Parliament Questions Time: Written Answer for No. 439

Pada ketika ini hanya terlibat dalam memberi ulasan terhadap kertas Cadangan Garis Panduan Perancangan Gated Community dan Guarded Neighbourhood

Pemberitahuan Pertanyaan Jawab Bertulis Dewan Rakyat

Soalan No. 439

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk meluluskan undang-undang baru atau peraturan baru bagi membolehkan kawasan-kawasan perumahan di WP Kuala Lumpur menempatkan pondok keselamatan atau pagar-pagar keselamatan yang dikawal oleh pengawal-pengawal keselamatan bagi mengawal pergerakan keluar masuk di kawasan perumahan sebagai salah satu inisiatif membanteras peningkatan kadar jenayah di kawasan-kawasan perumahan. Jika Kementerian tidak bercadang meluluskan undang-undang atau peraturan untuk tujuan sedemikian, harap dijelaskan kenapa.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) pada ketika ini hanya terlibat dalam memberi ulasan terhadap kertas Cadangan Garis Panduan Perancangan Gated Community (GC) dan Guarded Neighbourhood (GN) yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Bagi melaksanakan Program GC dan GN itu, KWPKB akan mengkaji sekiranya perlu untuk mewujudkan Undang-Undang Kecil GC dan GN bagi membolehkan skim seumpaamanya dilaksanakan secara teratur dan tidak menimbulkan masalah kepada penduduk-penduduk yang terbabit.

KWPKB turut mengesyorkan supaya para penduduk berkenaaan diberi dua pilihan, iaitu melalui kaedah rondaan bersama yang dibuat oleh penduduk-penduduk setempat secara sukarela atau rondaan berbayar yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s