01 December 2010 Questions Time: Rumah PPR

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA      :     TUAN WEE CHOO KEONG

[ WANGSA MAJU ]

TARIKH          :       RABU, 1 DISEMBER 2010

RUJUKAN     :     12 [PR-1233-L40536]

SOALAN:

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan jumlah rumah pangsa PPR di KL yang sedang disewa dan akan dijual serta apakah kriteria yang digunakan untuk kelayakan pemilihan rumah pangsa PPR tersebut dan bagaimanakah proses pelaksanaannya supaya kumpulan sasaran mendapat manfaat.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, pada masa ini sebanyak 28,865 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan 22,144 unit Perumahan Awam (PA) DBKL sedang disewakan.

 

Daripada jumlah itu, sebanyak 44,146 unit PPR MTEN dan PA DBKL akan dijual. Semua penyewa sedia ada yang sedang menyewa di PPR MTEN dan PA DBKL adalah layak ditawarkan untuk membeli unit PPR MTEN atau PA DBKL.

 

Selain itu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) dengan kerjasama beberapa buah bank telah bersetuju untuk menyediakan tiga kaedah pinjaman kepada pembeli yang layak yakni skim pinjaman biasa, skim pinjaman bersama dan skim pinjaman dua generasi bagi memudahkan bakal pembeli membiayai pembelian rumah-rumah tersebut.

 

Bagi pembeli yang layak tetapi tidak mempunyai pendapatan yang tetap, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) juga turut disediakan bagi menjamin pinjaman bank mereka.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s