AG wants the original SD of Rahimi

JAWAPAN BERTULIS

Y.B. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2011

PERINGKAT DASAR PADA 1 NOVEMBER 2010

————————————————————————————-

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Gopeng dan Yang Berhormat Wangsa Maju ingin tahu kenapa tiada tindakan diambil terhadap P.I. Balasubramaniam dan Rahimi yang masing-masing membuat 2 Akuan Berkanun yang bercanggah. Untuk makluman Yang Berhormat, siasatan kes P.I. Balasubramaniam telah dibuka di bawah seksyen199 Kanun Keseksaan. Setelah penelitian dibuat dan mengambil kira kesemua keterangan yang telah dikumpulkan oleh pihak polis, Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan kes ini kerana meskipun wujud percanggahan dalam 2 Akuan Berkanunnya, percanggahan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada perbincangan kes Altantuya. Selain itu, individu berkenaan pula dipercayai masih berada di luar Negara.

Kes Rahimi juga telah disiasat di bawah seksyen yang sama oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM, Bukit Aman. Kerta siasatan kes ini telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut pada 22.10.2010. Walau bagaimanapun, setelah penelitian dibuat dan mengambil kira kesemua keterangan yang telah dikumpulkan, Jabatan Peguam Negara membuat keputusan mengembalikan kertas siasatan kepada pihak polis pada 27.10.2010 kerana inipati utama kes ini, iaitu Akuan Berkanun pertama (yang asal) tidak ada dalam milikan Rahimi. Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan PDRM supaya mendapatkan Akuan Berkanun pertama (yang asal) tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s