Parliament Questions Time: Written Answer No: 438

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Bertulis Dewan Rakyat

Soalan No. 438

Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nama syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk mencetak borang pulangan cukai pendapatan yang berjumlah RM5.4 juta dan sama ada satu proses tender terbuka dilaksanakan kontrak ini dianugerahkan serta namakan pembekal yang dilantik untuk memproses data dalam borang tersebut perincian kontrak untuk kerja ini.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak mempunyai sebarang kontrak bagi mencetak borang pulangan cukai pendapatan. Walau bagaimanapun, LHDNM mempunyai kontrak bagi Perkhidmatan Pengurusan Dokumen dan Cetakan Digital dengan syarikat milik kerajaan (GLC) iaitu Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) untuk tempoh 5 tahun iaitu 3 tahun dengan lanjutan 2 tahun bermula dari 1 September 2005 sehingga 31 Ogos 2010. Kontrak ini dilaksanakan secara rundingan terus dengan kelulusan Kementerian Kewangan. Sebanyak RM13.52 juta setahun telah disediakan bagi tempoh 3 tahun pertama dan RM8 juta setahun bagi tempoh 2 tahun berikutnya. Bilangan cetakan adalah sebanyak 84.5 juta bagi tempoh 3 tahun pertama dan sebanyak 50 juta bagi tempoh 2 tahun berikutnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s