 pm

    t.kasih yb!!!
    benar tetap benar! yg bahtil akan kalah!

    Reply
  16. PR Blind Supporter says:
    December 23, 2010 at 1:38 pm

    Facts Facts Fact please.

    I fully agree with you. The PR Supporters are just blind. Please use your intellect and argue your case. Vulgarity will not get them very far except it portray them to be highly emotional and devoid of reasons.

    The facts in the speech in Parliament were so clear and no one in the PR dares to refute them publicly. Perhaps they should come out with the excuse them, those things said by Karpal Singh were made then and now political expediency he had to change his stance for the said of Anwar Ibrahim and the future of PR. Then it will look a bit reasonable!

    Islam over my dead body is something that we all should not indulge in. For that matter any religion over my dead body should not be uttered by anyone, more so a politician. Karpal Singh is just hot air and talk too much. Now caught in his own game. Karpal shoudl now come out to explain what he meant by “I have evidence of Deputy Prime Minister’s involvement in sodomy” in 1997.

    Of course, Karpal Singh will not do it. This is the change that we are told to be looking forward to.

    Reply
  17. mekyam says:
    December 23, 2010 at 2:58 pm

    tabik hormat, YB Wee!

    you are truly a people’s rep. thank you!

    Reply
  18. Masyarakat Madani says:
    December 23, 2010 at 3:41 pm

    Masyarakat telah diliwat. tajuknya best sekali dan memberikan makna yang jelas. memang telah kena diliwat dengan tingah laku CAKAP TAK SERUPA BEKIN. Dihadapan Yahudi pun boleh melutut atas isu Palestin. Tok Guru Nik Aziz adalah “Ualamak Chapal”! Bolehkah gelaran sebegini digunakan terhadap Tok Guru yang tidak pernah dituduh dengan kes liwat dan apa-apa kes di Mahkamah.

    tetapi pemimpin PAS segaja terlupa untuk kepentigan politik gila nak pergi putrajaya. Percayalah dengan sikap ini Putrajaya semakin hari semakin jauh. Saya setuju dengan YB bahawa Sungai Buloh adalah lebih sesuai.

    “Tuan Yang di-Pertua, akhirnya apa erti masyarakat madani kalau hanya sebagai ungkapan manis di bibir sahaja. Tuan Yang di-Pertua, biarlah kita hilang seorang pemimpin yang begini daripada kita hilang sebuah negara yang kita tercinta ini. Terima kasih.”

    Terima kasih dan thank you YB.

    Reply
  19. Sports says:
    December 23, 2010 at 4:06 pm

    YB, a standing ovation to you sir! Continue to serve the people under you… you and YB Zul are the ones that really shines…

    Reply
  20. Sports says:
    December 23, 2010 at 4:13 pm

    @wee the mother fucker

    this is the kind of mentality PR nimcompoop have right now… PR is busy filling their pockets, ‘ceramah’ here n there and their own personal stuff but care less about what’s happening and what people really need…

    Reply
  21. mohamed says:
    December 23, 2010 at 4:45 pm

    salute to you….. yb… salah tetap salah….. betul tetap betul…yang hitam tetap hitam….. tapi bagi mereka ….. bolih di kelabukan…..untuk kepentingan politik…

    Reply
  22. ahmad says:
    December 24, 2010 at 11:54 am

    how true…..Masyarakat Madani itu telah diliwat oleh Gay Tua…

    Reply
  23. Patek says:
    December 24, 2010 at 12:42 pm

    Dear All.

    Points to ponder.

    Dia orang ni, If NuarBrahim cakap
    ” Kambing boleh terbang – goat can fly ” I can bet you, gerenti dia orang akan percaya 100%.

    ***Fikir fikirlah ***

    Good job, well done YB Wee.

    Reply

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Old Blog Stats
5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total page views: 5,268

Recent Posts

  • Selamat Hari Raya Aidil Adha To All Muslims.
  • weechookeong.com is moving!
  • Syed Zaid Albar Left SC In Disgrace – Good Riddance To BAD RUBBISH!
  • Happy Wesak Day To All Malaysians!
  • Now Everyone Can Provide Banking Services Without Digital Banking Licence!

Recent Comments

  1. Shahidan on Now Everyone Can Provide Banking Services Without Digital Banking Licence!
  2. John on Syed Zaid Albar Left SC In Disgrace – Good Riddance To BAD RUBBISH!
  3. Raman on Syed Zaid Albar Left SC In Disgrace – Good Riddance To BAD RUBBISH!
  4. izmee on Syed Zaid Albar Left SC In Disgrace – Good Riddance To BAD RUBBISH!
  5. Ragu on Syed Zaid Albar Left SC In Disgrace – Good Riddance To BAD RUBBISH!

Archives

  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • November 2021
  • February 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • December 2017
  • October 2017
  • June 2017
  • January 2017
  • October 2016
  • July 2016
  • February 2016
  • December 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • September 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • February 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • November 2012
  • October 2012
  • September 2012
  • August 2012
  • July 2012
  • June 2012
  • May 2012
  • April 2012
  • March 2012
  • February 2012
  • January 2012
  • December 2011
  • November 2011
  • October 2011
  • September 2011
  • August 2011
  • July 2011
  • June 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • March 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • September 2010
  • August 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009
  • May 2009
  • April 2009
  • March 2009
  • February 2009
  • January 2009
  • December 2008
  • November 2008
  • October 2008
  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • June 2008
  • May 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008

Categories

  • Uncategorized
  • wangsa maju
  • wee choo keong

Site Admin

Log in
©2022 Wee Choo Keong | WordPress Theme by Superbthemes.com