YB Raja Nong Chik perlu meminta balik diskaun RM36.8 juta demi kepentingan rakyat. Siapakah yang meluluskan diskaun RM36.8 juta?

Update mengenai kes tanah Bukit Kiara terlibat RM36 juta diskaun “diberikan” kepada Sime Darby oleh DBKL!

Pada petang 01 Disember 2010 saya telah membangkitkan masalah-masalah terlibat DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejeteraan Bandar semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat Raykat.
Objektif-objektif utama Kementerian adalah:

  1. Mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan system penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan hands on, mesra rakyat, penggunaan ICT yang meluas dan pewujudan one stop centre;
  1. Meminimakan masalah kemiskinan di Wilayah Persekutuan melalui program-program yang boleh meningkatkan tahap pendapatan penduduk; dan
  1. Untuk menggubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal insani berteraskan nilai dan budaya Malaysia untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai Bandaraya yang bertaraf dunia.

Iklan-iklan Ah Long di Ibu kota


Memang objektif-objektif ini amat baik dan kita sokong semua. Saya rasa tidak ada sesiapa yang tidak meyokong.  Masalah pertama adalah iklan-iklan “Ah Long’ terlampau banyak di tempat tertentu di Wilayah Peseketuan dan tiada tindakan diambil oleh DBKL dan Kementerian untuk membersihkan iklan-iklan tersebut walaupun kerajaan telah ada di mana ‘ah Long’ ini boleh dikatakan salah satu musuh utama Negara kita.

Undang-undang untuk mengawal Cyber Café

Masalah cyber café telah jadi satu masalah sosial dalam masyarakat kita. Di mana ibu bapa semua kaum amat sedih kerana anak-anak mereka pergi ke cyber café bukan untuk serfing internet tetapi untuk berjudi.  Pada bulan Mac 2009, DBKL telah menghantar draft undang-undang kecil cyber café  kepada Kementerian untuk kelulusan tetapi hingga kini tiada ada apa-apa kelulusan lagi.
Pada peringkat perbahasan dasar saya telah bangkitkan perkara ini dan YB Menteri sendiri memberikan satu janji untuk memberi jawapan bertulis kerana Menteri tiada fakta. Sehingga kini saya belum terima jawapan lagi. Adakah ini Pencapaian diutamakan’? Saya rasa ini semua slogan-slogan “Rakyat di dahulukan” dan pencapaian di utamakan”  adalah omong kosong sahaja dan boleh dibuangkan di longkang kerana YB Menteri tidak mengambil tindakan seperti yang dijanjikan.
Saya berharap YB Menteri janganlah tidur lagi, please wake up dengan izin terus meluluskan undang-undang cyber café untuk mengawal masalah sosial yang sudah sampai tahap membinbangkan.

One Stop Centre DBKL

One stop Centre ini adalah satu perkara baik di buat oleh DBKL. Akan tetapi saya igin menasihatkan kepada Kementerian bahawa saya dapat makluman bahawa One Stop Centre (OSC) telah dipengurusikan oleh YB Senator Menteri. Ini adalah salah dari segi undang-undang di mana Jawantkuasa ini memluluskan Do atau Perintah Pembangunan dan sebagainya.  Ini adalah tidak baik kerana di bawah undang-undang Federal Territory Act YB Menteri tiada kuasa kerana semua kuasa dalam DBKL adalah dibawah kuasa Datuk Bandar Kuala Lumpur. Jika YB Menteri mempengurusikan OSC maka semua kelulusan menjadi tidak sah dari segi undang-undang.

Penguatkuasaan DBKL

Ini adalah  satu masalah yang amat membimbangkan juga. Kita boleh nampak di parking lot di Wangsa Maju Seksyen 2 (Metro View) di gunakan oleh pemilik restoran untuk letak meja, kerusi dan gerai-gerai. Penduduk-penduduk tiada tempat untuk meletak kereta dan menimbulkan masalah kesesakan jalan dan nanti satu hari akan mengorbankan nyawa.

Saya telah menulis beberapa pucuk surat kepada DBKL tetapi tiada tindakan diambil dengan serius.  Bila  ada aduan DBKL mengambil aduan sekali sudah cukup. Inilah masalah DBKL dalam penguatkuasaan.

Cuci Kereta Haram/car wash

Saya telah menerima banyak aduan mengenai car wash haram di Jalan 3/23, Jalan Langkawi, Taman Teratai Mewah, Setapak, Wangsa Maju dan telah melapor kepada DBKL. DBKL telah menetapkan hari ini untuk mengambil tindakan roboh. Tiba-tiba pegawai DBKL telah dapat pangilan talipon daripada pengarah tertinggi DBKl, Datuk Amin, untuk berhentikan tindakan roboh ini. Sikap campur tangan oleh pegawai tertinggi DBKL yang perlu dihentikan.

Orang awam telah mengadu, silalah mengambil tindakan.  Campur tangan oleh pegawai tertinggi ataupun daripada Pejabat Perdana Menteri amat memalukan.  Saya berharap DBKL mengambil tindak untuk meroboh car wash haram dengan segara demi kepentingan awam.

Pasar Larut malam di Danau Kota

Pasar larut Malam  di Danau Kota yang beropersasi tiap malam dari pukul 10 malam sehingga pukul 4 pagi. Selepas mereka menyimpankan gerai adalah pukul 7 pagi.  Pasar malam tiap malam ini telah menimbulkan banyak masalah sosial, jenayah dan gangu kacau kepada penduduk-penduduk kerana pasar malam ini di kawasan rumah kediaman.  Penduduk-penduduk dan saya tiada niat untuk berhentikan para penjaja untuk mencari rezeki. Kita sentiasa menyokong sesiapa untuk mencari rezeki.  Kita cuma memohon supaya pasar malam ini yang beroperasi tiap-tiap malam di pindah ke satu tempat yang jauh dari kawasan kediaman.
Datuk Bandar Kuala Lumpur telah bersetuju untuk memindah pasar malam tersebut tetapi pegawai-pegawai DBKL masih melengah-lengahkan perkara ini. Jika YB Menteri ada rumah di sana, YB Menteri pun akan marah  kerana masalah sosial seperti jenayah, noise pollution“mat rempit” pada pukul 3:00 atau 4:00 pagi.
Saya berharap YB Menteri mengambil tindakan dengan secepat mungkim untuk memindah Pasar Malam ini.

60 Ekar tanah utama di Bukit Kiara yang dijual kepada Sime Darby

Sebelum ini, semasa saya jadi Ahli Parlimen Bukti Bintang pada tahun 1990 saya telah membangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini bahawa 60 ekar tanah prime land di beri kepada syarikat Lum Chang, Singapura, seperti satu cheap sale of the century dengan harga RM53,000 satu ekar.  Selepas itu kerajaan telah mengambil tindakan memotong leasehold tanah tersebut dari 99 tahun kepada 66 tahun dan kelulusan untuk membina 900 unit kondo dikurangkan kepada 450 unit sahaja.

Akhirnya Lum Chang tidak minat untuk meneruskan dengan projek ini dan saya amat bersetuju di mana Sime Darby mengambilalih daripada Lum Chang. Perkara ini tidak diselesaikan dimana Sime Darby tidak membuat bayaran untuk kontrak jual beli tanah ini.

Baru-baru ini DBKL telah selesaikan perkara ini di mana harga jualan untuk 60 ekar di Bukit Kiara telah ditetapkan dengan harga RM400 juta.  Harga RM400 juta adalah amat murah.  Di dalam Negara kita di mana kita boleh cari prime land dengan harga ini.  Saya rasa bahawa jika YB Menteri jadi tuan tanah YB tak akan jual tanah tersebut dengan harga ini! Janganlah memperbodohkan rakyat warga kota Kuala Lumpur.

Sime Darby membayar RM360 juta sahaja untuk tanah tersebut dan hutang RM40 juta Ringgit kepada DBKL. Tiba-tiba RM40 juta belum dibayar kepada DBKL dan DBKL pula bagi diskaun RM36 juta kepada Sime Darby!

Saya memang tahu bahawa dari segi undang-undang DBKL ada hak untuk memberi diskaun kepada Sime Darby. Saya membangkitkan isu ini dari segi moral kerana DBKL adalah sebagai trustee atau pemengang amanah kepada warga kota di Kuala Lumpur dan semua wang DBKL adalah wang warga kota.

Bila kita minta bantuan daripada DBKL untuk rakyat miskin, DBKL tiada wang kerana ekonomi tidak berapa baik. Tetapi DBKL boleh memberi diskaun RM36 juta dengan sewenang- wenangnya kepada Sime Darby.  Saya tahu negotiator ini adalah Dato Abdul Azeez bin Abdul Rahman, Ketua Bahagian Baling.  YB Kuala Kerai , YB Dr Hatta, memaklumkan bahawa namanya adalah ‘Abdul Rahim’. Saya tidak tahu bahawa  samada beliau negotiate dengan Timbalan Menteri atau Menteri.

Saya amat berharaplah, saya merayu dan memohon kepada Menteri supaya meminta balik RM36 juta ini kerana RM36 juta adalah wang rakyat. Janganlah kita mengambil tindakan terhadap orang yang berhutang sewa RM300 atau orang hutang saman RM500, RM200 kepada DBKL tetapi kita tutup mata dalam perkara ini.

Ini adalah skandal yang amat serius. Bagaimanakah satu Kementerian boleh memberi arah atau mempengaruhi supaya diskaun ini diberikan. Saya percaya bahawa Datuk Bandar atau pegawai di dalam DBKL berani memberi satu diskaun berjumlah RM36 juta . Saya berharap MACC menjalankan satu siasatan yang amat serius dan mendalam tentang perkara ini kerana ada unsur koruption dalam perkara ini.  Tiada owner of the land dengan izin, akan memberi diskaun sedangkan dalam surat perjanjian telah mencatakan harga RM400 juta. Saya percaya kalau tanah ini adalah milik YB Timbalan Menteri atau Menteri mereka tidak akan memberi diskaun RM36 juta.

Saya juga merayu kepada YB Menteri Kewangan II, YB Tambun, yang menjaga GLC untuk mengarahkan Sime Darby membayar balik RM36 juta kepada DBKL untuk warga kota Kuala Lumpur supaya orang miskin lebih selesa. Saya percaya dalam agama Islam pun sentiasa mengajarkan kita supaya jadi baik untuk rakyat, dan menghapuskan  kemiskinan. Tak kan YB Menteri sebagai seorang yang beragama Islam tidak faham untuk menjaga rakyat dan  menghapuskan kemiskinan.

Janganlah memberikan diskaun RM36 juta kepada satu GLC atau kepada Dato’ Azeez Abdul Rahim ini jadi satu komisen atau apa. Ambil balik diskaun ini dan memberikan satu tahun free atau secara percuma sewa PPR di Kuala Lumpur , saya rasa tidak sampai RM5 juta pun.

Jawapan Menteri Senator Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:

Pasar Malam Larut di Danau Kota dikekalkan sehingga satu tapak yang baru dikenal pasti untuk memberi peluang kepada para penjaja untuk menjalakan perniagaan untuk meningkatkan ekonomi mereka.  Kita kena have a balance dengan izin, supaya perkara ini – tindakan diambil secara berhemah dan secara prihatin.

7 Kampung Tradisi dikekalkan

DBKL telah mengmabil maklum pandangan penduduk-penduduk kampung tradisi yagn terlibat dan DBKL akan mengambil kira segala pandangan penduduk sebelum ia diserahkan kepada syaay sendiri sebelum dimuktamadkan atau digazet. DBKL telah mengenal pasti kampung-kampung tradisi Kuala Lumpur dan ia akan dikekalkan dalam deraf Bandaraya Kuala Lumpur

Jawapan secara verbatim:

Tanah 60 ekar di Bukit Kiara yang digunakan oleh KLGCC

Sime Darby tidak mengunakan tanah di Bukit Kiara secara percuma. Terdapat satu perjanjian dengin izin, Lease Agreement antara DBKL dengan Solarvest Sdn Bhd yang  kemudianya diambil alih oleh Sime Darby pada akhir 90-an.  Dengan itu lease tersebut dipindahkan kepada Sime Darby – bererti, obligation iaitu bayaran kos perbangunan dan sebagainya. Pada 19 April 2010 Sime Darby dan DBKL telah menandatangani perjanjian jual beli ke atas tanah  tersebut iaitu dengan harga belian RM331,200 berdasarkan harga RM189.16 sekaki persegi yang dinilai oleh Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan.
Kelulusan tanah adalah 71.59 ekar yang terdiri daripada 11 parcel tanah. Harga belian telah mengambil kira sebanyak diskaun sebanyak 10% daripada harga salal sebanyak RM368 juta. Diskaun ini diberikan oleh kerana favourable terom of payment yang dibayar oleh Sime Darby. Biasanya soa;l pembayaran tanah ini, pembeli tanah diberi baynah tahun untuk membayar – kadang tiga tahun pun ada, kadang ada juga minta extension sampai lebih daripada itu – tetapi Sime Darby telah membayar lebih pantas iaitu dalam jangka masa enam bulan kalau tidak silap saya. Iadi inilah amaun sebanyak RM36.8 juta yang disebut oleh Yang Berhormat dari Wangsa Maju. Tambahan pula sebanyak RM40,306,065 telah dibayar kepada DBKL dengan izin, in consideration of – DBKL bersetuju menjual tanah kepada Sime Darby seperti yang termaktub dalam terma dan syarat penjajian jaul beli. Amaun ini juga dibayar dalam satu installment.

Jadi selain daripada RM36.8 juta tadi, Sime Darby telah membayar RM40,306,065. Diskaun ini diberi atas kepantasan pembayaran Sime Darby berbanding dengan factor-faktor biasa.  Untuk makluman, sekarang di Pejabat Tanah pun kita telah mengadakan Skim Pembayaran  Cepat di mana diskaun-diskaun dan juga hadiah-hadiah diberi kepada mereka yang membayar pantas dan dengan cara begitu, kutipan pada tahun ini melebihi jangkaan daripada tahun-tahun yang lepas.

Saya (Wee) meminta penjelasan. Terima kasih YB Menteri, terima kasih Tuan Pengurusi. Saya amat tertarik dengan jawapan YB Mneteri di mana YB Menteri mengatakan diskaun ini diberi kepada Sime Darby kerana ia bayar dengan cepat.

Ini saya rasa tidak timbul kerana ini bukan satu denda atau pun tax atau cukai tanah . Ini adalah satu perjanjian antara Solarvest Sdn Bhd DBKL termasuk waktu itu Eugene Campos dan Elyas Omar masaitu. Saya tahu sebab saya terlibat dan ada dokumen. Tanah itu dijual dengan RM53,000 satu ekar sahaja. Akan tetapi masalahnya bukan mereka bayar dengan cepat. Masalahnya, Kementerian atau DBKL  yang memberikan peluang mereka mahu lengah-lengahkan bayaran ini. Sama ada mereka bayar cepat atau tidak itu tidak timbul kerana ini ada dalam perjanjian. Saya tidak nampak pun dari seorang peguam selama-lama ini, tuan tanah tidak akan memberikan special diskaount sehingga RM36 juta atas cepat membayar kerana ini telah tertakluk dalam agreement. Saya rasa YB Menteri pun kalau jadi seorang tuan tanah dalam perkara ini, YB tidak akan memberikan RM36 juta diskaun.

Akan tetapi masalahnya di sini, memberi diskaun ini kepada siapa? Ia deberi kepada Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Ketua Bahagian Baling atau memberi kepada Sime Darby. Samada Datuk Azeez ini adalah orang penting, negotiator dalam perkara ini. Saya percaya bahawa Datuk Azeez ini bukan negotiator, commission seeker dengan izin, dalam perkara ini. Saya tahu jelas dan saya rasa YAB Perdana Menteri pun tahu tentang perkara ini. Saya juga tahu bahawa MACC telah siasat dalam perkara ini. Saya harap YB Menteri tepuk hati sendiri meminta balik RM36 juta ini. Kita tidak seharus memberi apa-apa diskaun kepada Sime Darby. Ini kerana tnah yang dijual kepada mereka inin telah amat murah.

YB Menteri tidak memberi apa-apa penjelasan lagi tentang diskaun RM36.8 juta yang diberikan kepada Sime Darby.

Nota:

Siapakah yang meluluskan diskaun RM36.8 juta?

Berapakah bayaran yang dibuat oleh Sime Darby sebenarnya? RM4 juta atau RM40 juta?

Advertisements

14 comments

  1. “Jawapan Menteri Senator Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:

    Pasar Malam Larut di Danau Kota dikekalkan sehingga satu tapak yang baru dikenal pasti untuk memberi peluang kepada para penjaja untuk menjalakan perniagaan untuk meningkatkan ekonomi mereka. Kita kena have a balance dengan izin, supaya perkara ini – tindakan diambil secara berhemah dan secara prihatin.

    333 penjaja perlu cari rezeki , penduduk danau kota , pv10, ibu kota dengan seluruh resident dekat tidak perlu tiduk ke ? ???

    what a lame excuse to BS and drag the issue .. they can moved it from section 2 in just ONE nite , i DON see any reason they can;t move the pasar malam away for like after 3 years of complaint !!!

    YB , please do not listen to any other saliva spitting story from them anymore , just ask for the date they WILL BE MOVED.. bottom line ..

    regard
    jack

  2. I am disgusted by the RM36 million discount given to Sime Darby. Most ridiculous to say the least. Why must DBKl or the Ministry allowed such a huge discount why the KL residents had to suffer due to insufficient fund.

    YB please tekan DBKL and the Ministry of Wilayah to get back this RM36 million of the people money.

  3. Raja Nong Chik is the Minister of WP. He must take responsibility for this scandal unless he has proof that DBKL made that decision to give discount and the ministry has no knowledge of it.

    I am certain that Raja Nong Chik is fully aware of this discount of R36 million. I believe that Datuk Azeez the smooth operator must be the go between Raja Nong Chik and Sime Darby.

    The Pasar Larut Malam is causing too much problems for the residents in Danau Kota. YB please help to move the pasar malam away as the residents are suffering. Please get them to move away as soon as possible.

  4. Jack and other Danau Kota residents

    I do sympathise with what you have stated and suffered all these years over the disturbances and social problems created by the nightly Pasar Larut Malam in Danau Kota.

    I have been trying my best to persuade DBKL and the Ministry to agree to move it. In fact Datuk Bandar has agreed to move it and DBKL has been looking for an alternative site.

    I shall do my utmost to get it move out as soon as it is practicable. I know that this matter has been outstanding before the last general elections and you all have been waiting for a solution. Please bear with me.

    Other readers:

    Bukit Kiara land – I also agree that we must get answer who actually approved the discount amounting to RM36.8 million and what was the actual sum paid by Sime Darby i.e. RM40 million or RM4 million.

    Thank you so much for your comments.

    With kindest regards

    wee choo keong

  5. Nong Chik’s just doing lip service. Probably if someone torches the tapak pasar malam there up into flames, then they’ll move the tapak pasar malam ASAP. LOL.

  6. Thank you YB for speaking up for us. The pasar malam must be moved as soon as possible as it has created too many problems for the residents. Nobody is against them cari makan. We want to sleep in peace. no need noise pollution and other criminal activities in the area. I hope that the Minister Raja Nong Chik understands that.

    Raja Nong Chik must also explain who approved the discount of RM36 million to Sime Daby for the Bukit Kiara land. YB must pursue this question because it will provide answers to other questions on Datuk Azeez, the Baling UMNO chairman. Thank you YB.

  7. Datuk Amin Nordin is known to be interfering with the enforcement of DBKL’s decision. He is prepared to do anything to please certain person in the PM Department. YB you are right when you have said Parliament that certain person in the PM Department is interfering in the administration side of DBKL.

    You are also spot on when you are now asking who has made that decision to give the RM36.8 million discount. There are only two persons, Datuk Bandar and Raja Nong Chik, the Minister. I doubt if a government servant like Datuk Bandar dares to give such a huge discount. So we are leaving with only one person i.e. the Minister himself.

    Secondly, the Minister has no right to chair any of the DBKL committee because only Datuk Bandar KL has the power to chair such committees. Strictly speaking, all decision made by the One Stop Center which was chaired by Raja Nong Chik is unlawful/invalid if they are challenged in court. Raja Nong Chik should learn from YB Wee.

  8. Ini lah masalah KUALA LUMPUR. Menteri Wilayah ni kurang bijak mungkin yang lebih tepat kurang CERDIK.
    “mengapa perlu ada pengabaian tanggungjawab bila DIA di beri kuasa”

    Saya nak bertanya. YAB PERDANA MENTERI.lulus 6juta ringgit untuk mengecat RUMAH PANGSA SENTOSA.
    17 syarikat kecil telah di pilih oleh LEMBAGA TANDER DBKL untuk menjalankan kerja mengecat.
    DIA NONG CHIK…mengarahkan DBKL panggil TENDER SEMULA..kerana mungkin ”MEREKA DAN KELUARGA KELUARGA MEREKA TAK DAPAT JADI KONTRAKTOR CAT NI”..saya kesal…JANGAN GANGGULAH DBKL… biar lah siapa dapat pun. kalau dapat pun budak budak KL juga… “YANG PENTING FLATTSENTOSA DI CAT”mereka di sini semuanya miskin..kalau kaya dah beli KONDO depan KLCC.

    BIAR SAYA BERKATA DISINI. TAK MALU KE RAJA NONG CHIK KEPADA ALLAH swt…
    .YAB PM…kena betul kan MENTERI NI… idris jala NKRA tolong betulkan nong chik…”

    SESUNGGUH TIADA YANG LEBIH INDAH DARI MELIHAT KUALA LUMPUR YANG SEJAHTERA.

    salam fajar di bumi permata

  9. As parents we are very concerned about cyber cafe offering gambling in the premises. YB, you must get DBKL to take all actions to stop young children from gambling. Until today DBKL is still sleeping over this matter. Please wake them up to do the necessary.

  10. Prerogative to give discount, offer discount or anything on this type of issue is actually with the Datuk Bandar.

    So the question shd be asked to the Datuk Bandar, not the Menteri.

    It is completely unacceptable for YB WCK to exonerate the Datuk Bandar simply by saying “Saya percaya bahawa Datuk Bandar atau pegawai di dalam DBKL berani memberi satu diskaun berjumlah RM36 juta .”

    Saya rasa ini satu yang tidak adil, mungkin ada satu percubaan spin di sini, mungkin ada mala fide di pihak YB Wee.

    Anyway, if the matter is legally correct, why shd YB Wee call for MACC to come in? takda salah apa yang nak siasat?

    Nak kenakan orang biarlah betul ada isi, kalau tidak itu kira fitnah saja.

    • aboudiabydoo@gmail.com

      I fully agree with you that perogative to give discount lies with Datuk Bandar under the law. I still believe that no officers including Datuk Bandar dare to give such a huge discount of more than 90% i.e. RM36.8 million discount of RM40 million.

      Well, it is also the perogative of Datuk Bandar KL to chair the One Stop Center (OSC) but the Minister chaired it which I believe the decisions are invalid. The Minsiter chose not to reply to this. I am told by my source that during the last OSC meeting last Monday, the Minsiter dared not chair the OSC. This was a good sign that the Minsiter is following the law for a change for the better.

      If the Minister has evidence that Datuk Bandar Kl was the one who gave the discount then the Mininister should say it loud and clear. Unfortunately, the Minister chose to remain silence on who actually approved the 90% discount. I call upon the Minister to tell us who gave the approval i.e. he himself or Datuk Bandar KL.

      The 90% discount is not a legal issue but a moral one. The reason being that there was no basis to grant such a huge discount bearing in mind that the purchase consideration of RM400 million for 71 acres of prime land in Bukit Kiara was a cheap sale of the century. Further, KLGCC was allowed to use the land without having to pay for it for many years.

      It is high time that the Minister should tell us who actually granted the 90% discount i.e. he or Datuk Bandar KL.

  11. Yes Yes Yes! minister Raja Nong Chik should make public who actually approved the discount of RM36.8 millions, which belongs to the KL residents.

    Hopefully MACC should move in to investigate the matter deeper about the involvement of Datuk Azeez, Sime Darby and the person that approved the discount.

    THe person who granted the discount must be brought to book!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s