Questions for October 2010 Parliament Session

Soalan-Soalan untuk Jawapan Lisan
Questions for Oral Answers

1. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan apa tindakan yang di ambil untuk memperbaiki perbezaan yang amat ketara bayaran gaji dan elaun bagi pegawai negeri kakitangan awam dalam perjanjian Ceupacs berkesan pada tahun 2007 menyebabkan pengawai rendah dibayar lebih tinggi daripada pegawai atasan menyebabkan kegusaran, tidak puasan hati dan pengurangan effisiensi perkhidmatan.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Prime Minister to state what actions were taken to rectify gross discrepancies of salary and allowance payments to civil servants in Ceupacs agreement effective in 2007 resulting in junior officers being paid higher than their seniors causing great resentment, disincentive and inefficiency.

2. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan apa langkah telah di ambil untuk menghentikan perkauman dan sifat anti-nasionalis dari usaha mengugat kestabilan negara, dan apa tindakan yang harus di ambil dalam kerangka sediada untuk mencapai tujuan maksud dan memenuhi objektif program 1Malaysia.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Prime Minister to state what measures have been taken to stop racism and anti-nationalists from destabilizing the country, and what actions to be taken in order to achieve the objective of 1Malaysia program.

3. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apa tindakan yang di ambil untuk menyiasat laporan polis yang di buat keatas EXCO Selangor YB Ronnie Liu atas dakwaan pemalsuan tandatangannya dalam skandal Surat Sokongan, sehingga Lee Kee Hiong, bapa saudara beliau Lee Wye Wing dan syarikat WSK Services antara nama yang di ketengahkan.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Home Affairs to state what actions were taken to investigate the police report lodged by Selangor Exco member YB Ronnie Liu alleging forgery of his signature in the Letters of Support scandal, resulting in the names of Lee Kee Hiong and her uncle, Lee Wye Wing, and WSK Services being highlighted.

4. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan kedudukan pembayaran cukai lapangan terbang AirAsia dan oleh sebab banyak perkhidmatan tambang murah di kebanyakan negara telah “bankrupt” termasuk di USA, India, baru-baru ini Hongkong melibatkan ‘Oasis,’ apa langkah yang di ambil untuk menjamin pengguna yang telah membeli tiket AirAsia lebih awal akan berlepas dan tiba pada tarikh dan waktu sebagai mana yang ditetapkan.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Domestic Trade, Cooperative and Consumerism to state, in view of AirAsia owing airport tax and the collapse of many lowcost airlines in USA, India, recently Hong Kong with ‘Oasis,’ and other countries, what safeguards are in place to ensure the public who have purchased AirAsia flight-tickets in advance that their tickets will be honored at date and time of travel.

5. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Kewangan menyatakan apa tindakan yang di ambil untuk menyiasat Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar dalam penglibatanya terhadap seperti transaksi Pantai-Parkway yang membolehkan sebuah syarikat Singapura mengambil alih syarikat dan mempunyai akses keatas data yang sensitive, kerana ini melibatkan kepentingan Negara.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Finance to state what actions were or will be taken to investigate the Chairman of Securities Commission Tan Sri Zarinah Anwar for derelictions of duty for not safe-guarding our national interest e.g. the Pantai-Parkway transaction resulting in a Singapore company taking over it and its sensitive data.

6. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan keputusan daripada siasatan yang di jalankan oleh SPRM mengenai skandal Perlombongan Pasir Selangor yang melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan apa tindakan telah di ambil atau akan di ambil terhadap mereka yang terlibat.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Home Affairs to state the outcome of the MACC investigations into the Selangor Sand Mining scandals involving Kumpulan Semesta Sdn Bhd and what actions have been taken or will be taken against those involved.

7. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menjelaskan …
i. jumlah kes di mahkamah di bawa oleh SPRM sejak 2008 hingga September 2010, dan memberikan butiran kes-kes yang berjaya dan gagal serta kenapakah kes-kes tersebut gagal;
ii. pakah status sekarang dalam penyiasatan kes yang melibatkan En Hasbie Satar, bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan II, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Prime Minister to state …
i. total number of cases charged in court by MACC since 2008 till September 2010, and provide a breakdown of successful and unsuccessful cases and the reasons for each of the unsuccessful ones;
ii. what is the current status of the investigation into the case of En Hasbie Satar, the former political secretary to former Minister of Finance II, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

8. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan jumlah rumah pangsa PPR di KL yang sedang di sewa dan akan di jual serta apakah kriteria yang digunakan untuk kelayakan pemilihan rumah pangsa PPR tersebut dan bagaimanakah proses perlaksanaannya supaya kumpulan sasaran mendapat manfaat.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Federal Territories and Urban Wellbeing to state the total number of PPR flats in KL that have been rented which are now for sale, what criteria are used to determine the qualification of the applicants and how to ensure the right target group will benefit from this programme?

9. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah keluasan tanah, aset kerajaan, jumlah projek-projek di Wilayah Persekutuan serta nilainya (seperti tanah Institut Kesihatan di Bangsar) yang telah di “monetized” sejak tahun 2003 hingga 30 September 2010 dan apakah dasar kualiti hidup dalam Model Ekonomi Baru (MEB) yang menjamin perlestarian kehijauan, isu pengangkutan dan kepadatan kependudukan yang selesa dapat di jamin melalui MEB?

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Prime Minister to state the total land area, government properties and total projects involved in KL and their value (like the land in Bangsar belonging to Health Institute) that have been monetized since 2003 until 30 September 2010 and what “quality of life” embedded in the New Economic Model (NEM) such as green environment sustainability, transport management and population density can be guaranteed through NEM?

10. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Kewangan menjelaskan bagaimana objektif NKRA boleh dicapai apabila laporan forensik mengenai kerugian Sime Darby Bhd berjumlah RM2.09 billion dirahsiakan sedangkan Menteri Kewangan II memberikan jaminan kepada Dewan Rakyat pada Jun 2010 bahawa laporan siasatan forensik jururunding bebas KPMG dan Deloitte akan dikemukakan dalam Dewan Rakyat apabila telah selesai.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Finance to state how could the government achieve the objectives of NKRA when the forensic consultants Report into Sime Darby Bhd’s losses totaling RM2.09 billion is shrouded in secrecy and when the Minister of Finance II had also assured Parliament in June 2010 the House will be kept informed of the said findings when they are ready.

Soalan-Soalan untuk Jawapan Bertulis
Questions for Written Answers

1. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Kewangan menjelaskan jumlah kos konsultasi di bayar oleh Khazanah Nasional Berhad untuk semua projek sejak tahun 2003 memberikan butiran dengan nama firma perunding terhadap projek, jumlah dan tarikh.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Finance to state the total amount of consultancy fees paid by Khazanah Nasional Berhad for all projects since 2003 giving breakdown by name of consultants against projects, amounts and dates.

2. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar menjelaskan apakah penaiktarafan Jalan Genting Klang akan selesai mengikut jadual pada tarikh18 November 2010 sebagaimana di tentukan dalam kontrak. Jika tidak, apa tindakan akan di ambil oleh DBKL atau kerajaan terhadap kontraktor yang lewat melunaskan sebagaimana dalam kontrak.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Federal Territories and Urban Wellbeing to state whether the upgrade of Jalan Genting Klang will be completed as scheduled on 18 November 2010 as provided in the contract. If not, what actions will be taken by DBKL or the government against the contractor for the delay?

3. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar menyatakan apa langkah telah di ambil untuk mengatasi kesesakan lalu lintas tak henti-henti dan kekurangan ketara ruangan parkir di Kuala Lumpur agar bandaraya menjadi cekap dan bertaraf kelas dunia.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Minister of Federal Territories And Urban Wellbeing to state what measures have been taken to solve the incessant traffic jams and gross shortages of parking spaces in Kuala Lumpur in order for the city to be efficient and live up to its world-class status?

4. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan punca kematian pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) semenjak bulan Disember 2003 dan apa tindakan yang di ambil untuk mencapai kemalangan sifar bagi peserta dan apakah bagi tujuan menggalakkan persahabatan dan kesefahaman antara pelbagai bangsa berjaya di capai.

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Prime Minister to state the causes of deaths in our National Service Training Program [PLKN] since its inception in December 2003 and what actions taken to achieve zero fatality of participants and whether the objective of encouraging friendship between various races are achieved.

5. Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan peranan PEMANDU yang mengendalikan agenda NKRA dan NKEA berbanding dengan agensi-agensi perlaksanaan dibawah naungan kementerian-kementerian. Bagaimanakah pertindihan dalam perlaksanaan di antara kedua-dua institusi ini boleh di atasi di dalam Rancangan Malaysia Ke-10?

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] asks the Prime Minister to state what are the roles of PEMANDU in the implementations of NKRA and NKEA vis-a-vis the ministries and how the duplications between these two institutions can be harmonised in accordance with the 10th Malaysia Plan?

The October 2010 Parliament Session will be the
Third Meeting of The Third Session of Twelfth Parliament (2010)
and will sit from 11 October 2010 – 15 December 2010

Advertisements

2 thoughts on “Questions for October 2010 Parliament Session

  1. Abdul Jamil Ahmad

    Saudara Wee Choo Keong,

    Kenapakah tidak ada ahli ahli yang berhormat bertanya atau mencadangkan agar umur persaraan pekerja pihak swasta di naikkan ke 56 atau pun 58 tahun saperti pekerja disektor awam.
    Saya percaya akta pekerja yang digunapakai sekarang tidak sesuai lagi memandangkan kebanyakan kerja sekarang dibantu olih jentera dan teknologi moden tidak saperti tahun tahun 50an dan 60an dimata kerja kerja membuat jalan raya dan juga kerja kerja di pelabuhan menggunakan tenaga dan anggota empat kerat manusia dan sudah tentu tidak mampu dilaksanakan olih pekerja yang dah melebihi umur 55 tahun.

    sekian, terima kasih.

    Reply
  2. Pingback: Questions for October 2010 Parliament Session | News of Lee Kee Hiong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s