Parliament Questions Time: Written answer on 1Malaysia policy in our Courts

Rabu, 30 Jun 2010

Soalan: No. 32

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana polisi 1Malaysia hendak dicapai di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur di mana kesemua 22 majistretnya adalah Melayu, manakala dari 23 Hakim di Mahkamah Sesyen kesemuanya Melayu, kecuali 3 orang berketurunan India dan juga memberi jumlah mengikut komposisi kaum bagi Majistret-majistret dan Hakim-hakim Mahkamah Sesyen di seluruh negara sehingga 6 Jun 2010.

Jawapan: YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Tuan Yang DiPertua,

Setakat 6 Jun 2010, jumlah Majistret di seluruh negara adalah seramai 173 orang yang mana seramai 157 orang adalah berketurunan Melayu, 7 orang berketurunan Cina, 1 orang berketurunan India dan seramai 8 orang dari kalangan peribumi di Sabah dan Sarawak. Pecahan komposisi majistret mengikut kaum adalah seperti di Lampiran A.

Bagi Mahkamah Sesyen pula, jumlah keseluruhan Hakim Mahkamah Sesyen adalah seramai 120 orang yang mana 104 orang adalah berketurunan Melayu, 2 orang berketurunan Cina, 4 orang berketurunan India, 1 orang berketurunan Singh dan 9 orang lagi adalah merupakan kaum peribumi dari Sabah dan Sarawak. Pecahan komposisi majistret mengikut kaum adalah seperti di Lampiran B.

Manakala di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pula, jumlah keseluruhan Majistret adalah seramai 21 orang dan kesemuanya adalah berketurunan Melayu. Sementara itu, jumlah Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur adalah seramai 22 orang yang mana 3 daripadanya adalah berketurunan India.

Permohonan pekerjaan untuk menyertai Badan Kehakiman adalah terbuka kepada semua tanpa mengira kaum, bangsa dan keturunan. Badan Kehakiman tidak pernah sama sekali mengamalkan sikap diskriminasi terhadap mana-mana kaum termasuklah kaum bukan Melayu terutamanya dari segi peluang pekerjaan dengan syarat pemohon mestilah mempunyai kelayakan yang secukupnya.

Sekian. Terima kasih.

Lampiran A

Melayu

Cina

India

Singh

Sabah & Sarawak

Jumlah

157

7

1

0

8

173

Lampiran B

Melayu

Cina

India

Singh

Sabah & Sarawak

Jumlah

104

2

4

1

9

120

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s